Seruan dan rayuan ahli supaya pimpinan berhenti bercakap kepada media tentang isu ini, sementara menunggu kenyataan rasmi Presiden nampaknya tidak diendahkan pimpinan.
Sebaliknya mereka terus bercakap dengan media arus perdana seolah-olah media tersebut menjadi lidah rasmi PAS. Saya naik hairan dengan sikap pimpinan seperti ini.
Kenyataan Setiausaha Agung supaya isu ini dihentikan serta merta supaya tidak bertambah keliru semacam tidak dihiraukan. Alangkah baiknya jika kita menunggu kenyataan rasmi Presiden. Malah kita juga sewajarnya menunggu hasil pertemuan pimpinan tertinggi untuk menyelesaikan isu ini.
Kalau sebelum ini media seperti Utusan dan Berita menjadi musuh kita tetapi kini seolah-olah Utusan dan Berita sudah menjadi lidah rasmi parti........harap pimpinan semua berhati-hati dalam hal membuat kenyataan di media dan khalayak.
Saya pernah bangkitkan isu kenyataan media semasa perbahasan di Muktamar baru-baru ini tetapi nampaknya rayuan ahli hanyalah ibarat mencurah air di daun keladi ...............
Hari ini sekali lagi Utusan menjadi lidah rasmi pimpinan kita apabila membuat kenyataan mengenai kerajaan perpaduan .....atau mungkin juga media ini memetik berita itu dari sumber-sumber berita lain ....
Comments