HALAKAN SENJATA KEPADA MUSUH SEBENAR

Saya mengharapkan seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS menghalakan 'senjata' kepada musuh sebenarnya bukannya kepada sesama PAS.
Malang sekali sehari dua ini pemimpin, ahli dan penyokong PAS seolah-olah bercakaran sesama sendiri sedangkan musuh sebenar yang sedang bermaharajalela lebih dari 50 tahun terus menekan dan menzalimi rakyat dengan bebas.
Dari itu jangan kita terperangkap dengan isu KERAJAAN PERPADUAN dan lain-lain isu yang mungkin dicipta musuh kita untuk kepentingan mereka.
Lebih menghairankan saya ialah sikap pemimpin yang membiarkan isu-isu ini melemahkan perpaduan dalam parti dan menyebabkan keadaan keliru di kalangan ahli dan penyokong PAS.
Dari itu saya mengharapkan pemimpin menyelesaikan seberapa segera. Mari kita rapatkan saf dan halakan 'senjata' kepada musuh sebenar kita.

Comments

Kamil Nik Man said…
Sejak enta jadi Ketua Penerangan ni, enta berubah menjadi seorang yg MENGAMPU & SUKA MENYELINDUNGKAN TABIAT BURUK PIMPINAN..Dah lama org PAS halakan senjata kpd musuh tapi TGHH yg cadang nak offer Unity Gov..kita dah hampir menang dan kemenangan makin nyata tapi....TGHH..memang HAMPEH...
iam_khufu said…
Biar la kalah kat Manek Urai. Kalau kalah baru la pemimpin PAS ni ada akal. Aku takkan tolong apa2 kat manek urai selagi pihak yang nakkan UG ni masih lagi bersembang pasal UG. Pertamanya geng UG ni mohon maaf kalau nak letak jawatan sekalipun silakan.
Hasbullah Pit said…
boss,
musuh sebenar kita siapa?

UMNO atau British?
KHAIRUL SHOBAH said…
setahu aku musuh kita yang sebenar ialah SYAITAN! WALLAHUALAM