.

.

29 March 2014

PRK BALINGIAN : PKR HAMPAKAN BN, BERJAYA KEKALKAN DEPOSIT

BN menang dengan majoriti 6863 undi . Calon BN Yussibnosh Balo mendapat 8163 undi manakala calon PKR Abdul Jalil Bujang memperolehi 1,300 undi.

Abdul Jalil berjaya memberikan tentangan yang bermakna di mana wang deposit beliau tidak hilang sebagaimana yang diwar-warkan oleh BN.

Kejayaan Abdul Jalil dilihat merupakan petunjuk baru kepada politik Sarawak di mana PR semakin diterima oleh rakyat Sarawak khususnya di kawasan pedalaman seperti Balingian.

BN MENANG BESAR DI BALINGIAN

BN hampir pasti memenangi PRK Balingian apabila calonnya memperolehi 3,782 undi berbanding calon PKR yang hanya mendapat 591 selepas separuh dari undi dikira.

Adalah dijangkakan keputusan akan diperolehi selewat-lewatnya pukul 9.00 malam. Memang dari awal lagi pemerhati politik melihat bahawa amat sukar untuk BN ditumpaskan di kawasan luar bandar seperti ini. Lebih-lebih Balingian adalah kubu kuat BN yang sejak sekian lama diwakili bekas Ketua Menteri Sawarak Taib Mahmud.

ANWAR PRESIDEN BARU PKR?

Anwar menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi Presiden PKR pada pemilihan parti itu. Beliau melakukan demikian melalui wakilnya Low Che Chong tengahari ini di Pejabat PKR.

Keputusan beliau ini dilihat amat berisiko kerana kemungkinan beliau terlucut jawatan itu jika keputusan mahkamah yang mendapati beliau dalam isu liwat dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

"Hampir pasti tiada calon lain yang bertanding menentang Anwar" komen seorang ahli PKR di Pejabat PKR hari ini.

Keputusan Anwar ini dilihat sebagai dimensi baru perjuangan PKR kerana sebelum ini Anwar tiada jawatan rasmi dalam PKR.

Tidak dapat dipastikan samada Wan Azizah akan mempertahankan jawatan tersebut.

68 % PENGUNDI BALINGIAN KELUAR MENGUNDI

65 %  pengundi Balingian telah menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada PRK Balingian sehingga jam 1.45 petang tadi.

Adalah dijangkakan 75 % pengundi akan mengundi sebaik sahaja masa pengundian ditutup jam 5 petang ini.

TERKINI PRK BALINGIAN !!!!! : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KELUAR MENGUNDI AWAL

Pengundi-pengundi di Dun Balingian dilihat berpusu-pusu keluar mengundi awal-awal pagi sebaik pusat pengundian dibuka jam 8.00 pagi tadi. Mungkin mereka khuatir hujan akan turun jika mereka mengundi lewat.

Blog ini akan membawa laporan dari masa ke semasa kedudukan terkini PRK Balingian sehingga keputusan rasmi diumumkan malam ini.

LORI TERBALIK DI JALAN RAWANG-SELAYANG GUNAKAN JALAN LAIN

Info trafik....sesiapa yang berhajat perjalanan dr rawang ke selayang mengikuti jalan templer buang la hajat tersebut...terima kasih...dari lokasi jam 7.36am live...

~ FB Khairul Amri Mukhtar

28 March 2014

PASANGAN MALAYSIA DIDAPATI BERSALAH DIHUKUM PENJARA

Mahkamah Sweden mendapati pasangan Malaysia, Shalwati Norshal, 46 dan suaminya, Azizul Raheem Awaluddin, 38, bersalah atas tuduhan memukul anak mereka.
Shalwati dihukum penjara 14 bulan manakala Azizul dijatuhi hukuman penjara 10 bulan.
Pasangan itu dituduh memukul anak mereka, Aisyah, 15; Ammar, 12; Adam, 11 dan Arif, tujuh tahun.
~ bh
Gambar sekadar hiasan

PUSAT KHIDMAT ADUN BUKIT BARU MELANGKAH SETAPAK LAGI

Pusat Khidmat Adun Bukit Baru melangkah setapak lagi dengan menyediakan van untuk berkhidmat untuk rakyat.

Van ini dibeli hasil dari sumbangan orang ramai.

BAHAYA : LORI BAWA SISA KILANG LYNAS TERBALIK


Sisa kilang Lynas bertebaran di tepi jalan selepas lori yang membawanya terbalik di Batu 8,  Lanchang.

GEMPAR !!!! MUSA DEDAHKAN SIAPA DALANG DI SEBALIK PERISTIWA MEMALI????

Siapa dalang sebenar yang mengarahkan Polis menyerang dan membunuh As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan anak buah beliau. ???
Malam kelmarin, tanda tanya selama ini menjadi perbualan semula apabila Menteri Dalam Negeri Musa Hitam mendedahkan satu rahsia besarnya.
Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. 

Pendedahan Musa HItam ini dijangka dijawab oleh Dr Mahathir dengan segera bagi membersihkan namanya. Musa seolah-olah ingin menuding jari kepada Maharthir bahawa peristiwa hitam melibatkan Mahathir juga.......kita tunggu apa jawapan Mahathir!!!!!!!!!!!!!!!1

~ TheMalaysianinsider

BERITA GEMPAR !!!!! MH 370 : RAHSIA BARU!!!! MUNGKIN POSTING INI ADA LOGIKNYA?????

Ada satun info baru berkaitan pesawat MH370 yang hilang. Cuba anda klik di SINI  samada ianya benar atau tidak kita tidak dapat pastikan. Namun kalau ianya benar ia adalah berita paling gembira untuk kita semua kerana para penumpang masih hidup dan selamat.

Cuma persoalannya siapa yang merampas pesawat itu?, kena ianya dirampas?, siapa yang menjadi dalangnya? ...........dan lain-lain. Jika benar maka usaha-usaha untuk menyelamatkan penumpang yang tidak berdosa mesti dilakukan dengan segera.

Namun kita tidak harus menerima berita ini bulat-bulat selagi tiada bukti sahih dan konkrit. Kerajaan Amerika dan pihak tenteranya juga berdiam diri tidak memberikan komen sehingga kini. MISTERI terus membelenggu kita semua.

MASIH TERUS MENGUNDANG BALA, TAK SERIK-SERIK

Satu lagi konsert akan diadakan pada 30 Mac 2014 di Sepang International Circuit sempena perlumbaan di situ.

Tak habis-habis puak-puak ini hendak mengundang bala Allah dengan program-program maksiat seperti ini.

Kepada pihak berkuasa, Jamil Khir, JAKIM dan sebagainya sila hentikan program ini .......TAK SERIK-SERIK.

MH370 : PENUMPANG MASIH HIDUP DAN SELAMAT???

Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.

“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas, cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.

“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal MH370 selamat.

“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat dan takziah kepada keluarga penumpang.

“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan semangat.

“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.

“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.

PERMIT AKHBAR : JAWAPAN TAK LOGIK OLEH ZAHID


Jawapan Zahid Hamidi yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini danFZ Daily atas alasan mahu mengawal jumlah akhbar adalah tidak logik dan tidak cerdik.

Ia juga, menurut KDN, agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

"Penolakan permohonan surat khabar umum bertajuk FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan surat khabar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai surat khabar," menurut KDN.

Kementerian memberi jawapan itu ketika menjawab soalan bertulis MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di Parlimen.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca," jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dipetik.

Dalam jawapan sama, KDN turut menjelaskan yang permit lidah rasmi PKR, Suara Keadilanpula ditolak kerana kandungannya melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984".

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013.

Jelas sekali Kerajaan BN begitu takut dengan media bebas kerana takut rakyat mendapat makljmat dan fakta sebenar. 

27 March 2014

TANDA KEBAHAGIAN ANAK ADAM

Tanda kebahagian anak Adam...

(حديث مرفوع) أنا عَبْدُ الرَّحْمَنِ , أنا أَحْمَدُ , نا أَبُو زُرْعَةَ ، نا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ , نا ابْنُ وَهْبٍ , قَالَ : حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي حُمَيْدٍ ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ مُحَمَّدٍ , عَنْ أَبِيهِ , عَنْ جَدِّهِ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ رِضَاهُ بِمَا يَقْضِي اللَّهُ وَاسْتِخَارَةُ اللَّهِ ، وَمِنْ شَقَاوَةِ ابْنِ آدَمَ سُخْطُهُ بِمَا يَقْضِي اللَّهُ وَتَرْكُهُ اسْتِخَارَةَ اللَّهِ , وَمِنْ سَعَادَةِ ابْنِ آدَمَ ثَلاثٌ , وَمِنْ شِقْوَتِهِ ثَلاثٌ : فَمِنْ سَعَادَتِهِ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْخَادِمُ الصَّالِحُ ، وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ , وَمِنْ شِقْوَتِهِ الْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْخَادِمُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ " .

عَنْ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: من سعادة ابن آدم: رضاه بما قضى الله، ومن شقاوة ابن آدم: سخطه بما قضى الله }
رواه الترمذي

Daripada Saad berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, “Dari tanda kebahagiaan anak Adam, redhanya dengan apa yang telah diputuskan oleh Allah. Manakala dari tanda kecelakaan anak Adam, benci dan tidak redhanya dia atas apa yang telah diputuskan oleh Allah”.

( HR Tirmizi )

SIDANG PARLIMEN : HANG SAMSENG ARAU, HANG SAMSENG GOMBAK

Sidang Parlimen hari ini menjadi medan bertikam lidah dengan beberapa perkataan yang tidakj sepatutnya keluar dari menteri dan Ahli-ahli Parlimen. Sungguh memalukan apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim memulakan dialog yang memalukan itu.

Shahidan : Hang Sapa
Azmin : Hang sapa
Shahidan : Hang sapa
Azmin : Hang Samseng Arau
Shahidan : Hang Samseng Gombak ....

Inikah standard menteri Malaysia ............ sepatutnya sebagai seorang menteri tidak perlu berperangai macam budak-budak.

GEMPAR : MENTERI SAMSENG NAK LEPUK KEPALA AHLI PARLIMEN


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim membuat kenyataan yang mengejutkan menggunakan bahawa tidak sopan iaitu 'nanti saya lepuk kepala' semasa Sidang Parlimen hari ini.. Tindakan menteri tersebut merupakan tindakan yang biadap dan tidak sopan.


Jawapan tersebut menyebabkan beberapa Ahli Parlimen seperti Azmin Ali (Gombak) tidak puashati dan meminta beliau menari balik. 


GEMPAR : KELUARGA CO-PILOT FARIQ HAMID TAK TERIMA BULAT-BULAT MAKLUMAT YANG DINYATAKAN

Tulisan luahan hati Muhammad Fairuz Hamid, adik pasangan mangsa pesawat MH370‬, Razahan Raz dan Norli Akmar Hamid.
Minta maaf pd semua. Doa dan prhatian dri anda smua amat kami hrgai..bagi kami ini masih blum penamatnya. Kami tak terus terima bulat2 dengan berita terbaru ini. Ya, mungkin jejak terakhir pesawat MH370 adalah di “situ”..di “sini”..Namun, kami belum menerima berita mengatakan semua penumpang dan krew telah terkorban. Sekarang ini, ia terus menjadi andaian bahawa “semua krew dah penumpang terkorban”. Pencarian masih belum berakhir dan bagi kami kenyataan ini sangat melukakan hati kami semua yg terlibat. Kami menerima ucapan takziah daripada semua pihak, tapi kami masih tidak putus asa hingga sekarang. Kami hanya tunggu jawapan yg betul2 muktamad, dan bagi kami hanya Allah S.W.T yg mampu memberikan jawapan tersebut. Dan setelah jawapan muktamad tersebut diperolehi, baru kami akan terima dengan pasrah. Kami redha dengan ketentuanNya.
Sekarang, kami akan terus berdoa dan tidak akan berputus asa. Masih ada perkara yg perlu kami tekankan disini :
1) Kotak Hitam (black box) – Tidak dijumpai
2) Bangkai pesawat – Tidak dijumpai
3) Perkara yg disahkan banyak kali “Pesawat dikesan di Lautan Hindi” “Pesawat dikesan di LCS” “Pesawat di Lautan Andaman” dll..
4) Perkara yg menjadi spekulasi byk kali – “pesawat ditembak jatuh” “pesawat terhempas” “pesawat meletup diudara” “pesawat dihijack dan disorok”
5) Negara itu kata jumpa di sini, negara itu jumpa disana. Last sekali berita ini yg keluar.
Persoalannya sekarang, apa sebenarnya yg dah jadi? Dan kenapa perlu PM umumkan kesedihan itu terlalu awal? Beliau sudah ditekan oleh pihak negara yg mmpunyai kuasa lebih besar? Barangkali untuk tutup rahsia sebelum ia mula terbongkar? Mereka mungkin dah lama tahu dari hari pertama tentang rahsia ini, tetapi kita sebagai org biasa terus disajikan dengan “drama” dan “sendiwara”. Dan akhirnya “emosi” kami terus menjadi santapan mereka.
Saya menulis ini bagi pihak keluarga saya, kerana ini yg terbuku dalam hati mereka ketika semua sedang bersedih dan cuba menerima Qada’ dan Qadar Ilahi. Hanya satu jawapan saja yg boleh diterima, tetapi jawapan itu sedang dinafikan ketika ini. Ini sebenarnya yg kami tidak boleh terima. Sekian. – Muhammad Fairuz Hamid
~ blog ekeleh 

GEMPAR & MEMALUKAN : PARLIMEN M'SIA TOLAK USUL BERKAITAN HUKUMAN 529 AHLI IKHWANUL MUSLIMIN

Gempar dan memalukan itulah komen yang kami boleh nyatakan apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul berkaitan hukuman bunuh terhadap 529 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir. 

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar yang membawa usul meminta Speaker memberikan penjelasan mengapa usul tersebut ditolak sedangkan kerajaan Amerika melalui jabatan yang berkenaan kesal dengan hukuman tersebut begitu juga human right dan lain-lain.

Ketua Pembangkan, Dato Seri Anwar Ibrahim juga bangun menyatakan kekesalan dengan tindakan Speaker menolak usul tersebut sedangkan katanya 529 orang dihukum oleh mahkamah yang jelas zalim dan tidak adil. 

Kita yakin rakyat juga kesal dengan penolakan usul ini. Mengapa parlimen Malaysia begitu pasif dan penakut sehingga isu sebesar ini juga tidak menarik perhatian Parlimen Malaysia sedang negara barat sendiri menunjukkan sensitiviti mereka. 

APAKAH MENTERI BESAR SELANGOR PERLU DITUKAR???

Nampaknya PKR kemungkinan besar mahu menukarkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dengan Adun Kajang, Wan Azizah Wan Ismail.

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan kanan mereka iaitu Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shamsul Iskandar Md Akin membuktikan seriusnya PKR untuk melakukan pertukaran tersebut. Apa kewajaran mereka untuk melakukannya.

Bagi kita rancangan PKR mesti melalui beberapa 'step' yang bukan mudah kerana ianya melibatkan perbincangan dengan rakan dalam PR iaitu DAP dan PAS juga perkenan dari ke bawah DYMM Sultan Selangor.

Apakah PKR yakin mereka tidak menghadapi masalah untuk melantik Menteri Besar baru sedangkan kita tahu sejarah telah membuktikan bagaimana calon-calon Menteri Besar mestilah mendapat restu dan perkenan istana. Mungkin mereka menyatakan istana tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang berhak menjadi Menteri Besar tetapi sejarah membuktikan bahawa masalah ini sukar untuk diselesaikan jika istana tidak memperkenannya. Selain itu dari segi politik PR juga tidak akan mendapat keuntungan jika bersengketa dengan istana kerana rakyat melihat bahawa PR 'derhaka' kepada istana. 

Malah belum tentu DAP dan PKR akan bersetuju dengan cadangan PKR untuk meletakkan Presiden mereka sebagai Menteri Besar Selangor di saat Khalid berjaya membuktikan kejayaan beliau mentadbir Selangor dnegan baik. Antara kejayaan besar Khalid ialah berjaya mempertahankan kerajaannya bebas rasuah dan berjaya menjalankan program-program kebajikan rakyat dengan baik. 

Ada juga pihak mempertikaikan rancangan PKR ini dengan menimbulkan pertanyaan, apakah perlantikan Presiden PKR nanti mampu menyelesaikan apa juga masalah (jika ada) atau ianya nanti menimbulkan masalah-masalah lain dari segi pentadbiran, hubungan dengan istana, politik dan sebagainya.

Oleh kerana itulah adalah lebih baik perkara ini dianalisis dan dikaji dengan sedalam-dalamnya sebelum ia dilaksanakan. Atau mungkin PR memikirkan bagaimana membuat penambahbaikan kepada kepimpinan yang sedia ada. Bukan masanya untuk kita membuat eksperimen dan cuba-cuba di saat kita diserang dari segenap sudut oleh musuh kita yang sentiasa laparkan 'harta qarun' yang melambak dalam kantung kerajaan negeri Selangor. 

26 March 2014

SURAT DARI PENJARA : KEMENANGAN KIAN HAMPIR - PROF BADI'E

 Surat dari Dr Muhammad Badie' dari dalam tahanan yang telah disebarkan melalui page rasmi beliau :

"Tuhanmu telah berkehendak untuk mengumpulkan orang-orang yang benar dalam satu kelompok, dan orang-orang yang batil dalam satu kelompok lain, sebagaimana tuhan telah mengumpulkan Musa a.s dan kebenaran bersama pengikut-pengikutnya, seperti Firaun dan kebatilan bersama-sama pengikutnya sehingga apabila tidak tinggal apa-apa pilihan atau cara dan jalan dihadapan para pengikut kebenaran melainkan hamparan laut yang luas dan para tentera dibelakang mereka, maka kemenangan dari Allah akan turun menyelamatkan kebenaran dan para pengikutnya sekaligus menghancurbinasakan kebatilan dan pengikut-pengikutnya.

Yakinlah bahawa kemenangan itu telah hampir dan pengikut-pengikut kebatilan masih menjunjung kebatilan mereka, sedang pengikut-pengikut kebenaran menjunjung syariat mereka untuk membezakan kedua kelompok tadi, maka Allah akan memberi kemenangan kepada kebenaran dan pengikut-pengikutnya, dan menenggelamkan kebatilan berserta pengikut-pengikutnya"

Dr Muhammad Badie'
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin

WAJAH-WAJAH BAKAL AS SYAHID


25 March 2014

PENOREH GETAH MENDERITA, SIAPA PUNYA ANGKARA????

Ratusan ribu pekebun kecil getah sedang derita dengan kejatuhan harga komoditi, tinggal sekitar RM2.25 sekg.
Pendapatan bulanan RM400-600. Bagaimana kehidupan mereka?
Mereka mungkin ibubapa, keluarga dan saudara mara kita.
90 peratus adalah orang melayu. Himpunan ini mempertegaskan tuntutan:-
1. Harga lantai getah sekerap kepada RM4.00 Sekg.
2. Peruntukkan segera subsidi khas sebagai penyelesaian jangka pendek,
3. Kerajaan mesti proaktif mempromosi getah asli dan meneroka pasaran baru produk berasaskan getah asli.
4. Kebajikan penoreh getah dipertingkatkan bukan sahaja dalam bentuk subsidi tapi agensi tertentu seperti JKM, pelajaran dan kesihatan,
5. Semakan semula pemotongan SES dan Bantuan Tanam Semula agar diambil kira perlindungan insuran dan masa depan anak2 pekebun kecil,
6. Penambahbaikan Agensi berkaitan seperti Lembaga Getah Malaysia, Risda dll
Jom, hadir beramai2 dan sebarkan.

~ fb mazlan aliman

KERAJAAN MALAYSIA MESTI KUTUK KEZALIMAN REGIM MESIR - ONG KIAN MENG

[PRESS STATEMENT 25.3.14] Condemn the sham of a trial which sentenced 529 supporters of former Egyptian President Mohamed Morsi to death
I strongly condemn the decision by the Egyptian court to sentence 529 supporters of former Egyptian President Mohamed Morsi to death in what is the largest capital punishment case in Egyptian history. In fact, Amnesty International has called this sentence the largest batch of death sentences anywhere in the world in recent history.
It is ludicrous that a sentence of this magnitude could have been laid down only after a 2 day mass trial for the death of one policeman. I
t was apparent to all that this was a sham trial when the defense was reported to not have been given access to the evidence. Furthermore, none of the defendants or their attorneys were even allowed to be present in court when the verdict was given out.
This trial is part of a larger and very worrying trend of Egypt returning to the dictatorial days under the regime of former President Hosni Mubarak. Many anti-government protestors been killed by the security forces, many political activists mostly from the Muslim Brotherhood have been arrested and locked up, and the civil and political rights of Egyptians have been denied since the overthrow of President Morsi by the security forces in Egypt in July 2013.
I urge the Malaysian government to similarly condemn the actions of the Egyptian government and the court system in persecuting and prosecuting its citizens.
Dr. Ong Kian Ming
Member of Parliament for Serdang

(Photo from AFP/Getty: Egyptian relatives of supporters of ousted Islamist president Mohamed Morsi cry after the court ordered the execution of 529 Morsi supporters after only two hearings.)

SI BEDEBAH INI SEPATUTNYA DIHUKUM MATI!!!


Dia yang merampas kuasa presiden yang sah, 
dia yang menggulingkan kerajaan yang berdaulat, 
dia yang memberontak terhadap kerajaan pilihan rakyat, 
dia yang bughoh terhadap kerajaan Islam.

Si celaka ini yang seharusnya dihukum mati, bukan 529 rakyat yang bangkit mempertahankan perlembagaan dan negara.

~ fb MYI

TEKA-TEKI : CUBA CARI APA YANG PELIK DALAM GAMBAR INI???

Jika anda seorang yang bijak cuba cari apa yang pelik dalam gambar ini.

Kalau dapat sila masukkan dalam ruangan komen. Boleh juga komen di Fan Page di bawah :

Klik DI SINI 

DEMOKRASI SEMAKIN MATI : SAIFUDDIN NASUTION DIHALANG DARI MEMASUKI SARAWAK???

Setiausaha Agung PKR Dato Saifuddin Nasution dihalang memasuki Sarawak apabila sampai di Lapangan Terbang Sibu pukul 11.00 pagi tadi.

Jika benar berita ini maknanya demokrasi telah mati di negara kita. Masakan Setiausaha Agung sebuah parti politik yang sedang bertanding di PRK Dun Balingian dihalang dari masuk ke Sarawak untuk berkempen membantu partinya sendiri. 


Apakah berkempen di PRK menjadi satu kesalahan?????


Info dari FB Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak Andri Zulkarnaen Hamden.

MH370 : KERAJAAN MALAYSIA PENIPU?

Media antarabangsa dan portal berita internet dan melaporkan bahawa keluarga penumpang rakyat China dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan syarikat penerbangan itu dan menuduh kerajaan Malaysia di Kuala Lumpur "berbohong".

Mereka sukar menerima kenyataan akhbar yang dibuat oleh Najib malam tadi. Pada mereka kenyataan itu tidak betul dan tidak dapat menerimanya tanpa fakta dan bukti-bukti yang kukuh. 

Kita mengharapkan pimpinan negara dan MAS dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani isu ini. Ianya melibatkan imej negara kita di mata dunia. Sejak hari pertama kejadian pihak luar melihat pengurusan kita menangani isu ini agak kucar-kacir dan tidak meyakinkan.

Lebih malang lagi Perdana Menteri sendiri tidak berani bersemuka dengan wartawan dan langsung tidak memberi peluang kepada wartawan khususnya dari media antarabangsa bertanya soalan. Sebaik sahaja beliau membacakan kenyataan medianya beliau terus angkat kaki cabut.

Laporan Reuters menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan menunjukkan kain rentang.

Polis pula membentuk rantaian manusia di luar kedutaan itu, bagi menghalang mereka merapati bangunan kedutaan tersebut.

Terdapat juga ahli keluarga mangsa memegang poster yang menyebut: "MH 370, Jangan biarkan kami menanti terlalu lama" dan "1.3 bilion rakyat menunggu sambut pesawat itu".

Mereka juga memakai t-shirt yang tertulis: "Yang terbaik buat MH370, pulanglah dengan selamat."

"Kami menunggu sejak 18 hari lalu dan kini masih lagi menanti. Berapa lama lagi kami perlu bertahan," kata seorang wanita Zhang kepada agensi berita itu.

Kumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati itu pada awalnya berhimpun di sebuah hotel di bandar itu sebelum berarak ke bangunaun kedutaan.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”

Sementara itu, rangkaian TV China CCTV melaporkan para pegawai MAS yang tiba di Lido Hotel di Beijing disambut dengan protes oleh anggota keluarga tersebut.

"Mereka berasa ditipu dan mungkin merancang tindakan selanjutnya," lapor CCTV di Twitter.

Seorang wartawan TV Kanada turut menulis di Twitter bahawa keluarga penumpang berkenaan sedang menuju ke konsulat Malaysia untuk tujuan berkenaan.

CCTV juga melaporkan bahawa kerajaan China memanggil Duta Besar Malaysia di China Datuk Iskandar Saruddin

Kita mengharapkan kerajaan kita dapat mengambil langkah-langkah di bawah secepat mungkin :

1) Nyatakan sebab-sebab yang paling mungkin mengapa pesawat ini mengalami kemalangan dengan fakta lengkap dari penyiasatan awal tanpa fakta dan bukti dari kotak hitam.

2) Menyiarkan gambar-gambar serpihan dan apa juga yang berkaitan dengan pesawat MH570 sebagai bukti.

3) Pemimpin kerajaan mesti menunjukkan sikap berjiwa besar dengan memohon maaf kepada seluruh keluarga penumpang dan kru atas kelemahan pengurusan SAR MH370. Jangan takut untuk memohon maaf itu lebih baik dari bersikap degil dan keras kepala.

4) Nyatakan langkah-langkah yang sedang diambil pada hari berkenaan dan hari-hari berikutnya sehingga bukti dijumpai. Nyatakan dengan fakta dan analisis sistematik.

5) Nyatakan apa yang akan kerajaan dan MAS bantu kepada semua keluarga dan waris kru dan penumpang MH370.

6) Nyatakan fakta-fakta lengkap secara bertulis tentang pilot, co-pilot, keadaan pesawat dan data-data yang menunjukkan semuanya dalam keadaan baik.

CEO MAS LETAK JAWATAN ???

Di saat semua orang berduka, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahaya membayangkan kemungkinan beliau meletakkan jawatan tersebut. 

Beliau berkata  berkata soal mengenai peletakan jawatannya hanya akan dilihat selepas ini kerana pencarian penerbangan MH370 masih diteruskan,

Jauhari berkata demikian ketika ditanya mengenai sentimen ke atas syarikat penerbangan tersebut, terutama oleh penumpang China dalam penerbangan MH370.

"Adakah saya akan letak jawatan, itu keputusan peribadi, kita akan (bincang) kemudian,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Ahmad Jauhari jelas terpaksa menghadapi situasi yang cukup getir ini bukan sahaja kemalangan ini tetapi juga MAS mengalami kerugian berbilion ringgit. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang hebat dalam karier beliau memimpin syarikat yang 'panas' ini. 

~ Mkini

AS SISI KEJAM HUKUM MATI MURSYIDUL AM IKHWAN

KENYATAAN MEDIA
LAJNAH ANTARABANGSA
PEMUDA PAS MALAYSIA

MENGUTUK HUKUMAN MATI MURSYIDUL AM IKHWAN MUSLIMIN SERTA 528 AKTIVIS OLEH MAHKAMAH TENTERA MESIR
(25 Mac 2014)

Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Malaysia (LA PPM) mengecam keputusan mahkamah Jenayah pihak Tentera Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas Musyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie,  Dr Saadu Katatni Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan yang juga bekas Speaker Mesir bersama 528 orang aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.

LA PPM menganggap keputusan tersebut adalah kemuncak kezaliman Jeneral Abdul Fattah As Sisi setelah melakukan kudeta ke atas kerajaan rasmi Mesir pimpinan Presiden Dr Mohamad Morsi  dua tahun lalu serta tragedi penyembelihan rakyat di Medan Rabiah yang mengorbankan lebih 3,000 orang syuhada'.

Apa yang mengecewakan dunia adalah bagaimana keadilan yang sepatutnya ditonjolkan oleh mahkamah Mesir dicemari dengan keputusan yang berat sebelah dan tidak rasional. Lebih dari itu, dunia digemparkan apabila ketika proses mahkamah baru sahaja bermula minggu lalu dengan barisan pembelaan di bawah ancaman pihak polis walaupun ketika prosiding sedang berjalan, di mana salah seorang peguambela tiba-tiba dimasukkan ke dalam senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama.

Rejim Abdul Fattah as Sisi membuktikan beliau adalah diktator kuku besi mewarisi kezaliman  Firaun di bumi tersebut. Beliau juga berjaya membuktikan kesetiaan beliau terhadap rejim haram Israel dan menjadi boneka Amerika Syarikat.

LA PPM merasa kesal kerana kerajaan negara Islam- Arab mendiamkan diri membiarkan kezaliman didepan mata tanpa bantahan dan kecaman antarabangsa. Arab Saudi, UAE, Kuwait, Jordan dan lain-lain malah bersekongkol dengan rejim kudeta Mesir serta mempunyai sentimen kebencian mendalam yang sama terhadap Ikhwan Muslimin.

LA PPM menegaskan, menghukum mati pemimpin Ikhwan Muslimin tidak akan mematikan perjuangan rakyat Mesir dalam menuntut keadilan. Bahkan, rakyat akan semakin bersemarak berjihad menentang kezaliman Abdul Fattah. Mungkin, keputusan penghakiman ini juga menandakan rejim kudeta As Sisi bakal menemui pengakhirannya.

LA PPM mendesak kerajaan Malaysia mengutuk keputusan ini. Kerajaan juga wajar memutuskan hubungan diplomatik dengan Mesir serta mendesak negara-negara OIC bertindak tegas ke atas Mesir. Kezaliman rejim As Sisi perlu dihentikan dengan tindakan tegas dan berani pemimpin-pemimpin negara Islam.

Apa yang berlaku ke atas Syeikh Dr Badi' dan seluruh mangsa kezaliman ini, mengulangi episod kesyahidan Syeikh Said Qutub yang berakhir di tali gantung pada tahun 1960an. Syahidnya Said Qutb melahirkan ribuan lagi para ulama' dan mujahid bangkit membela Islam di bumi tersebut sehingga sekarang.

Buat Syeikh Dr Badi', kesyahidan beliau bakal melengkapkan perjuangan murni beliau memimpin Ikhwan selama ini. Keikhlasan beliau dibalas dengan ganjaran syahid di sisi Allah, Insyaallah.

DR RAJA AHMAD AL HISS
Pengerusi Lajnah Antarabangsa
Pemuda PAS Malaysia

PASCA PRK KAJANG : KEPUTUSAN RASMI

BERIKUT adalah keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang mengikut lokaliti/daerah mengundi:

TAMAN KOTA CHERAS
BN/MCA : 630
PR/PKR : 1202
UNDI ROSAK : 242
MAJORITI : 572

SUNGAI SEKAMAT
BN/MCA : 1603
PR/PKR : 1667
UNDI ROSAK : 0
MAJORITI : 64

SAUJANA IMPIAN
BN/MCA : 627
PR/PKR : 775
UNDI ROSAK : 35
MAJORITI : 148

TAMAN MESRA
BN/MCA : 422
PR/PKR : 557
UNDI ROSAK : 1
MAJORITI : 135

SUNGAI KANTAN
BN/MCA : 1038
PR/PKR : 813
UNDI ROSAK : 5
MAJORITI : 225 (KALAH)

TAMAN KAJANG BAHARU
BN/MCA : 927
PR/PKR : 1724
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : 797

KAJANG
BN/MCA : 569
PR/PKR : 1019
UNDI ROSAK : 3
MAJORITI : 450

SG CHUA SATU
BN/MCA : 826
PR/PKR : 2551
UNDI ROSAK : 12
MAJORITI : 1725

SG CHUA DUA
BN/MCA : 487
PR/PKR : 1475
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : 988

SG CHUA TIGA
BN/MCA : 124
PR/PKR : 410
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : 286

SG CHUA EMPAT
BN/MCA : 157
PR/PKR : 468
UNDI ROSAK : 2
MAJORITI : 311

SG CHUA LIMA
BN/MCA : 366
PR/PKR : 1099
UNDI ROSAK : 51
MAJORITI : 733

TAMAN DELIMA
BN/MCA : 627
PR/PKR : 630
UNDI ROSAK : 25
MAJORITI : 3

KANTAN PERMAI
BN/MCA : 1031
PR/PKR : 1351
UNDI ROSAK : 24
MAJORITI : 320

BANDAR KAJANG
BN/MCA : 285
PR/PKR : 548
UNDI ROSAK : 4
MAJORITI : 263

BATU 10 CHERAS
BN/MCA : 578
PR/PKR : 425
UNDI ROSAK : 11
MAJORITI : 153 (KALAH)

UNDI AWAL
BN/MCA : 999
PR/PKR : 66
MAJORITI : 933

UNDI POS
BN/MCA : 18
PR/PKR : 8
MAJORITI :10

JUMLAH UNDI
MC/BN
BIASA : 10,297
AWAL : 981
POS : 18
JUMLAH : 11,362

PR/PKR
BIASA : 16,701
AWAL : 57
POS : 8
JUMLAH : 16,741

MAJORITI : 5,379

24 March 2014

PRK KAJANG : MCA MUKA TEMBOK TAK MAHU MENGAKU KALAH

MCA tidak mengaku kalah sebaliknya mendakwa mereka berjaya meningkatkan sokongan pengundi Cina dari 18 % pada PRU 13 kepada 25 % pada PRK Kajang semalam.

Ketua Wanitanya Heng Sieng Kie membuat dakwaan tersebut bagi memujuk dirinya, pimpinan MCA dan penyokongnya yang bersedia dengan kekalahan teruk MCA pada PRK Kajang.

Heng juga mendakwa PRK kali ini menyaksi pengundi memilih calon mengikut kaum yang mana beliau menyatakan orang Melayu cenderung menyokong Datin Seri Wan Azizah.

Beliau lupa bahawa politik perkauman sudah pupus selepas PRU 13 dan ianya mula pupus selepas PRU 12. Jika dakwaan beliau benar masakan pengundi Cina boleh memberikan sokongan padu kepada Wan Azizah di mana Presiden PKR itu menang besar di semua peti undi majoriti pengundi Cina.

Jadi Heng jangan cuba memainkan politik perkauman lagi takut nanti MCA terus ditolak dan calon-calonnya hilang deposit pada PRU 14 kerana pengundi meluat dengan politik perkauman sempit mereka.

AMARAN ALLAH KPD KITA SEMUA

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ) [Surat As-Saff : 2]
(كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ) [Surat As-Saff : 3]

Terjemahannya : Wahai orang-orang beriman jangan kamu berkata tetapi kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian Allah jika kamu berkata tetapi kamu tidak melakukannya.

DEMI MASA ....JANGAN KITA PILIH KERUGIAN


GEMPAR !!!! SEBUAH LAGI PESAWAT MAS KEMALANGAN

INDIA. Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam.
   
Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca.
   
Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu.
   
Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).
   
Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu.
   
Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut.
  
"Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali.
   
Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan. Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian.
   
Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu.
   
“Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah.
   
MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat.

Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki.
   
Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.
   
“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu.
   
Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990.
   
Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.
      
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS hari ini mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan.
   
Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas.
   
Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan.
   
"Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama

23 March 2014

GEMPAR PRK KAJANG : PENAKUT NAJIB BATALKAN PROGRAM DI KAJANG MLM INI

Perdana Menteri Najib Razak takut hendak berdepan dengan rakyat apabila membatalkan program bertemu rakyat Kajang malam ini. 

Mungkin Najib malu atau takut untuk bertemu dengan rakyat. Sepatutnya kalau sudah tahu diri penakut dan 'pemalu' janganlah janji awal-awal dengan rakyat.

PM Najib memang terkenal dengan sifat penakutnya, baru-baru ini semasa sidang akhbar MH370 beliau tidak berani untuk menjawab pertanyaan wartawan sebaik sahaja selesai beliau membacakan kenyataan akhbar beliau terus lari dan meninggalkan wartawan yang terpinga-pinga pelik dengan tindakannya.

Beliau juga tidak pernah berani menyahut cabaran PR untuk berdebat atas apa juga isu. Inilah antara pemimpin Malaysia yang paling lemah dan memalukan negara.

Insiden kehilangan pesawat MH370 menambahkan koleksi bukti kelemahan beliau .....

TAHNIAH KAK WAN DAN ABANG WAR SERTA PR


Tahniah Kak Wan menang majoriti 5379 undi.

TAHNIAH KAK WAN ADUN BARU KAJANG


PRK KAJANG : PKR MENANG MAJORITI 5339

8.30 mlm : Keputusan penuh tidak rasmi

PKR: 16,581
BN: 11,242

Majoriti

: 5,339
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter