.

.

30 August 2013

DEMAM DENGGI MEMBIMBANGKAN DI TAMAN SAUJANA, LANGKAH DRASTIK MESTI DIAMBIL

Penduduk Taman Saujana, Bukit Katil melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes demam denggi di kawasan perumahan mereka sejak-sejak akhir-akhir ini.

Salah seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan berkata sehingga kini lebih 30 kes demam denggi melibatkan penduduk di taman tersebut.

'Kita harap pihak berwajib dapat mengambil langkah lebih drastik bagi mengawal dan membasmi penyakit yang merbahaya ini"

'Jumlah kes yang banyak ini menggambarkan bahawa langkah-langkah sebelum ini tidak berkesan dan ianya membimbangkan kami semua"ujar beliau.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, Dr Khalid Kassim berkata pihaknya akan cuba membantu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

'Kita melihat perkara ini sesuatu yang membimbangkan dan perlu ditangani segera. Pihak berwajibd dipohon untuk memberikan kerjasama' ujar b
eliau dalam pertemuan bersama beberapa penduduk di kawasan tersebut.

Sedikit maklumat tentang demam denggi

Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
·Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
·Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kadar insidens demam denggi dan demam denggi berdarah di Malaysia adalah masing-masing 118.3 dan 5.1 bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala kadar kematian atau mortaliti demam denggi dan demam denggi berdarah pada tahun 1998 adalah masing-masing 0.22 dan 0.23 bagi setiap 100,000 penduduk.
Insidens global demam denggi telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Kini demam denggi merupakan endemik di lebih 100 buah negara rantau Afrika, Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat Sebelum tahun 1970, hanya sembilan buah negara mengalami epidemik denggi. Bilangan yang merupakan peningkatan 4 kali ganda di sekurang-kurangnya 41 buah negara dalam tahun 1995. Perangkaan yang lain adalah seperti di bawah . Seramai 2500 juta manusia - iaitu 2/5 penduduk dunia - sekarang ini menghadapi risiko demam denggi. Tanpa rawatan yang bersesuaian, kadar kematian akibat demam denggi berdarah mencapai 15% atau lebih .
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
·Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
·Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
·Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
·Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
·Kadar kematian amat rendah.
·Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
·Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
·Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
·Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
·Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)

29 August 2013

GEMPAR : KERAJAAN AKAN UMUMKAN NAMA KUMPULAN 'KONGSI TERANG' SELEPAS UMUM KONGSI GELAP???

49 pertubuhan Kongsi Gelap disenaraikan oleh kerajaan hari ini. Geng-geng Kongsi Gelap tersebut ialah :   
  • Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.
  • Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.
  • Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.
  • Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.   
  • Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.  
  • Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.
  • Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor,  Kuala Lumpur,  Pulau Pinang,  Perak dan Johor)
  • Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur,  Perak dan Johor)
  • Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati 
DI SABAH:
  • Sabah ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yuk
  • Otai
  • Borneo Red EMP   
DI SARAWAK:  
  • Sarawak Ah Ngau
  • Batu Tiga
  • Ah Feng
  • Batu 10
  • Sibu T
  • Ah Seng
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop       
Bila pula kerajaan hendak umumkan nama-nama kumpulan Kongsi Terang-Terang yang mengamalkanb rasuah, penyelewengan kuasa, penyalahgunaan kuasa, kronisme, pembunuhan dan sebagainya. Malah kumpulan kongsi terang ini yang membunuh orang tertentu tetapi sehingga kini mereka hidup bebas tanpa didakwa. Antara yang dipercayai menjadi kumpulan kongsi terang ini ialah mereka yang membunuh Altantuya, Arwah Norita Shamsuddin, Arwah Mustakizah, Arwah Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Mendiang Teoh Beng Hock, Ahmad Sarbini, Arwah Baharuddin (Peserta Bersih); Arwah Abdul Samad Gol; Arwah Abdul Jalil Ibrahim (BMF), Arwah Prof Zulkifli Mohamad; As Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya serta lain-lain yang mana kesemua pembunuh mereka tidak didakwa dan dihadapkan ke mahkamah. 

Kumpulan Kongis Terang ini juga terlibat dengan isu BMF, Perwaja Steel, ketirisan wang negara RM20 bilion setahun dan banyak lagi.

Kalau nama-nama Kongsi Gelap boleh diumumkan takkan nama-nama geng Kongsi Terang tak boleh diumumkan????????????

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

NEGARAKU : USRAH DIHALANG KONSERT DAN PROGRAM MUNGKAR DIGALAKKAN ....

Inilah negaraku ........program-program keagamaan dan mendidik jiwa dihalang dan dianggap jenayah TETAPI program-program mungkar dan maksiat digalakkan.

Di saat negara kita kronik dengan gejala perzinaan, buang anak dan sebagainya .......mereka masih terus menghalang usrah, tazkirah dan sebagainya. Pada masa yang sama mereka menggalakkan muda-mudi dan rakyat dengan program hedonisme dan hiburan melampau tidak mengira dosa dan pahala .........

Sumber ~ FB mazlan aliman.

28 August 2013

GAMBAR MUHAMMAD ALI DAN MIKE TYSON BACA AL QURAN BERSAMA

Gambar bekas juara tinju heavyweight dunia Muhammad Ali dan Mike Tyson duduk dan membaca Al Quran bersama.

Kedua-dua mereka merupakan legenda pada zaman masing-masing. Masih ingat sewaktu kecil dahulu kelas dihentikan waktu persekolahan semata-mata untuk menonton perlawanan tinju yang melibatkan Muhammad Ali .............

PRK KUALA BESUT : MAMAT TU DAH JALAN KAKI SAMPAI MANA?

Apa kisah tentang mamat yang bernazar akan berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika UMNO menang PRK Kuala Besut tempoh hari?... 

Kata akan mula berjalan kaki 18hb Ogos yang lalu tapi hari ini dah 10 hari berlalu .. nak katakan tiada sponsor .. .MB Terenggganu Mat Said siap beri taja baik punya.

Lain kali kalau agak-agak tak larat jangan cakap besar .............

~ FB RAH


SURAU DIROBOHKAN .........

RAKAMAN GAMBAR SURAU RESORT TANJUNG SEDILI, KOTA TINGGI, JOHOR, DIROBOHKAN KERANA ALASAN SALAH KIBLAT!!! 

~ FB Rohani Abd Hamid

MENGAPA RAKYAT TIDAK MAHU KIBARKAN JALUR GEMILANG?

Kerajaan wajib menjalankan kajian mengapa rakyat tidak mahu mengibarkan bendera jalur gemilang walaupun ianya hanya tinggal 3 hari lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan.

Sudah tentu ada sebabnya............sedikit sekali kereta-kereta persendirian hatta kereta jabatan yang memasang bendera Jalur Gemilang .......mungkin ramai yang tahu jawapannya. Cuma saya di sini tidak mahu menyatakan pendapat saya...........

Walaupun menjadi pusat pendaftaran, Putrajaya sendiri tidak mendepani langkah mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan Hari Kemerdekaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Beliau berkata, perkara itu paling dikesalinya memandangkan di kuaters kerajaan sendiri masih kurang bendera dipasang.

"Mereka masih tunggu kerajaan beri bendera," katanya dalam sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Shabery berkata, keadaan itu sama sekali berbeza dengan keadaan di negara jiran apabila semua orang menunjukkan patriotisme masing-masing walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik

TAHNIAH UNTUK SKUAD HOKI NEGARA

Blog ini mengucapkan tahniah kepada skuada hoki negara kerana berjaya melayakkan diri memasuki pusingan separuh akhir kejohanan Piala Asia yang sedang berlangsung sekarang. Kejayaan menewaskan Jepun 4-2 semalam walaupun pada awal permainan pasukan kita ketinggalan 2-0. Namun pemain-pemain kita telah mempamerkan semangat juang yang hebat berjaya menyamakan kedudukan sehingga menjadi 2-2 selepas tamat separuh masa pertama. Dua gol kemenangan kita dijaringkan pada separuh masa kedua.

Pada pertemuan separuh akhir yang berlangsung Jumaat ini, Malaysia bakal berdepan cabaran getir dari jaguh Hoki Asia iaitu India.


27 August 2013

FITNAH MESIR : BOIKOT SINAR HARIAN?????

Sedih sungguh saya bila membaca tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh seorang pensyarah Universiti Kaherah yang memfitnah dan berbohong dalam wawancara dengan Sinar Harian. Macam-macam tuduhan yang dibuat oleh Professor ini. Tergamak beliau bersekongkol dengan pembunuh dan pengganas yang berhati binatang. 

Apa yang peliknya Sinar Harian yang sebelum ini dilihat telus telah bertukar menjadi media pencacai seperti Utusan dan Berita Hairan. Tidakkah Editor Sinar perasan dengan apa yang dinyatakan oleh Professor pencacai As-Sisi itu. Tidak rasa bersalahkah editor Sinar kepada rakyat Mesir yang ditembak, dibakar dan dizalimi oleh kerajaan haram kudeta tentera ataupun Sinar sudah bertukar arah menjadi pencacai seperti media arus perdana lain.

Antara fitnah dan tuduhan yang dibuat oleh Professor pencacai itu ialah dengan menyatakan bahawa, 'kami dan polis dapati mereka ada senjata. Mereka mempunyai mesingan, molotov cocktail, pisau, pedang dan mereka acu kepada polis".

Jelas sekali beliau berbohong jika benar rakyat membawa senjata sudah tentu ramai tentera dan polis yang mati. Mengapa tergamak professor ini menipu senjata seluruh dunia tahu pembohongan dan fitnahnya.

Harakahdaily hari ini melaporkan kekesalan salah seorang pembacanya yang juga seorang aktivis pelajar yang bernama Muhd. Abdul Malik Abdul Karim yang menyifatkan laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Dalang Konflik Mesir Didedah" sebagai boleh mencetus kekeliruan.


Menurut beliau, laporan yang memuatkan temubual dengan seorang pensyarah Universiti Kaherah, Prof.Dr.Mohammed Salem (Gambar) itu sarat dengan fitnah dan penipuan kepada Ikhwan Muslimin dan seluruh rakyat Mesir yang menuntut hak.

"Seriusnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor yang saya tidak kenali ini suatu yang bahaya dan akan meracuni sekian ramai pembaca Sinar Harian di seluruh negara.

"Kenapa Sinar Harian tidak menemubual ribuan lagi pensyarah-pensyarah dan pakar yang tidak berpihak kepada mana-mana golongan yang cukup dikenali seperti Dr.Bakeenam Syarqawi, Dr.Jamal Gibril, Dr.Saifuddin Abdul Fattah yang sumber mereka ini boleh dipercayai tanpa memihak kepada Ikhwan atau Mursi," katanya melontar persoalan.

Sekali saya ingin bertanya kepada Ketua Pengarang Sinar Harian dan Editornya mengapa kamu menyiarkan wawancara yang jelas tidak bermoral, penipu dan fitnah ini. Tidakkah anda rasa bersalah ........

KEPADA PEMBACA DAN PENGUNJUNG BLOG INI APA PANDANGAN ANDA ....WAJARKAH KITA BOIKOT SINAR HARIAN ATAU ADA CARA LAIN UNTUK MENGAJAR SINAR HARIAN ??????????????/


~ Mutaligat.

MESIR : BAHAYA JIKA TENTERA DAN POLIS BERPIHAK

Bukit Katil : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata amat bahaya jika tentera dan polis cenderung menyokong kepada sesuatu pihak dalam sesebuah negara.

'Tentera dan Polis mesti menjaga keselamatan rakyat dan menjunjung perlembagaan dan mereka tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti atau kumpulan"

"Amat bahaya jika keadaan ini berlaku, inilah yang terjadi di Mesir di mana tentera dan polis telah menyokong pihka tamarud dan menggalakkan mereka keluar membuat bantahan mengecam pentadbiran Presiden Morsi" ujar Mohamad.

Beliau berkata tentera sepatutnya tidak terlibat dengan rampasan kuasa dan membunuh rakyat sebaliknya mesti menjaga keamanan negara dan berusaha memastikan pertukaran kerajaan secara demokrasi.

"Sepatutnya tentera tidak merampas kuasa tetapi sebaliknya berusaha supaya pilihanraya diadakan secepat mungkin jika pentadbiran yang ada lemah dan tidak berupaya menyelesaikan masalah negara"

"Presiden Morsi baru memerintah kira-kira setahun sudah tentu ada kelemahan dan kekurangan tetapi itu tidak bermakna tentera boleh merampas kuasa secara sewenang-wenangnya" tambah Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah membantah kekejaman kerajaan haram Mesir anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi. Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 1,000 rakyat dari pelbagai lapisan latarbelakang agama dan bangsa.

Sebelum itu Mohamad menerangkan dengan panjang lebar sejarah penubuhan dan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang menurutnya amat dicemburui oleh puak sekular dan nasionalis.

"Semua pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dipenjarakan, namun perjuangan mereka terus mendapat sokongan padu dari rakyat terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar dan akses kepada maklumat" ujar beliau.

Sementara itu beliau turut menyelar sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian jelas tentang rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir oleh tentera dan kerajaan haram Mesir.

"Parlimen Perancis, Jerman dan Britain telah mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir, Parlimen Malaysia hendak bersidang pun takut" 

"Kerajaan Malaysia baru nak tulis surat kepada 'Oh I See' (OIC), baru nak tulis surat, rakyat Mesir sudah ribuan yang dibunuh" tambah beliau.

Lebih dari RM9,000 telah berjaya dikutip pada program ceramah tersebut. Wakil dari PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman (gambar) dan Dewan Muslimat PAS Negeri, Kintan Man turut menyerahkan sumbangan derma masing-masing kepada Mohamad Sabu.

Turut berceramah pada program itu ialah Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari; Ketua Dewan Ulama Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim dan Ketua Pemuda Ikram Melaka, Zairi Suboh.

26 August 2013

MESIR : SOKONGAN DARI CHINA KEPADA PEJUANG-PEJUANG MESIR

Malu rasanya bila ada yang mengaku Ulama menyokong Kudeta Mesir yang ganas membunuh dan membakar rakyatnya.

Malu rasanya bila 'Ulama' tidak dapat membezakan yang haq dan batil.

Kawan-kawan kita dari negara China (gambar sebelah) memberikan sokongan terbuka dan simpati kepada nasib rakyat Mesir yang dibantai dan dizalimi oleh kerajaan haram Mesir.

Mana perginya maruah 'Ulama' ini yang tanpa segan silu menuduh Ikhwan Muslimin sebagai pengkhianat kerana menentang pemerintah. Persoalannya tidakkah 'ulama' itu sedar bahawa orang yang menentang dan merampas kuasa dari kerajaan yang sah ialah As-Sisi dan Kudeta tentera. Mengapa begitu gelap dan tertutupnya hati 'ulama' itu .............

MESIR : SOKONGAN SOLADARITI DARI SAHABAT-SAHABAT DI ALGERIA

Seluruh dunia menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pejuang-pejuang Islam dan rakyat Mesir.

Mereka berhimpun, mengadakan bantahan aman, berkonvensyen, berforum, mengadakan solat hajat, berdoa, memberikan sumbangan derma dan sebagainya.

Semuanya sebagai tanda soladiriti kita bersama dengan pejuang Islam di Mesir, Syria dan seluruh dunia. Malangnya pemimpin-pemimpin negara umat Islam seperti Saudi, negara Arab dan lain-lain bukan sahaja tidak menyokong pejuang Islam yang dizalimi malah menyokong kerajaan zalim dan ganas.

Gambar di atas menunjukkan sokongan dari sahabat-sahabat di Algeria kepada rakyat Mesir yang dizalimi. Mereka memakai baju yang menyokong pejuang-pejuang Islam dan rakyat Mesir.

MESIR : KERAJAAN HARAM TERUS MENANGKAP PEMIMPIN IKHWAN DAN FJP

Angkatan keselamatan kudeta terus menerus membuat penangkapan terhadap ahli-ahli politik, tokoh-tokoh dan pemimpin gerakan Islam. Turut ditangkap Adil Rizk Penolong Am Setiausaha Parti Kebebasan dan Keadilan Dakahlia.

Angkatan keselamatan kudeta tersebut telah membuat serbuan yang dibantu oleh tiga kenderaan polis dan lebih daripada dua puluh polis bersenjatakan mesingan bertempat di rumah Al-Hajj Abdu Shardi, pemilik cafe di Matareya Dakahlia. Beliau ditangkap dan dibawa ke penjara pertama Talkha .

Ahli keluarga beliau meletakkan tanggungjawab ke atas angkatan keselamatan yang zalim agar menjaga keselamatan ahli keluarga mereka. Ini kerana beliau mengalami penyakit kronik yang bergantung kepada rawatan dan beliau perlu menyempurnakan rawatan perubatannya.


Mereka (kudeta) berusaha untuk melenyap dan melumpuhkan terus gerakan Islam Ikhwan Muslimin dan Parti FJP dengan menangkap dan membunuh pimpinan utamanya. Tetapi mereka lupa Allah akan tetap memelihara perjuangan Islam walaupun dimarah dan dibenci oleh musuh-musuh Islam. 

Sampai satu masa nanti kamu akan dihukum oleh Allah wahai penzalim Kudeta dan barang siapa yang cenderung dan menyokong Kudeta mereka juga akan menerima nasib yang sama. Apa yang pasti mereka akan mendapat balasannya ketika mereka menemui Allah di Yaumil Mahsyar.....

Sumber : Ikhwan Online



AL AQSA DIRAMPAS YAHUDI : MANA PERGINYA KERAJAAN NEGARA UMAT ISLAM?

Media semalam dan hari ini memaparkan bahawa tempat suci Islam iaitu Masjidil Aqsa bakal dirampas oleh Yahudi laknatullah dalam masa terdekat. Sejak sekian lama ianya menjadi rebutan dan Yahudi mendakwa kawasan tanah suci adalah miliknya.

Sudah berpuluh tahun umat Islam seluruh dunia mengadakan bantahan demi bantahan tetapi itu tidak memberikan kesan kepada Yahudi dan kuncu-kuncunya kerana bantahan itu hanyalah umpama jeritan kita terhadap bukit atau gunung yang sedikitpun tidak menjejaskan bukit tersebut.

Malangnya kerajaan negara-negara umat Islam hanya diam membisu tidak berani membantah maupun mengutuk Yahudi dan sekutu utamanya iaitu Amerika dan Britain. Mana perginya kerajaan Saud Arab Saudi; kerajaan negara-negara Arab lain dan kerajaan-kerajaan Malaysia, Indonesia dan lain-lain. Sedih sungguh mengenangkan sikap mereka yang menjadi 'kerbau' dicucuk hidung tidak berani bersuara mengutuk kerakusan Yahudi. 

Hendak diharapkan kepada PBB, OIC, Liga Arab dan lain-lain, jangan harap ............semuanya menjadi budak suruhan Amerika dan Yahudi.

Untuk kesekian kalinya kita menyeru dan mencadangkan kepada semua negara-negara umat Islam supaya bersatu dan mengambil ketetapan yang tegas dan drastik bagi mempertahankan Tanah Suci Umat Islam ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter