.

.

20 June 2009

FATWA TUAN GURU MUHYIDDIN : UNDI BN MASUK SYURGA

Ulama' Besar BN Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Mana beliau belajar?

Saya ingin bertanya kepada Muhyiddin :-

1) Tidak berdosakah kita mengundi parti yang memberikan lesen judi dan arak
2) Tidak berdosakah kita mengundi parti yang memerintah dengan menghalalkan riba
3) Tidak berdosakah kita mengundi parti yang memerintah dengan membiarkan malah menganjurkan program maksiat, membiarkan pelacuran, pergaulan bebas dan lain-lain.
4) Tidak berdosakan kita mengundi parti yang mengamalkan rasuah, penyelewengan, penyalagunaan kuasa, menzalimi rakyat dan lain-lain.

19 June 2009

SAJAK KERAJAAN PERPADUAN

Aku rela telan segala caci umpat dan fitnah mu
Aku rela lupakan kekejaman mu
Aku redha sahabat ku dibunuh di Memali
Aku redha sahabatku direhatkan di Kamunting
Aku redha ditipu pada setiap kali pilihanraya
Aku redha dianaktirikan sebagai kerajaan negeri
Aku rela dimaharajalelakan
Aku rela ditindas sekian lama
Aku redha semua itu
Yang penting kita mesti berpadu
Demi masa depan ...................*&^^%$$>???????????????????

KERAJAAN PERPADUAN : PAS PATUT BERI LALUAN KEPADA UMNO DI MANEK URAI

CADANGAN 1
Pada pandangan saya jika benar pimpinan PAS mahukan sebuah kerajaan perpaduan lebih baik PAS tidak bertanding di Manek Urai dan memberikan laluan kepada Umno/BN menang percuma di Manek Urai. Bukankah kemenangan ini akan memudahkan usaha rundingan ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mereka idamkan.

Jika berlaku pertembungan di Manek Urai, bukankah ianya akan merencatkan rundingan tersebut.
Oleh : Abu Ajik
CADANGAN 2
Saya cadangkan Umno/BN jangan bertanding di Manek Urai dan berikan PAS kemenangan percuma demi merealisasikan kerajaan perpaduan. Apa guna bercakap soal kerajaan perpaduan tetapi berlawan antara satu sama lain di Manek Urai.
Oleh : Ahli Kerajaan Perpaduan

KERAJAAN PERPADUAN : PIMPINAN MASIH TERUS GUNAKAN MEDIA

Seruan dan rayuan ahli supaya pimpinan berhenti bercakap kepada media tentang isu ini, sementara menunggu kenyataan rasmi Presiden nampaknya tidak diendahkan pimpinan.
Sebaliknya mereka terus bercakap dengan media arus perdana seolah-olah media tersebut menjadi lidah rasmi PAS. Saya naik hairan dengan sikap pimpinan seperti ini.
Kenyataan Setiausaha Agung supaya isu ini dihentikan serta merta supaya tidak bertambah keliru semacam tidak dihiraukan. Alangkah baiknya jika kita menunggu kenyataan rasmi Presiden. Malah kita juga sewajarnya menunggu hasil pertemuan pimpinan tertinggi untuk menyelesaikan isu ini.
Kalau sebelum ini media seperti Utusan dan Berita menjadi musuh kita tetapi kini seolah-olah Utusan dan Berita sudah menjadi lidah rasmi parti........harap pimpinan semua berhati-hati dalam hal membuat kenyataan di media dan khalayak.
Saya pernah bangkitkan isu kenyataan media semasa perbahasan di Muktamar baru-baru ini tetapi nampaknya rayuan ahli hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi ...............
Hari ini sekali lagi Utusan menjadi lidah rasmi pimpinan kita apabila membuat kenyataan mengenai kerajaan perpaduan .....atau mungkin juga media ini memetik berita itu dari sumber-sumber berita lain ....

18 June 2009

HALAKAN SENJATA KEPADA MUSUH SEBENAR

Saya mengharapkan seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS menghalakan 'senjata' kepada musuh sebenarnya bukannya kepada sesama PAS.
Malang sekali sehari dua ini pemimpin, ahli dan penyokong PAS seolah-olah bercakaran sesama sendiri sedangkan musuh sebenar yang sedang bermaharajalela lebih dari 50 tahun terus menekan dan menzalimi rakyat dengan bebas.
Dari itu jangan kita terperangkap dengan isu KERAJAAN PERPADUAN dan lain-lain isu yang mungkin dicipta musuh kita untuk kepentingan mereka.
Lebih menghairankan saya ialah sikap pemimpin yang membiarkan isu-isu ini melemahkan perpaduan dalam parti dan menyebabkan keadaan keliru di kalangan ahli dan penyokong PAS.
Dari itu saya mengharapkan pemimpin menyelesaikan seberapa segera. Mari kita rapatkan saf dan halakan 'senjata' kepada musuh sebenar kita.

ISU HUTANG UMNO RM218 JUTA BELUM SELESAI

Umno bukan sahaja bangkrap idea politik malah juga bakal bangkrap dari segi ekonomi jika mereka gagal mengenepikan saman RM218 juta yang difailkan oleh syarikat pembekal barang-barang untuk pilihanraya, Elegant Advisor Sdn Bhd.
Sebelum ini media pengampu melaporkan kes ini seolah-olah telah selesai sedangkan ianya masih berjalan dan Umno masih berada dalam ketakutan kalau-kalau saman ini berjaya.
Pada 23 Jun tahun lalu, syarikat itu menfail saman itu menerusi Tetuan Termizi & Co, dan menamakan bendahari ketika itu Umno Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi serta Umno sebagai defendan, lapor Bernama.
Dalam writ samannya syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihanraya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihanraya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim.
Namun saya yakin ianya tidak memberi bekas kepada Umno kerana semua orang tau ..............'semuanya bisa diatur Pak'.

JANGAN JADI TUKANG FITNAH

  • Jangan masuk perangkap UMNO dan media perdana yang cuba melaga-lagakan para pemimpin jamaah kita.
  • Kita sepatutnya menutup mulut dan terus wala' kepada kedua-dua tuan guru. Sidang media dato' Mustafa Ali sepatutnya dapat meredakan keadaan.
  • Malah Lim Kit Siang sendiri dalam parlimen menegaskan isu ini hanya cubaan BN bagi memecahbelahkan kesatuan PR.
  • Diharap para pemimpin PAS dan para pengikut agar berhati-hati memberi apabila memberi komen mengenai hal ini.
  • Jangan kita pula yang menjadi tukang finah dan join semangkuk dengan UMNO.

Nukilan : Abu Ali, Ipoh Perak.

MENGAPA TUNGGU BEGITU LAMA UNTUK SELESAIKAN ISU KERAJAAN PERPADUAN

Kami rakyat ahli hairan dan pelik dengan sikap pimpinan PAS yang seolah-olah sengaja membiarkan isu ini berlarutan tanpa sebarang langkah penyelesaian yang meyakinkan.
Mengapa dibiarkan isu ini berlarutan dan membarah sehingga menyebabkan rasa risau, susah hati, gundah gulana dan bimbang di kalangan ahli, penyokong dan simpatisan PAS di peringkat bawah.?
Apakah ada agenda tersembunyi atau apa yang disebutkan Tok Guru bahawa ada boneka Umno dan jarum Umno yang sengaja membiarkan isu ini berlarutan dan menjadi barah bernanah yang busuk lagi membusukkan.?
Akhir sekali kami merayu dengan perasaan sebak dan sedih kepada pimpinan supaya hentikan perkara ini dari dibincangkan di media dan khalayak.
Jika ada niat untuk berbincang dengan Umno untuk kerajaan perpaduan ini silalah hentikan serta merta. JANGAN HAMPAKAN KAMI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Insan Marhaen - dihantar kepada mutaligat melalui .............

BERSEMUKA SELESAIKAN KONFLIK?

Sejak dari awal konflik ini tercetus saya telah mengemukakan pelbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikannya.

Antaranya :-

  • Buat kenyataan rasmi bahawa PAS tiada niat untuk membentuk KERAJAAN PERPADUAN dengan Umno
  • Jangan buat sebarang kenyataan tentang KERAJAAN PERPADUAN sehingga boleh dieksploitasi oleh musuh dengan menampakkan PAS teringin untuk membentuk kerajaan perpaduan
  • Buat pertemuan antara pemimpin tertinggi (Presiden & Timbalan Presiden) dengan Mursyidul Am bagi menyelesaikan kekeliruan ini.

Namun sehingga kini tiada sebarang langkah konkrit dilakukan sehingga terkeluar beberapa kenyataan seperti lebih baik masuk Umno, sampah, letak jawatan dan sebagainya.

Untuk itu saya sekali lagi mencadangkan perkara di atas dilakukan SERTA MERTA.

Selain itu pimpinan tertinggi PAS yang jelas mempunyai pandangan yang berbeza tentang KERAJAAN PERPADUAN ini diharapkan SEGERA membuat pertemuan dan perbincangan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat ini. JANGAN jadikan media sebagai medan penyelesaian.

KERAJAAN PERPADUAN : SUDAH MASUK PERANGKAP?

Adakah kita sudah masuk perangkap musuh sehingga kelihatan sekarang pemimpin kita bercakaran antara satu sama lain.?

Adakah ini yang dimahukan oleh pemimpin sehingga ahli, penyokong serta rakyat terus terusan ‘confuse’ dan pening kepala?

Adakah ini yang dimahukan oleh pemimpin sehingga Umno dan BN ketawa terbahak-bahak dan terus menyerang kita sehingga kita tersandar ke dinding?

17 June 2009

AL FATIHAH : SETIAUSAHA PAS KAWASAN LIPIS MENINGGAL DUNIA

Sahabat saya, Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Ustaz Abu Hassan Mohamad meninggal dunia waktu maghrib malam ini di Hospital Kuala Lipis. Berita sedih ini dimaklumkan oleh kepada saya oleh Saudara Roslan Zainal Al Ahmadi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang sebentar tadi.
Allahyarham seorang pesara kerajaan merupakan pejuang Islam yang istiqamah dan komited kepada perjuangan. Seluruh ahli keluarga beliau merupakan penyokong kuat PAS. Beliau berasal dari Kampung Keledek salah sebuah kubu kuat PAS di Kawasan Cameron Highland yang tetap dimenangi PAS walaupun semasa PAS lemah seperti pada tahun 2004.
Kali terakhir saya bertemu beliau sewaktu berceramah bersama Haji Mohamad Sabu dalam bulan Mei lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dikalangan para syuhada.

TERPANGGIL UNTUK KOMEN ATAS DESAKAN TETAMU

Saya menerima banyak sms dari kengkawan dan tetamu blog saya tentang kecewanya mereka dengan kenyataan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkenaan kerajaan perpaduan.
Antaranya sms yang terima tak sampai hati untuk saya tuliskan di sini. Apa yang boleh saya nyatakan ialah saya menyokong penuh kenyataan dan pandangan Mursyidul Am PAS dalam hal ini. Sebagai pemimpin tertinggi di dalam Majlis Syura dan disegani kawan dan lawan saya beranggapan kita patut dan wajar menghormati pandangan Tuan Guru. Apatah lagi kerajaan perpaduan ini sendiri menurut Tuan Guru tidak pernah dibincang dan diputuskan di dalam mesyuarat PAS Pusat, Muktamar PAS Pusat juga dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
Persoalannya mengapa ada pemimpin yang tidak sehebat Tuan Guru, tidak berpengalaman macam Tuan Guru, tidak setua Tuan Guru dan tidak sebanding Tuan Guru seolah-olah berani menyanggah Tuan Guru.
Sebagai seorang ahli parti saya wajib memberi wala' kepada pemimpin tertinggi PAS seperti Mursyidul Am selagi beliau taat kepada Allah.
Yang pasti saya akan tetap bersama-sama dengan keputusan parti bukan keputusan peribadi.

KERAJAAN PERPADUAN BUKAN HANYA DENGAN PAS

Jika Umno benar-benar ikhlas untuk berbincang soal kerajaan perpaduan, perbincangan mestilah turut melibatkan semua parti komponen PR.
Begitulah antara intipati kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pagi ini.
Kenyataan beliau juga melegakan semua pihak yang seolah-olah tentang isu ini akibat mainan media dan kenyataan pimpinan sendiri yang disalahtafsir oleh penyokong PAS dan rakyat.
Adalah diharapkan semua rakyat faham dan yakin dengan kebijaksanaan pemimpin PAS kerana yang pasti PAS tidak akan berkompromi dengan perkara-perkara maksiat, haram, kezaliman, penindasan dan penyelewengan serta rasuah.

SPEAKER VS SPEAKER : BN JUGA AKAN MENANG

BN hampir pasti akan menang kerana semua orang tahu standard mahkamah di Malaysia. Tidak usah kita meletakkan harapan yang tinggi kerana semuanya bisa diatur Pak.
Hari ini Hakim Mahkamah yang membicarakan saman Speaker DUN Perak, V Sivakumar kepada Speaker palsu Ganesan menangguhkan keputusan atas alasan memberikan peluang kepada kedua-dua pihak membuat persediaan.
Keputusan inipun sudah menunjukkan ...semuanya bisa diatur Pak.

BN BAGAIKAN BUDAK BERBADAN BESAR TETAPI PENAKUT

BN masih lagi boleh disifatkan sebagai seseorang budak yang berbadan besar tetapi takut untuk berhadapan dengan lawannya yang bertubuh kecil malah kurus.
Itulah analogi mudah saya terhadap BN. Analogi itu yang terlintas di benak fikiran saya sebaik sahaja RTM memotong siaran langsung sidang parlimen hari pertama dan kedua apabila tiba sahaja kepada soalan pihak PR. Sebaik sahaja ahli parlimen PR bangkit siaran pun dialihkan kepada temubual dengan ahli parlimen BN Idris Haron dan Tajudin Abdul Rahman (hari pertama ) dan Timbalan Speaker Ronald Kiandee (hari kedua). Itulah perangai TV one Malaysia yang tidak bertamadun.
Dua hari saya terperok di rumah dengan tiada akses internet kerana 'line' internet saya ada masalah. Maka saya tidak dapat mengikuti siaran langsung dari internet yang ada cuma RTM 1.
Saya hairan mengapa begitu takut mereka kepada PR sedangkan mereka sendiri mengaku mereka gagah (bagaikan budak berbadan besar) dan PR dikatakan sebagai lemah (bagaikan budak bertubuh kecil dan kurus).
RTM1 dan stesyen yang sewaktu dengan dengannya sememangnya ketinggalan zaman memang wajar dipulaukan kerana sikap yang tidak demokratik dan tidak professional.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh salah seorang pemimpin PAS bahawa petua beliau dapat mengekalkan kesihatannya (darah tak naik tinggi) ialah dengan tidak menonton stesyen-stesyen TV membodek dan penjil%$ BN ini.

16 June 2009

IJTIMAK PAS KAWASAN 21 JUN

PAS Kawasan Bukit Katil meneruskan Program Ijtimak Dwibulanannya pada 21 Jun 2009 Ahad ini jam 9.00 pagi.
Program kali ini akan diisi oleh Ustaz Faisol Muhamad. Ia seperti biasa di adakan di Pusat Tarbiah Paya Dalam. Seluruh pecinta Islam dijemput hadir.

SYABAS DS NIZAR

Ternyata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan seorang pemimpin yang berani, komited dan istiqamah dengan perjuangannya.

Hari ini sekali lagi beliau membuktikan yang dirinya mempunyai jiwa seorang pemimpin yang tegas apabila melaungkan BUBARKAN DUN PERAK di dalam Sidang Parlimen sambil memakai lilitan hitam Bubarkan DUN Perak.

Beliau melakukan perkara tersebut sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen selepas memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang.

Akibat dari keberaniannya tersebut, beliau telah dihukum gantung dari menyertai sidang parlimen selama 2 hari.

Selain beliau YB Ngeh Ko Ham, YB Nga Kor Ming, YB Dato’ Mahfuz Omar dan YB N Gobalakrishnan dan beberapa orang lagi YB juga turut digantung selama 2 hari kerana dikatakan melanggar etika pakaian parlimen.

NIKMAT DITARIK BALIK

Sejak seminggu lalu kesihatan saya terganggu akibat demam, masalah buang air dan lain-lain. Terasa betapa kerdilnya Hamba Allah yang pasti tidak mampu berlawan dengan kuasa Allah.

Beginilah resam hambaNya yang jika ditarik nikmat kesihatan bahawa terasa betapa besarnya nikmat tersebut. Semua perkara terganggu lantaran nikmat kesihatan ini ditarik. Hamba bermohon kepadaNya agar nikmat ini dikembalikan untuk meneruskan perjuangan yang memerlukan nikmat kesihatan ini. Tanpa badan yang sihat, akal yang cerdas, fizikal yang cergas maka sudah tentu perjuangan suci ini tidak dapat dilaksanakan.

TAHNIAH BUAT USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN DAN SAF KEPIMPINAN PAS MELAKA

Saya mengucapkan tahniah kepada Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman diatas kejayaan beliau diamanahkan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka bagi sessi 2009/2011.

Sesungguhnya perlantikan tersebut membuktikan bahawa beliau masih mendapat kepercayaan penuh dari ahli dan kepimpinan PAS.

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 sessi lepas Adly Zahari dikekalkan untuk sessi 2009/2011. Sementara Mejar (B) Jasme Tompang dilantik sebagai TPJ 2 dan YDP Kawasan Tangga Batu, Ustaz Kamis Saat dipilih sebagai TPJ 3.

Mejar (B) Jasme juga dikekalkan sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Melaka.

Selain itu Setiausaha dan Bendahari sessi lalu iaitu Harun Mohamed dan Husni Balis Ali juga dikekalkan pada sessi ini.

Semoga perlantikan baru ini akan memberikan sinar baru kepada perjuangan PAS di Melaka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter