.

.

27 August 2013

MESIR : BAHAYA JIKA TENTERA DAN POLIS BERPIHAK

Bukit Katil : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata amat bahaya jika tentera dan polis cenderung menyokong kepada sesuatu pihak dalam sesebuah negara.

'Tentera dan Polis mesti menjaga keselamatan rakyat dan menjunjung perlembagaan dan mereka tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti atau kumpulan"

"Amat bahaya jika keadaan ini berlaku, inilah yang terjadi di Mesir di mana tentera dan polis telah menyokong pihka tamarud dan menggalakkan mereka keluar membuat bantahan mengecam pentadbiran Presiden Morsi" ujar Mohamad.

Beliau berkata tentera sepatutnya tidak terlibat dengan rampasan kuasa dan membunuh rakyat sebaliknya mesti menjaga keamanan negara dan berusaha memastikan pertukaran kerajaan secara demokrasi.

"Sepatutnya tentera tidak merampas kuasa tetapi sebaliknya berusaha supaya pilihanraya diadakan secepat mungkin jika pentadbiran yang ada lemah dan tidak berupaya menyelesaikan masalah negara"

"Presiden Morsi baru memerintah kira-kira setahun sudah tentu ada kelemahan dan kekurangan tetapi itu tidak bermakna tentera boleh merampas kuasa secara sewenang-wenangnya" tambah Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah membantah kekejaman kerajaan haram Mesir anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka di Dataran Kebangkitan Rakyat di sini malam tadi. Ceramah tersebut dihadiri lebih dari 1,000 rakyat dari pelbagai lapisan latarbelakang agama dan bangsa.

Sebelum itu Mohamad menerangkan dengan panjang lebar sejarah penubuhan dan perjuangan Ikhwanul Muslimin yang menurutnya amat dicemburui oleh puak sekular dan nasionalis.

"Semua pimpinan kanan Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dipenjarakan, namun perjuangan mereka terus mendapat sokongan padu dari rakyat terutama mereka yang tinggal di bandar-bandar besar dan akses kepada maklumat" ujar beliau.

Sementara itu beliau turut menyelar sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian jelas tentang rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir oleh tentera dan kerajaan haram Mesir.

"Parlimen Perancis, Jerman dan Britain telah mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan rakyat Mesir, Parlimen Malaysia hendak bersidang pun takut" 

"Kerajaan Malaysia baru nak tulis surat kepada 'Oh I See' (OIC), baru nak tulis surat, rakyat Mesir sudah ribuan yang dibunuh" tambah beliau.

Lebih dari RM9,000 telah berjaya dikutip pada program ceramah tersebut. Wakil dari PAS Kawasan Masjid Tanah, Imran Abdul Rahman (gambar) dan Dewan Muslimat PAS Negeri, Kintan Man turut menyerahkan sumbangan derma masing-masing kepada Mohamad Sabu.

Turut berceramah pada program itu ialah Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari; Ketua Dewan Ulama Melaka, Ustaz Zulkifli Ismail; Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim dan Ketua Pemuda Ikram Melaka, Zairi Suboh.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter