CEO MAS LETAK JAWATAN ???

Di saat semua orang berduka, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Jauhari Yahaya membayangkan kemungkinan beliau meletakkan jawatan tersebut. 

Beliau berkata  berkata soal mengenai peletakan jawatannya hanya akan dilihat selepas ini kerana pencarian penerbangan MH370 masih diteruskan,

Jauhari berkata demikian ketika ditanya mengenai sentimen ke atas syarikat penerbangan tersebut, terutama oleh penumpang China dalam penerbangan MH370.

"Adakah saya akan letak jawatan, itu keputusan peribadi, kita akan (bincang) kemudian,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Ahmad Jauhari jelas terpaksa menghadapi situasi yang cukup getir ini bukan sahaja kemalangan ini tetapi juga MAS mengalami kerugian berbilion ringgit. Semoga beliau tabah menghadapi dugaan yang hebat dalam karier beliau memimpin syarikat yang 'panas' ini. 

~ Mkini

Comments