.

.

27 March 2014

GEMPAR & MEMALUKAN : PARLIMEN M'SIA TOLAK USUL BERKAITAN HUKUMAN 529 AHLI IKHWANUL MUSLIMIN

Gempar dan memalukan itulah komen yang kami boleh nyatakan apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menolak usul berkaitan hukuman bunuh terhadap 529 pimpinan dan ahli Ikhwanul Muslimin di Mesir. 

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar yang membawa usul meminta Speaker memberikan penjelasan mengapa usul tersebut ditolak sedangkan kerajaan Amerika melalui jabatan yang berkenaan kesal dengan hukuman tersebut begitu juga human right dan lain-lain.

Ketua Pembangkan, Dato Seri Anwar Ibrahim juga bangun menyatakan kekesalan dengan tindakan Speaker menolak usul tersebut sedangkan katanya 529 orang dihukum oleh mahkamah yang jelas zalim dan tidak adil. 

Kita yakin rakyat juga kesal dengan penolakan usul ini. Mengapa parlimen Malaysia begitu pasif dan penakut sehingga isu sebesar ini juga tidak menarik perhatian Parlimen Malaysia sedang negara barat sendiri menunjukkan sensitiviti mereka. 

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter