.

.

08 April 2016

YB HANIPA SEMAKIN PULIH

Keadaan kesihatan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin beransur pulih setelah menjalani pembedahan kepala 4 April lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Timbalan Setiausaha Agung Amanah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menerima perkhabaran menggembirakan itu daripada waris Hanipa.
"Alhamdulillah, perkembangan YB Hanipa semakin baik hari ini. Beliau sudah mula sedar, mengenali orang sekeliling dan menggerakkan tangan dan kaki.
"Perkembangan positif ini dimaklumkan kepada saya sebentar tadi oleh waris beliau.
"Teruskan berdoa agar YB Sepang kita cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik," ujar Ahmad Kerdee menerusi applikasi Whatsapp.
Hanipa didapati pengsan di Dewan Rakyat petang 4 April lalu ketika sidang dewan berhenti rehat dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.
Pegawai perubatan parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110.

04 April 2016

MOGA YB HANIPA SEGERA SEMBUH

AJK AMANAH Pusat, YB Mohamed Hanipa Maidin petang tadi rebah di Dewan Rakyat dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas  pengsan secara tiba-tiba. 
Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.
"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang tadi.
Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110. Difahamkan juga beliau akan menjalani pembedahan malam ini.
Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.
Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.
MOGA HANIPA SEGERA SEMBUH

BEBASKAN SHAZNI : SOLIDARITI UNTUK NAIB KETUA PEMUDA AMANAH

Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin ditangkap polis di perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh, Shazni ditangkap hari ini pada jam 2.30 petang bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 1244 Kanun Keseksaan.
“Suspek kini ditahan di balai polis jinjang dan permohonan reman akan dibuat pada 5 April 2016 (esok),” kata Mohmad dalam kenyataan.
Kesalahan bawah seksyen 4(1) berkaitan kesalahan kecenderungan menghasut menggunakan perkataan atau penerbitan.
Kita mengharapkan Shazni segera dibebaskan tanpa sebarang tindakan susulan. 
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter