PRK KAJANG : MCA MUKA TEMBOK TAK MAHU MENGAKU KALAH

MCA tidak mengaku kalah sebaliknya mendakwa mereka berjaya meningkatkan sokongan pengundi Cina dari 18 % pada PRU 13 kepada 25 % pada PRK Kajang semalam.

Ketua Wanitanya Heng Sieng Kie membuat dakwaan tersebut bagi memujuk dirinya, pimpinan MCA dan penyokongnya yang bersedia dengan kekalahan teruk MCA pada PRK Kajang.

Heng juga mendakwa PRK kali ini menyaksi pengundi memilih calon mengikut kaum yang mana beliau menyatakan orang Melayu cenderung menyokong Datin Seri Wan Azizah.

Beliau lupa bahawa politik perkauman sudah pupus selepas PRU 13 dan ianya mula pupus selepas PRU 12. Jika dakwaan beliau benar masakan pengundi Cina boleh memberikan sokongan padu kepada Wan Azizah di mana Presiden PKR itu menang besar di semua peti undi majoriti pengundi Cina.

Jadi Heng jangan cuba memainkan politik perkauman lagi takut nanti MCA terus ditolak dan calon-calonnya hilang deposit pada PRU 14 kerana pengundi meluat dengan politik perkauman sempit mereka.

Comments