.

.

07 November 2012

SIAPA KAFIR HARBI YANG SEBENAR?


DAP boleh diistilahkan sebagai Kafir Harbi, sekiranya parti itu secara terbuka menentang dan menolak Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim.
Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.
“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam,” kata Mashitah dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani.
“Jika disabitkan kesalahan, mereka (orang yang menuduh) boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun.”
Beliau turut menegaskan, dalam keadaan masyarakat majmuk di negara ini, istilah tersebut bukanlah suatu tuduhan, sebaliknya hanya merupakan istilah yang diguna pakai ulama untuk membuat kajian sikap bukan Muslim terhadap komuniti Muslim.
“Ia bukan satu tuduhan ... istilah atau konsep Kafir Harbi atau Zimmi adalah satu istilah yang digunapakai oleh para ulama untuk membuat kajian sikap atau pembacaan sikap terhadap bukan Islam yang ada untuk bekerjasama dengan mereka.
“Jadi daripada kajian sikap itu, diklasifikasikan atau dikategorikan sama ada bukan muslim itu dianggap sebagai (Kafir) Harbi atau Zimmi.
“Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman diambil untuk dibunuh atau sebagainya ...  tetapi adalah sebagai satu kajian sikap yang mana bila diklasifikasikan mana-mana orang itu sebagai Harbi atau Zimmi, sama ada kita masih terus boleh berkawan dengan dia ataupun tidak ... itu sahaja.
“Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya,” tegasnya lagi.
Mashitah juga turut mengulas lanjut, “mana-mana bukan Islam yang boleh taat kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan ... mereka kategori Kafir Zimmi yang boleh dijadikan kawan.”
Bagaimana pula dengan Chua Soi Lek yang terang-terang menghina Islam, hukum hudud, hukum bersalam dengan bukan muhrim dan sebagainya.?????
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam menjelaskan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini.
Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.

06 November 2012

NAJIB VS TOK GURU NIK AZIZ???


Nik Abdul Aziz Nik Mat  bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut menteri besar Kelantan itu, dalam sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.
“Tak ada apa, negara ini demokrasi. 
“Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pangkah PAS,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Kelantan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang menyatakan kesanggupan untuk menentang Mursyidul Am PAS itu pada PRU 13 walau di kerusi Parlimen sekalipun.
Nik Sapeia sebelum ini berkata, beliau terpanggil menyuarakan kesanggupan menentang Nik Abdul Aziz selepas pemimpin itu menyokong hasrat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ini bertanding di Parlimen Pekan menentang Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak pada PRU13.
Menurutnya, jika Nik Abdul Aziz boleh menyokong hasrat Abdul Hadi menentang pemimpin nombor satu negara, bermakna pemimpin itu juga mungkin bersedia untuk ditentang olehnya.
Abdul Hadi sebelum itu menyatakan hasratnya untuk bertanding dimana sekalipun seperti yang diarahkan oleh PAS termasuk di Pekan.
Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Rahman Dahlan yang dihubungi The Malaysian Insider baru-baru ini membayangkan Abdul Hadi akan menamatkan kariernya dalam politik dengan cara yang “amat memalukan” jika memilih Pekan sebagai lokasi untuk bertanding dalam PRU akan datang.
“Sebagai presiden parti, jika benar mahu bersara, pilih cara yang lebih baik ... bukan bersara dengan kekalahan.”
“Jika Hadi bertanding di Pekan, dia tidak akan menang, tetapi bakal mengalami kekalahan besar,” katanya.
Abdul Rahman bagaimanapun tidak melihat Najib, yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Pekan akan tergugat jika bertanding menentang Abdul Hadi.
“Belum ada sejarah perdana menteri yang berkhidmat tewas di kerusi yang ditandinginya.
“Kalau Abdul Hadi mahu mencipta sejarah memalukan legasi kepimpinan PAS, saya alu-alukan beliau bertanding di Pekan,” tambahnya kepada The Malaysian Insider.

NAJIB VS HADI DI PEKAN : NAJIB GUSAR?

Perdana Menteri Najib Tun Razak berkata beliau tidak fikir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya tidak fikir ini akan berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Pusat Konvensyen Nasional di Vientiane semalam.

Najib diminta mengulas laporan media di Malaysia bahawa Hadi menyatakan hasratnya untuk bertanding di mana sahaja yang diputuskan oleh PAS, malah di kawasan Parlimen Pekan sekalipun.

"Siapa nak bertanding (di Pekan), bertandinglah," kata Najib.

Nampak macam Najib tak berapa senang dengan kenyataan Hadi bersedia bertanding di Pekan. Mengapa agaknya Najib bersikap demikian. Mungkin beliau takut kepada bayang-bayang sendiri.

Najib pernah pucat lesi semasa PRU 1999 di mana Najib hanya menang dengan majoriti kurang dari 250 undi di Parlimen Pekan. Selepas dari itu kawasan Parlimen di Pekan diubah dengan kem tentera di Kuantan pun masuk dalam Parlimen Pekan.

05 November 2012

NENEK DAN DATUK PUN AMBIL SPM, CONTOHILAH MEREKA

Seorang nenek yang mempunyai tiga cucu merupakan antara 70 calon 'matang' yang mengambil peperiksaaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak dekat Yan hari ini.

Kesemua calon matang itu adalah guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) berusia antara 30-an hingga 55 tahun.

Hasanah Abdullah, 55, guru Kafa di Masjid Al-Amin, Sungai Layar, Sungai Petani berkata beliau gembira kerana berjaya mencapai impiannya untuk mengambil peperiksaan itu sejak 38 tahun lepas.

Kalau nenek ini bersemangat mengambil peperiksaan SPM takkanlah anak-anak muda tidak mahu mensia-siakan peluang mereka untuk mengambil peperiksaan itu jika dahulunya tidak cemerlang. 

DIA JANJI SANA-SINI TAPI RAKYAT DI KAWASANNYA DHAIF DAN MISKIN

Beliau terkenal dengan sifatnya yang sangat pemurah khususnya di 'musim' Pilihanraya Umum atau kecil. Semua benda dia hendak beri pada rakyat. Tetapi pemberiannya mempunyai objektif ada udang di sebalik mee.

Bila musim kempen PRU atau PRK macam-macam peruntukan dan janji dinyatakan oleh Mamat ini. Ibarat bulan bintang pun dia boleh beri asalkan sokongan Umno/BN. Macam Santa Klaus yang bawa hadiah untuk diagihkan bila hampir perayaan.

Malangnya ada rakyat di kawasannya sendiri yang naif dan dhaif. Apa yang beliau buat sehingga rakyat di kawasannya tidak dibela, susah dan dhaif.

TAHUKAH ANDA SIAPA PUNYA SYARIKAT AES?

Tahukah anda siapa punya syarikat AES yang bakal mengaut keuntungan maha besar jika AES diteruskan oleh kerajaan zalim BN.

Ini gambar minah yang didakwa menjadi pemilik AES. Cuba kengkawan selidiki benar Minah ini pemilih syarikat yang bakal mengaut keuntungan di atas kesengsaraan rakyat.?

04 November 2012

DAP SUDAH BUANG TABIAT - SILA DENGAR KENYATAAN ANTHONY LOKE

Ketua Pemuda DAP Pusat, DAPSY, Anthony Loke Siew Fook dengan tegas dan yakin menyatakan bahawa jika agama Islam dihina, DAP akan pertahankan. Suatu kenyataan yang sukar untuk kita perolehi 20-30 tahun lalu.

Kini Malaysia berada di dalam era politik baru. Sentimen perkauman, menggunakan agama untuk mengapikan rakyat dan politik ugut sudah tidak dihiraukan rakyat. Namun Umno/BN masih menggunakan cara politik lama untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kita percaya politik ini akan ditolak oleh rakyat.


CARA PR LEBIH BAIK DARI BN (VIDEO)

Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.

"BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini.

"Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya  hukum dengan menukar kerajaan.

"Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat di Taman Seremban Jaya, malam tadi
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter