TERPANGGIL UNTUK KOMEN ATAS DESAKAN TETAMU

Saya menerima banyak sms dari kengkawan dan tetamu blog saya tentang kecewanya mereka dengan kenyataan Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa berkenaan kerajaan perpaduan.
Antaranya sms yang terima tak sampai hati untuk saya tuliskan di sini. Apa yang boleh saya nyatakan ialah saya menyokong penuh kenyataan dan pandangan Mursyidul Am PAS dalam hal ini. Sebagai pemimpin tertinggi di dalam Majlis Syura dan disegani kawan dan lawan saya beranggapan kita patut dan wajar menghormati pandangan Tuan Guru. Apatah lagi kerajaan perpaduan ini sendiri menurut Tuan Guru tidak pernah dibincang dan diputuskan di dalam mesyuarat PAS Pusat, Muktamar PAS Pusat juga dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
Persoalannya mengapa ada pemimpin yang tidak sehebat Tuan Guru, tidak berpengalaman macam Tuan Guru, tidak setua Tuan Guru dan tidak sebanding Tuan Guru seolah-olah berani menyanggah Tuan Guru.
Sebagai seorang ahli parti saya wajib memberi wala' kepada pemimpin tertinggi PAS seperti Mursyidul Am selagi beliau taat kepada Allah.
Yang pasti saya akan tetap bersama-sama dengan keputusan parti bukan keputusan peribadi.

Comments

serupasekala said…
WALAU BAGAIMANA PUN SAYA SANGAT TERHARU KEADAAN DALAM PAS SEMAKIN RUNCING DAN SEMAKIN SEBAK DIDADA.SEKARANG INI RAMAI ORANG BARU DALAM PAS CUBA BUAT KECOH DENGAN TELAH DAN CAKAP TG NIK AZIZ WAL HAL DIA ADALAH PENDUKONG MASA KINI.BAGAIMAN PAHIT MAUNG PAS DIKELANTAN.TELATAH UMNO DIKELANTAN.

ADAKAH KAMU TIDAK TERFIKIR ARAS KEBIJAKSANAAN NIK ZIZ PAS HANYA DENGAN MENANG TIPIS SATU KERUSI BOLEH BERTAHAN LEBIH LAMA SEHINGGA PRU AKAN DATANG.ORANG UMNO TAK BOLEH BELI.JIWA DAN RAGA MEREKA SERAH 100 PERATUS PADA PAS.

CUBA TENGOK NEGERI LAIN .........

SEKARANG INI LANTANG TG NIK ZIZ MENGUTUK KERAS UG MESTI ADA SEBAB NYA YANG TERSENDIRI.

CUBA KAMU FIKIR ADAKAH NEGERI LAIN BOLEH DIPERINTAH PAS SELAMA 19 TAHUN.

KENAPA INI BERLAKU.ADAH ORANG KELANTAN TIDAK ADA UMNO. ATAU ADAKAH ORANG KELANTAN ITU BUTA HATI MEMILIH PAS SEHINGGA 19 TAHUN MEMERINTAH KELANTAN.

PEMIMPIN TERTINGGI PAS HANYA CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

CAKAP BERGEGAR GEGAR NEGERI SENDIRI DIPERINTAH UMNO.

SAYA ORANG KELANTAN SAYA SOKONG TG NIK AZIZ
wan simunjan said…
Kenapa selama ni umNO pandang PAS begitu buruk sekali sehingga pemerintahan PAS di Ktan disabotaj dan pemerintahan PAS di Tgganu dianggap begitu teruk sekali. Kenapa BN/umNo selama ni tak pernah bantu PAS Ktan dari segi peruntukan kepada kerajan Ktan, hinggakan pemerintahan PAS Ktan dianggap menyebabkan rakyat Ktan tersiksa dan jauh ketinggalan daripada kemajuan. Wang royalti minyak pun tak bagi kat PAS Ktan.

Bila lihat Pakatan Rakyat dan PAS mulai mendominasi pilihan rakyat dan melihat sokongan padu masyarakat bukan melayu kepada PAS dan Pakatan Rakyat maka kini umNO nampak PAS adalah sebuah parti melayu dan Islam seperti umNO. Dulu yang buruk2kan PAS siapa ? Dulu yang kata Islam PAS bukan ajaran yang betul, siapa ?

Sebut pasal melayu & Islam kini umNO seolah2 hanya nampak pemimpin2 PAS sahaja yang Islam dan melayu. Habis pemimpin2 PKR yang terdiri daripada melayu dan Islam tu juga bukan nye melayu dan Islam seperti umNO ke ?

Kalau dalam Pakatan Rakyat sekali sekali terdapat beberapa pandangan daripada PKR dan DAP diambil pernyataan mereka. Ini bertujuan untuk memanipulasi pernyataan mereka ini.

Di pihak BN pula langsung tidak kedengaran suara-suara daripada pemimpin MCA dan MIC dan komponen lain parti yang bukan berteraskan melayu dalam isu ni. Kenapa mereka bisu. Apakah parti2 ini tidak tergugat dengan kehadiran pemimpin2 melayu dari parti PAS ? Adakah pemimpin2 MCA, MIC, PPP dan yang lainnya dalam BN tu tak sensitif tentang MELAYU dan ISLAM ni ?Senario ni nampak sangat bahawa umNO sanggup mengunci mulut pemimpin bangsa lain demi mengukuhkan kuasa mereka.

Kini rakyat sudah lupa tentang RAMPASAN KUASA PERAK, kekalutan MB di Perlis dan Tgganu dan isu dua presiden yang melanda PPP. Apa lagi isu kes Razak Baginda dalam isu Altantuya.

Bijak. Memang bijak pemerintahan Najib ni. Taktik menghuruharakan dan memporakperandakan keadaan ni memang sinonim dengan Najib.

Bermula daripada kisah porakperanda hidupnya yang bercerai isteri dengan isteri pertamanya.

Selepas itu memprorakperandakan umNO sendiri sehingga pemerintahan Tun Abdullah Badawi terumbang ambing dan akhirnya beliau dilantik menjadi PM

Seterusnya memporakperandakan kerajaan Pakatan Rakyat Perak hingga berlakunya RAMPASAN KUASA dan hingga kini politik Perak bercelaru.

Memporakperandakan institusi Kesultanan Melayu sehingga maruah Sultan Perak tercemar teruk sedangkan kes MB Tgganu umNO ni juga meNATANG kan Sultan Tgganu.

Terkini Najib memporakperandakan PAS sehingga nampak kecelaruan dalam PAS.

Beginilah corak pemikiran sejati manusia bernama Najib ni. Dan pemikiran Najib inilah melambangkan pemikiran parti umNO. Polisi memporakperanda rakyat ni adalah darah daging umNO.

Tidak ada apa yang mampu diperkatakan lagi dalam isu Kerajaan Perpaduan ni. Berulangkali pemimpin PAS menafikan dan menyanggah prinsip ni namun selagi terdapat kalimah Kerajaan Perpaduan yang diucapkan oleh pemimpin2 PAS maka umNO/BN akan terus memanipulasikan isu ini. Harapan umNo hanya satu memporakperandakan PAS, memporakperandakan Pakatan Rakyat yang kuat itu dan seterusnya mengalih sokongan rakyat kepada umNO/BN semula.

Rakyat hanya meminta agar PAS menutup terus isu ini dengan menolak sebarang persefahaman pada waktu ini dengan memberi penerangan kepada rakyat.

Doa dan harapan semoga umNO akan terus tenggelam dalam isu ni demi melihat kehancuran sebuah pemerintahan yang zalim dan hina seperti BN/umNo ni. Majulah PAS dan Pakatan Rakyat demi kesejahteraan rakyat Msia yang lebih gemilang, bermaruah dan bertamaddun di bawah Pakatan Rakyat.

HAPUSKAN UMNO DALAM MANA2 PRK DAN PRU 13 NANTI. Selagi umNo itu wujud selagi itulah rakyat Msia akan hidup dalam porakperanda. ALLAHUAKBAR!
mekjah said…
Salam...kawe ore Kelantan jugak, Dun Demit...kawe sokong TG NIK AZIZ
abu jahil said…
dari dulu saya x setuju pas beri laluan kpd ibrahim ali..tapi pas kelantan beri sebab anak angkat boleh masuk rumah...skrg ape dah jadi...
itulah kebijaksanaan pas kelantan..
saya harap utz nasa letak aje jawatan ahli parlimen bachok..maklumlah pas kelantan punye...bukan pas negeri2 lain punye..
PAS bukit katil bila nak panggil utz nasa ceramah..
Harap PAS tidak akan termakan perangkap umno.
Anonymous said…
sebab pemimpin yg amanah lah kelantan dapat bertahan, takkan dah kemaruk nak hidup mewah sanggup bersengkokol dgn pemimpin yg tak melaksanakan amanah allahlesin
Abu Ali said…
Jangan masuk perangkap UMNO dan media perdana yang cuba melaga-lagakan para pemimpin jamaah kita. Kita sepatutnya menutup mulut dan terus wala' kepada kedua-dua tuan guru. Sidang media dato' Mustafa Ali sepatutnya dapat meredakan keadaan. Malah Lim Kit Siang sendiri dalam parlimen menegaskan isu ini hanya cubaan BN bagi memecahbelahkan kesatuan PR. Diharap para pemimpin PAS dan para pengikut agar berhati-hati memberi apabila memberi komen mengenai hal ini. Jangan kita pula yang menjadi tukang finah dan join semangkuk dengan UMNO.
Anonymous said…
AKU RELA BERSELIMUT DENGAN DAP SAMPAI MATI... DARI BERMUZAKARAH DENGAN UMNO YANG JELAS KAFIR HARBI...
HIDUP TOK GURU...
MARI KITA HANCUR MELAYU UMNO..HIDUP TOK GURU...HIDUPPPP!!!...
UNTUK ORG2 PAS MARILAH KITA BERJIHAD MENENTANG MELAYU UMNO...MEREKA CUBA MEROSAKAN PARTI KITA...DAP DAN PKR...