MESIR : MENGAPA KERAJAAN MALAYSIA MEMBISU?

Lebih 2,000 rakyat Mesir dibunuh. Lebih 15,000 cedera dan ribuan ditangkap oleh kerajaan Kudeta Mesir yang ganas dan kejam. Tidak ada manusia yang waras dan sihat akal fikirannya setuju dengan tindakan kejam sedemikian. 

Malangnya dunia Islam membisu seribu bahasa kecuali Kerajaan Turki dan Tunisia. Mengapa? Lebih teruk lagi ada kerajaan negara umat Islam yang menyokong dan membantu Kudeta Mesir membunuh rakyatnya sendiri. Kita yakin tuan-puan tahu jawapannya. Sudah tentu mereka-mereka yang senyap dan menyokong tindakan Kudeta ini adalah kuda tunggangan dan 'wok yek-wok yek" Amerika dan Yahudi. Ini termasuk kerajaan Malaysia yang sehingga ke hari ini tidak menyatakan pendirian tegas mengutuk tindakan pembunuhan ke atas rakyat yang tidak berdosa. 

Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak, wanita dan warga emas turut sama di tembak dengan kejam tanpa belas kasihan. Inilah binatang yang bertopengkan manusia. 

Di mana perginya pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang kononnya menjadi juara dunia Islam, juara keamanan dan sebagainya. Mengapa kamu diam seribu bahasa. Apakah tidak terdetik di dalam minda dan hati kamu bahawa tindakam Kudeta Mesir itu adalah tindakan binatang bertopengkan manusia. Atau apakah kamu sendiri menyokong tindakan mereka merampas kuasa dan membunuh rakyat mereka sendiri yang beragama Islam dan sebangsa dengan pemimpin Kudeta. 

Atau mungkinkah perangai kamu serupa dengan Kudeta kerana kamu juga pernah merampas kuasa di Perak dan pemimpin terdahulu kamu pernah membunuh rakyatnya sendiri di Memali.

Rakyat sedang memerhati dan menunggu mulut kamu untuk bersuara menyatakan pendirian .....kalau kutuk katakan kutuk, kalau sokong katakan sokong .............

Comments