.

.

17 August 2013

MESIR : UMNO PATUT MALU PADA DAP

KUALA LUMPUR - DAP hari ini menyatakan akan memberi sokongan kepada kerajaan sekiranya ada usaha untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya yang sedang berlaku.

Setiausaha Pengelolanya, Anthony Loke Siew Fook turut memberi sokongan dan menggesa usul untuk mengutuk kekejaman kerajaan Mesir dibahas pada pesidangan Parlimen pada minggu depan.

Tambahnya, perdana menteri tidak perlu gentar untuk membawa usul mengutuk kekejaman kerajaan Mesir terhadap rakyatnya.

"Kita desak Najib beranikan diri bawa usul di Parlimen, kita akan bersama kerajaan memberi sokongan yang berusaha untuk kutuk kerajaan Mesir.

"Jangan bimbang kita tak sokong usul itu, kita akan sokong," katanya pada Himpunan Munajat 100K, di Padang Merbok, di sini, hari ini.

Semalam, DAP telah menggesa sidang khas Parlimen kutuk pembunuhan di Mesir.

Dalam pada itu, Siew Fook yang juga ahli Parlimen Seremban berkata, isu kekejaman Mesir adalah isu manusia yang penting berbanding pemilihan semula CEC parti itu.

Katanya, Najib perlu tegas mengutuk kekejaman tentera dan kerajaan Mesir.

"Kita amat dukacita Najib seperti tak ada masa, beliau lebih ada masa  isu DAP.

"Isu ini lebih penting daripada isu CEC, ini isu kemanusiaan bukan keagamaan sahaja," katanya lagi.

PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR

Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir.

'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas 

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

16 August 2013

MESIR : KUDETA KEJAM GUNA BOM FOSFORUS TERHADAP RAKYATNYA


Ini bom White Phosphorus yang terlarang digunakan oleh tentera Mesir untuk menyerang penyokong Morsi di Rab'ah.

Bom ini juga pernah digunakan oleh Zionis semasa serangan Israel di Gaza tahun 2008-2009.

Ya Allah hancurkanlah Kudeta tentera Mesir laknatullah !!!!!!!!!!!!!11

Sumber: Dakwatuna

MESIR : UMNO GESA RAKYAT MALAYSIA HADIRI HIMPUNAN DI PADANG MERBOK ESOK.????


Umno ............ooops silap.... bukan Umno tetapi DAP yang menyeru rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k esok bagi menunjukkan solidariti untuk rakyat Mesir.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata, isu keamanan sejagat dan hak asasi manusia menjangkaui batasan kaum, agama dan fahaman politik dan perlu dipertahankan oleh seluruh umat manusia.

"Saya dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain akan turut menyertai himpunan tersebut," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu akan diadakan di Padang Merbok bermula jam 4 petang hingga 9 malam esok.

Sementara itu, DAP turut menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil segera sidang khas Parlimen untuk mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai di Mesir.

Malaysia juga tegasnya perlu menyatakan pendirian yang tegas menuntut Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu bertindak mengembalikan keamanan di Mesir.

"Kekerasan melampau yang diambil oleh rejim tentera tersebut ke atas rakyatnya sendiri merupakan satu tindakan kekejaman yang tidak berperikemanusian.

"Masyarakat antarabangsa perlu bersolidariti bersama rakyat Mesir dan menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengambil apa sahaja tindakan yang sepatutnya untuk mengembalikan keamanan di Mesir," katanya yang juga Ketua Whip DAP.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat pernah menyokong usul yang dibawa kerajaan pada 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

"Parlimen Malaysia pernah mengadakan sidang khas pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza. Dalam sidang khas tersebut, Pakatan Rakyat telah memberikan sokongan penuh kepada usul yang dibawa oleh Kerajaan untuk membuktikan pendirian tegas rakyat Malaysia yang cintakan keamanan," tambahnya.

Loke yakin Pakatan Rakyat akan sekali lagi menyokong penuh sekiranya perdana menteri memanggil sidang khas Parlimen dan mengemukakan usul untuk mengutuk rejim tentera Mesir.


Sumber ; harakahdaily

KUDETA JAHANAMLAH KAMU DI NERAKA

Melaka : Kira-kira 1000 umat Islam Melaka berhimpun mengutuk keganasan kerajaan haram tentera membunuh rakyat Mesir.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek dalam ucapannya pada himpunan  melahirkan kekesalan dan kesedihan di atas kezaliman dan keganasa kerajaan haram Mesir yang membunuh rakyat yang tidak berdosa dan merampas kuasa dari Presiden yang sah iaitu Dr Mohamad Morsi.

"Kita mengutuk pembunuhan terhadap saudara kita rakyat Mesir yang tidak berdosa yang dilakukan oleh rejim tentera pimpinan Jeneral Al Sisi'

'Umat Islam juga menuntut supaya kuasa Presiden Morsi dikembalikan kerana beliau dilantik secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya"ujar Kamaruddin.

Beliau juga menggesa kerajaan haram Mesir menghentikan pembunuhan, pemusnahan masjid dan harta benda awam.

'Kita juga menggesa pertubuhan negara-negara umat Islam OIC, Liga Arab dan kerajaan-kerajaan negera umat Islam mengambil pendirian tegas terhadap tindakan kejam dan zalim kerajaan haram Mesir.'

"Sehingga semua kerajaan umat Islam dan pertubuhan-pertubuhan tersebut diam membisu malah ada yang turut menyokong tindakan kejam kerajaan haram Mesir"tambah Kamaruddin.

Kamaruddin turut melahirkan kekesalan di atas sikap kerajaan Malaysia yang tidak menyatakan pendirian terhadap isu ini.

"Apakah kerajaan Malaysia takut kepada Yahudi, Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga kerajaan kita takut untuk menyatakan pendirian tegas kita".

'Kita menggesa satu sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu umat Islam Mesir yang semakin parah sekarang"ujar beliau lagi.

Himpunan tersebut dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Ikram negeri Melaka. 

Turut berucap pada himpunan tersebut ialah wakil Ikram, Zairi Suboh, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Musa Mohamed dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Jauhar Md Dawi.

Himpunan aman yang berlangsung di hadapan Masjid Negeri Al Azim di sini selepas solat Jumaat bermula jam 2.00 petang berakhir kira-kira 30 minit kemudian.

MESIR : IBLIS APA YANG MERASUK MEREKA

Mereka bertindak tanpa belas kasihan. Mereka menembak sesuka hati rakyat yang tidak berdosa, Iblis apa yang merasuk mereka.

Tidak kira masa dan waktu, tidak kira bulan puasa atau syawal.

Ya Allah hancurkanlah tentera Kudeta Laknatullah. Amin

15 August 2013

MESIR : MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MEMBISU?

Lebih 2,000 rakyat Mesir dibunuh. Lebih 15,000 cedera dan ribuan ditangkap oleh kerajaan Kudeta Mesir yang ganas dan kejam. Tidak ada manusia yang waras dan sihat akal fikirannya setuju dengan tindakan kejam sedemikian. 

Malangnya dunia Islam membisu seribu bahasa kecuali Kerajaan Turki dan Tunisia. Mengapa? Lebih teruk lagi ada kerajaan negara umat Islam yang menyokong dan membantu Kudeta Mesir membunuh rakyatnya sendiri. Kita yakin tuan-puan tahu jawapannya. Sudah tentu mereka-mereka yang senyap dan menyokong tindakan Kudeta ini adalah kuda tunggangan dan 'wok yek-wok yek" Amerika dan Yahudi. Ini termasuk kerajaan Malaysia yang sehingga ke hari ini tidak menyatakan pendirian tegas mengutuk tindakan pembunuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa. 

Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak, wanita dan warga emas turut sama di tembak dengan kejam tanpa belas kasihan. Inilah binatang yang bertopengkan manusia. 

Di mana perginya pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang kononnya menjadi juara dunia Islam, juara keamanan dan sebagainya. Mengapa kamu diam seribu bahasa. Apakah tidak terdetik di dalam minda dan hati kamu bahawa tindakam Kudeta Mesir itu adalah tindakan binatang bertopengkan manusia. Atau apakah kamu sendiri menyokong tindakan mereka merampas kuasa dan membunuh rakyat mereka sendiri yang beragama Islam dan sebangsa dengan pemimpin Kudeta. 

Atau mungkinkah perangai kamu serupa dengan Kudeta kerana kamu juga pernah merampas kuasa di Perak dan pemimpin terdahulu kamu pernah membunuh rakyatnya sendiri di Memali.

Rakyat sedang memerhati dan menunggu mulut kamu untuk bersuara menyatakan pendirian .....kalau kutuk katakan kutuk, kalau sokong katakan sokong .............

SIARAN LANGSUNG KEKEJAMAN KUDETA MESIR DI SINI

Kudeta dan tentera Mesir terus mengganas tanpa belas kasihan. Mereka menjadi rakyat umpama binatang. Membunuh sesuka hati rakyat yang mengadakan himpunan aman. Nyawa rakyat tiada nilai bagi mereka.

Ikuti siarang langsung kekejaman Kudeta Mesir di sini  Terima kasih kepada blog Pahangdaily.

MESIR : DR BALTAJI DAN DR ESSAM RAYYAN JUGA DITANGKAP

Medan Rubu'ah sudah dibawah polis.Ribuan ditangkap termasuk Dr Baltaji dan Dr Esam Rayyan. Hospital yang menempatkan ribuan mayat dibakar. 

Kemenangan si pengecut yang hanya berani perangi rakyat tanpa senjata. Ketika berlawan dengan Israel mereka kecut. Ikhwan ke depan dan hampir menang pada 1948. Mereka kecut. Kita penuh yakin, Mesir adalah pemula kepada terkuburnya Israel dan Amerika. 

Mereka hendakkan sangat rakyat bangkit dengan senjata. Kalau jalannya persenjataan, bukan sekadar Sisi tetapi mereka boleh menyeberang terus ke Palestin memerangi Israel. Mereka boleh menghuru harakan Terusan Suez yang akan mengakibatkan satu dunia kacau bilau.

~ FB Nassaie Ismail

MESIR KINI : LEBIH 2000 RAKYAT DIBUNUH KEJAM

Lebih dari 2000 orang rakyat Mesir dibunuh kejam oleh rejim Kudeta Mesir semalam. Ini merupakan angka paling besar sejak tercetus rompakan kuasa oleh tentera pimpinan Al-Sisi Laknatullah lebih dari sebulan lalu.

Tentera menembak rakyat bagaikan menembak binatang tanpa belas kasihan. Rakyat yang berhimpun tanpa sebarang senjata dilepaskan dengan gas pemedih mata dan penembak-penembak tepat pula menembak dari atas bangunan yang berdekatan dengan Medan Rabiatul Adawiyah dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Pada masa yang sama samseng-samseng upahan menggunakan senjata tajam mencederakan rakyat.

Ya Allah, hapuskan kudeta dan tentera laknatullah Mesir yang zalim dan ganas ini. Amin.

14 August 2013

ZALIMNYA REJIM 'YAHUDI' MESIR, BAKAL PENYOKONG MORSI

Inilah yang berlaku di Mesir pada hari ini!
Gambar sadis dari Medan Nahdhah hasil perbuatan As Sisi dan kuncu-kuncunya. Demonstran tidak bersenjata ini hangus dibakar sehingga syahid!

sumber mesirkini

MUHAMMAD NAMA PALING POPULAR DI UK

Nama bayi paling popular di British sekarang ialah Muhammad ........Allahu Akhbar

SENARAI KEJAYAAN DLM 100 HARI KERAJAAN 47 %


100 hari Kerajaan 47 % 

Senaraikan pencapaian kerajaan BN dalam 100 hari ini
1. Umat Islam terhina kehulu ke hilir
2. Syiah sesat sana sini
3. Jenayah tembak menembak semakin meningkat
4. Harga kereta proton turun
5. Bonus raya RM500 
6. .....

Pencapaian yang ketara:

1: Peningkatan
Harga barang terus melambong tanpa kawalan harga rumah terus melompat sampai ke langit.. Isu gelandangan semakin meningkat selaras dengan peningkatan kos kehidupan.

2: Penurunan

Moral value dikalangan rakyat malaysia semakin murah..
Pistol serta peluru makin mudah dan senang diperolehi sehingga tembak menembak berleluasa..
Taraf hidup semakin menurun, pegawai gomen sekarang setarap pekerja kilang, operator kilang pulak setarap cleaner, cleaner setarap peminta sedekah... semuanya dah jadi golongan asnaf... layak mendapat bantuan zakat dari menteri yang kaya raya

3. Tidak berubah dan sentiasa kekal walaupun 100 hari

Kelantangan Media memainkan isu perkauman, mempromosikan serta berkempen bagi pihak parti pemerintah sampai tahap menyampah nak tengok berita.
Kehebatan Umno serta kuncu kuncunya...walaupun ditolak sebahagian besar rakyat, masih lagi berbangga diri. Gagal mencari punca kehilangan populariti.
Pemimpin kekal berfikir ditahap yang sama 4 tahun dulu dan mungkin juga 4 tahun yang akan datang.

Pakat-Pakat Kalih

~ FB Pas Parit Buntar

13 August 2013

CADANGAN TANGANI JENAYAH YANG SEMAKIN MEMBARAH

Ini cadangan dari blog ini bagi menangani jenayah yang semakin membarah :

1) Mengkaji, menggubal dan mengamalkan undang-undang Islam yang terbukti berjaya mengurangkan jenayah, gejala sosial dan sebagainya.

2) Menyerapkan semua anggota Polis yang bertugas dalam cawangan Khas (SB) (Politik) ke dalam bahagian Jenayah bagi mengatasi masalah kekurangan anggota bahagian Jenayah.

3) Mengadakan program pembasmian jenayah rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan kuasa secara serius dan besar-besaran bagi memastikan tiadanya penyeludupan senjata ke negara kita akibat dari gejala rasuah.

4) Mendidik rakyat dari semua lapisan dengan ilmu agama di sekolah, pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Institusi agama seperti surau dan masjid dibuka seluas-luasnya untuk program ilmu bagi mendidik rakyat supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar.

5) Mengurang dan menghapuskan pusat-pusat maksiat seperti tempat perjudian, kelab malam dan sebagainya.

6) Mencari jalan supaya bebanan kehidupan rakyat dikurangkan dengan penurunan harga barang dan caj perkhidmatan, gaji minima RM1,100 dan sebagainya supaya rakyat yang susah tidak melibatkan diri dengan kegiatan jenayah hanya semata-mata untuk menampung kehidupan harian.

7) Mengurangkan bebanan rakyat dengan insentif, bantuan dan tabungan.

ORANG KITA ......SENSITIF TAK CUKUP LENGKAP!!!

Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah macam laki bini. 

Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV. 

Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.

Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.


~ FB Zairi Suboh

ANWAR TERIMA LAMARAN NAJIB UNTUK KERAJAAN PERPADUAN?

Ternyata selepas PRU12 dahulu sehinggalah ke pasca PRU13, Najib berada dalam keadaan yang sangat goyah dan goyang. Jika tidak kerana undi pos dan undi awal sudah tentu Najib dan BN akan awal-awal lagi tergolek dan menjadi pembangkang sekarang. 

Lantaran itulah bagi menyelamatkan dirinya dan BN, pelbagai perancangan dan strategik yang diatur oleh Najib dan juak-juaknya. antara langkah dan strategi Najib adalah pembentukan kerajaan perpaduan dengan pembangkang iaitu PR.

Namun semua cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh PR khususnya PAS dan PKR. Ada juga ura-ura BN 'meminang' DAP untuk mewakili kaum Cina dalam kabinetnya. Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan lantaran parti-parti komponen PR faham dan sangat kenal siapa itu BN dan pemimpin-pemimpinnya khususnya Umno.

Terbaru timbul pula cerita Najib mempelawa Anwar dan PR bersama beliau dan menawarkan jawatan-jawatan penting dalam kabinet. Najib lupa bahawa pimpinan PR bukanlah orang yang tamakkan kuasa dan pangkat. Mereka tidak sanggup bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang korup, menyeleweng, zalim dan menindas yang penuh dengan tindakan-tindakan pragmatik bagi mengekalkan kuasa mereka.

Laman Web Malaysianinsider mendedahkan bahawa tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan ini yang selama ini disimpan sebagai rahsia didedahkan juga di mana ianya seperti dibawah :..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. 
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. 
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. 
Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. 
Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri ~ The Malaysian Insider

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Mungkin agak lambat untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua tetamu blog ini. Maaf kerana atas beberapa sebab blog ini tidak di'update' kira-kira seminggu. Insya Allah mulai hari ini ianya akan beroperasi seperti biasa.

Kepada semua tetamu, kami memohon kemaafan zahir batin sepanjang kami mengendalikan blog ini, semoga blog ini terus menjadi 'port' untuk anda ziarahi dan mendapatkan info-info berguna.

~ blogmaster.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter