ANWAR TERIMA LAMARAN NAJIB UNTUK KERAJAAN PERPADUAN?

Ternyata selepas PRU12 dahulu sehinggalah ke pasca PRU13, Najib berada dalam keadaan yang sangat goyah dan goyang. Jika tidak kerana undi pos dan undi awal sudah tentu Najib dan BN akan awal-awal lagi tergolek dan menjadi pembangkang sekarang. 

Lantaran itulah bagi menyelamatkan dirinya dan BN, pelbagai perancangan dan strategik yang diatur oleh Najib dan juak-juaknya. antara langkah dan strategi Najib adalah pembentukan kerajaan perpaduan dengan pembangkang iaitu PR.

Namun semua cadangan tersebut ditolak mentah-mentah oleh PR khususnya PAS dan PKR. Ada juga ura-ura BN 'meminang' DAP untuk mewakili kaum Cina dalam kabinetnya. Tetapi itu semua tidak menjadi kenyataan lantaran parti-parti komponen PR faham dan sangat kenal siapa itu BN dan pemimpin-pemimpinnya khususnya Umno.

Terbaru timbul pula cerita Najib mempelawa Anwar dan PR bersama beliau dan menawarkan jawatan-jawatan penting dalam kabinet. Najib lupa bahawa pimpinan PR bukanlah orang yang tamakkan kuasa dan pangkat. Mereka tidak sanggup bersekongkol dengan sebuah kerajaan yang korup, menyeleweng, zalim dan menindas yang penuh dengan tindakan-tindakan pragmatik bagi mengekalkan kuasa mereka.

Laman Web Malaysianinsider mendedahkan bahawa tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan ini yang selama ini disimpan sebagai rahsia didedahkan juga di mana ianya seperti dibawah :..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 
Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan. 
Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar. 
Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu. 
Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13. 
Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri ~ The Malaysian Insider

Comments