.

.

05 September 2015

CERAI TA'LIQ PANDANGAN AL QARADHAWI

 Begini pandangan Ketua Ulama Sedunia itu cerai taklik :


Hukum Cerai Ta'lik (Talaq Muaalaq) - Pandangan Al-Qaradhawi


SOALAN : Apakah Hukum Cerai Secara Ta'lik. Sebagai contoh Lafaz. "Jatuh Talak 3 Kepada Isteri Saya Sekiranya Saya Melompat Parti"

JAWAPAN :-

Isu diatas adalah berkaitan cerai ta'lik. Jesteru kita perlu merujuk kepada Isu pokok iaitu adakah jatuh talaq cerai secara Ta'liq?

Dr Yusuf Al-Qaradawi apabila ditanya berkaitan Isu Cerai Ta'liq, beliau menjawab dengan kenyataan berikut :-

"Sesungguhnya pandangan yang saya berpegang padanya dan yang telah saya fatwakan sejak bertahun lamanya adalah -

SESUNGGUHNYA TALAK MUAALAQ YANG TERIKAT TALAQ ITU DENGAN SESUATU ATAU LARANGAN SESUATU (BUKANLAH TALAQ YANG DISYARIATKAN OLEH ALLAH S.W.T) UNTUK MEMISAHKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI.

AKAN TETAPI IA BERKAITAN DENGAN SUMPAH. SEKIRANYA JIKA DIA MELANGGAR SUMPAH ITU MAKA CUKUPLAH BAGI DIA UNTUK MEMBAYAR KAFARAH SUMPAH IAITU (Memberi 10 Makan Orang Miskin @ 10 Orang Pakaian)

Pandangan ini adalah pandangan sebahagian SALAF yang dirajihkan oleh Ibnu Taimiyyah Dan Anak Muridnya Imam Ibn Qayyim. Pandangan ini saya pilih dan rajihkan. Saya melihat ianya sesuai dengan Ruh Islam. Pandangan ini juga adalah pandangan ramai AHLI ILMU dan AHLI FATWA dizaman kita ini.

RUJUKAN : Dr Yusuf Al-Qaradawi, Fatawa Muasirah, Jil 3, M/s :342, Cetakan Darul Qalam Linnasyar Wa Tauzi' KUWAIT. 2013

Malah bukan sahaja Yusof Qardhawi berpendapat demikian, malah jumhur ulama menyatakan Baiah Talak mesti ditolak dan tidak terpakai serta tidak ada khilaf sedikit pun. 

Malah Setiausaha Ikhwan Dawli Abu Ahmed menyatakan bahawa baiah talaq ini adalah HARAM dan bersifat 'takfiri' dan boleh membawa kepada pemikiran Daesh. 

Sebaliknya, PAS tetap mempertahankan baiah talak semata-mata untuk menghentam wakil rakyat PAS yang meyertai Parti Amanah yang juga sebuah parti Islam, malah Presiden PAS sendiri menyatakan orang yang melanggarnya dianggap sebagai dilaknat Allah dan RasulNya. 

Tetapi Presiden PAS sendiri tidak mengulas apa-apa mengenai apa hukumnya mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang telah mengundi PAS di atas dasar Pakatan Rakyat dan apa hukumnya orang yang kerap ponteng parlimen dan tidak menjalankan amanahnya sebagai seorang wakil rakyat dengan baik. (Setiap wakil rakyat perlu mengangkat sumpah dengan memulai WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI" dihadapan speaker untuk menjalankan tugas dan tanggungjwabnya dan menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai wakil rakyat dengan jujur dan sedaya upayanya). Bukankah pengkhianatan terhadap kewajipan sebagai wakil rakyat itu dilaknat Allah dan Rasulnya?

Sumber : Greenboc 

通告 有意加入国家诚信党 (AMANAH)为党员的甲州子民可联络以下国会选区的办事处专线

通告
有意加入国家诚信党 (AMANAH)为党员的甲州子民可联络以下国会选区的办事处专线
1.野新 JASIN 019 658 8587
2. 武吉卡迪 BUKIT KATIL 019 682 1318
3. 甲市区 KOTA MELAKA 019 667 5521
4. 亚罗牙也 ALOR GAJAH 019 628 8840
5. 冬牙峇株 TANGGA BATU 012 608 2489
6. 马日丹那 MASJID TANAH 019 233 4645
7. 青年团 ANGKATAN MUDA 019 353 8240
8. 妇女组 ANGKATAN WANITA 019 729 5411
9. 甲州诚信党 AMANAH MELAKA 016 770 5820
@ 013 627 9269
诚信 AMANAH -进取 PROGRESIF -关怀 PEDULI
哈芝尤海扎
Haji Yuhaizad Abdullah
甲州联委会秘书
国家诚信党
(前大马工人党)

JANGAN JADIKAN WANITA BARANG PERCATURAN POLITIK

"HENTIKAN POLEMIK BAIAH TALAK TIGA: WANITA DAN KELUARGA MENJADI BARANG PERCATURAN POLITIK"
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia terpanggil memberikan pandangan terhadap isu baiah talak tiga yang sedang hangat diperkatakan. Isu ini mula diperkatakan sejak tahun 2009 ketika sebuah parti politik dikatakan mengambil baiah atau ikrar talak tiga ahli-ahlinya yang bertanding pilihan raya untuk mencegah kejadian lompat parti. Apabila rahsia ini terbongkar, iamenjadi isu sensitif kerana tidak tergambar bagi kita semua bagaimana wanita yang seharusnya dimartabatkan dalam institusi keluarga Islam kini menjadi bahan dagangan percaturan politik.
Hati kecil kami berasa lega apabila mendapat berita bahawa sebahagian alim ulama' berpandangan bahawa baiah seperti ini tertolak dan tidak boleh digunapakai. Namun, apa yang berlaku ialah pandangan ini pula tidak diendahkan oleh pihak yang berkenaan kerana masih ada suara yang terus-terusan mendesak agar baiah itu dilaksanakan. Mereka seolah-olah bergembira dan menunggu-nunggu runtuhnya mahligai kasih pasangan yang pernah menjadi sahabat seperjuangan mereka itu. Di mana hilangnya kewarasan dan perasaan setia kawan dan kemanusiaan? Tidakkah difikirkan kesan negatif daripada desakan tersebut terhadap isteri, anak-anak dan keluarga sahabat terbabit?
Perkahwinan adalah sebuah insititusi suci lagi mulia dalam Islam. Ia ditegakkan di atas asas yang kukuh untuk melahirkan, membina dan memelihara individu yang akan menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat dan Negara.
Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menegaskan bahawa :
1. Kami menentang sebarang tindakan yang menjadikan wanita dan insititusi keluarga sebagai barang pertaruhan dan percaturan politik atas alasan apa sekalipun. Perbuatan ini bukan sahaja merendahkan martabat wanita, malah bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang telah meletakkan wanita dan lelaki sama kedudukannya di hadapan Pencipta 'Azza wa Jalla; suatu syariat membawa rahmah bagi sekalian alam.
2. Apa yang telah berlaku perlu dirujuk kepada pihak berwajib dan berkuasa untuk membuat keputusan melalui ketetapan dan prosiding yang sewajarnya.
3. Kami menyeru semua pihak agar menghentikan polemik isu baiah talak tiga ini dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang bersifat menghukum dengan sewenang-wenangnya.
Sebenarnya masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan wanita dan keluarga pada tahap yang sebenar-benarnya sebagaimana yang dikehendaki Islam. Ayuh kita sama-sama berganding bahu membangun dan memartabatkan wanita.
Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
4 September 2015

UNTUK BANGSA JOHOR YG SERTAI PARTI AMANAH

☀☀☀☀☀☀☀☀☀

Salam'alaik, Pengumuman Kepada Seluruh Bangsa Johor Yang Berminat Untuk Menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH), Bolehlah Menghubungi Talian Di Bawah Mengikut Kawasan Parlimen Yang Di Senaraikan.

1) P.GUDANG - 0137511818

2) TEBRAU - 0137480222

3) KULAI - 0197551465

4) JOHOR BAHRU - 0197545075

5) PULAI - 0197285174

6) GELANG PATAH - 0192786323

7) PONTIAN - 0137745473

8) TANJONG PIAI - 0124697886

9) SPG RENGGAM - 0127112207

10) TENGGARA - 0197175455

11) KOTA TINGGI - 0197324724

12) PENGERANG - 0137020681

13) SEMBRONG - 0137782030

14) MERSING - 01596468632

15) KLUANG - 0192638263

16) AIR HITAM - 0167718050

17) SRI GADING - 0197818697

18) BATU PAHAT - 0197232810

19) PARIT SULONG - 0177760476

20) MUAR - 0105045976

21) LABIS - 0126186107

22) SEGAMAT - 0197734984

23) SEKIJANG - 0137725351

24) PAGOH - 0123812917

25) LEDANG - 0133619662

26) BAKRI - 0136906759

☆ Sila SMS/Whatsapp "Nama/Asal /Saya Ingin Jadi Ahli AMANAH" Ke No2 diatas atau boleh terus hubungi mereka untuk tujuan pendaftaran keahlian dan sebarang pertanyaan. Terima Kasih dan Sebarkan

HEBAT PARTI CANGKUI DAN GEAR BINATANG DAN JIN PUN JADI AHLINYA

Hebat juga Parti Cangkui dan Gear ni ....dengar cerita ahli-ahli dia orang terdiri dari Jin dan Manusia malah binatang2 yang tergolong dalam jenis mamalia pun jadi ahli dia orang.
Mungkin manusia tak suka menyertai Parti ini maka binatang mamalia yang berkenan untuk bersama parti cangkui dan gear.
Tahniah Parti Cangkui dan Gear.

NAJIB JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA SEBENAR DANA RM2.6 BILION

KLIK DI SINI ...........Najib jangan berselindung dan cuba menyembunyikan hal sebenar berkaitan dengan RM2.6bilion.  Lama kelamaan kebenaran akan tersingkap dan semua orang akan tahu. Lebih baik berterus terang dan mohon maaf sekiranya ada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang.

04 September 2015

HELWA ABIM KUTUK WANITA DIJADIKAN SANDARAN POLITIK

HELWA ABIM memandang serius isu bai’ah serta takliq talak tiga yang menjadi pertaruhan politik semasa. Kebimbangan ini bersifat "vital" kerana ia melibatkan isu status perkahwinan dan beberapa hukum yang terkait dengan kesahihan baiah tersebut termasuk isu kaffarah sumpah dan implikasi lafaz takliq.
Oleh yang demikian, HELWA ABIM berpandangan bahawa perbalahan serta polemik perdebatan tentang isu ini mesti segera dihentikan bagi memberi peluang kepada pihak-pihak yang terlibat merujuk kepada pihak yang lebih berautoriti termasuk rujukan ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Mufti.
Dalam masa yang sama, HELWA ABIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan meletakkan lafaz takliq bagi maksud menceraikan isteri dengan talak tiga sebagai pertaruhan dalam politik. Sewajarnya perkara berkaitan lafaz takliq perceraian ini tidak seharusnya menjadi pertaruhan dalam politik kerana ia melibatkan maruah isteri yang seolah-olah dipermainkan akibat kerakusan politik kuasa.
Tindakan ini sangat mengaibkan dan boleh menjatuhkan maruah wanita yang bergelar isteri serta memberi kesan terhadap keharmonian rumahtangga keseluruhannya apatah lagi jika lafaz tersebut disabitkan oleh Mahkamah Syariah sebagai sah dan jatuh talak.
Helwa ABIM juga menyeru agar semua pihak berhenti membuat kenyataan balas berkaitan hukum kesahihan lafaz tersebut bagi mengelakkan kemudharatan dan kekeliruan kefahaman masyarakat awam . Pihak HELWA ABIM juga menawarkan sesi pencerahan isu hukum-hakam dan perundangan kepada orang awam yang mahukan penjelasan tentang isu ini dengan lebih lanjut dan bantuan guaman syariah untuk mewakili pihak-pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu tersebut ke Mahkamah Syariah.
Fadhlina Binti Dato' Siddiq
Naib Presiden ABIM (HELWA)

ISU TALAK 3 : ANIAYA WANITA

Politik “baiah” menganiayai WANITA!
Isu baiah yang diperkenalkan dalam PAS terhadap mana-mana wakil rakyat negeri khususnya Kelantan yang berniat untuk meninggalkan parti tersebut adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung. Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.
Wanita atau isteri memainkan peranan yang paling penting dalam institusi keluarga. Lafaz baiah dan ta’liq itu tidak seharusnya menjadikan isteri dan keluarga sebagai gadaian atau cagaran untuk kerja politik. Ini menimbulkan keraguan dimana jika Islam itu menjadi landasan utama dalam matlamat perjuangan, apakah Islam dan Keluarga itu dua perkara yang berbeza? Politik, Islam dan keluarga adalah perjuangan yang satu tanpa perlu sebarang pemisahan. Tindakan mengingkari baiah itu seolah-olah sama tarafnya seperti keluar dari agama.
Penceraian talak tiga yang dijatuhkan kepada isteri tanpa sebab adalah satu perkara yang tidak boleh diterima akal. Bukankah talaq adalah perkara yang paling tidak disukai Allah walau ada hukum yang diharuskan. Ia adalah satu rahmat yang diberi oleh Allah bagi suami isteri yang benar-benar memerlukannya. Tidak wajar jika terputus hubungan suami isteri, bukan kerana krisis dan ketidaksefahaman tetapi disebabkan perkara luar dari urusan peribadi mereka. Maka, sebarang penggunaan “talaq” untuk tujuan luar rumah tangga memerlukan dalil dan hujjah yang benar-benar kukuh. Kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan penyalahgunaaan objektif asal peruntukan yang diberikan oleh Allah.
Andai kata perjuangan PAS boleh berubah di masa-masa akan datang, PAS tidak lagi komit dalam perjuangan Islam? Apakah ahli-ahli parti tidak boleh meninggalkan PAS hanya kerana terikat dengan lafaz talaq tiganya? Walaupun ianya satu acara yang dipersetujui, namun para lelaki seharusnya memikirkan akibat yang ditanggung oleh wanita sekiranya penceraian tanpa rela ini berlaku. Wanita tidak harus dianiaya hanya kerana sebuah perjanjian taat setia terhadap parti.
Semoga ini menjadi pengajaran bagi ahli politik di Malaysia, bahawa menjadikan wanita sebagai cagaran dan gadaian dalam politik adalah satu perkara yang sungguh mundur. Kita bukan hidup di zaman jahiliyyah, sedangkan Allah sendiri mengangkat wanita dalam Al-Quran serta merta apabila mendengar keluhan Khawlah terhadap suaminya, tetapi pemimpin pemimpin Islam di Malaysia menganggap wanita itu sebagai satu bahan yang boleh dipermainkan.Jika penindasan begini terus berlaku terhadap wanita, ia akan menjadi lebih sukar untuk mengiktiraf wanita khususnya wanita Islam di Malaysia.
YB Zuraida Kamaruddin
Ahli Parlimen Ampang
Ketua Wanita Keadilan

KESIAN SAMA NAJIB, MAHATHIR PUN MAHU JATUHKANNYA

Kasihan sungguh kepada PM kita Najib Razak, mantan bos beliau iaitu Tun M pun mahu jatuhkan beliau. Tun M sanggup berpanas dan berhujan sama-sama berhimpun dengan rakyat dalam himpunan aman BERSIH 4.0. Macam-macam yang Tun M kata pada Najib. Namun Najib buat 'dek' sahaja. 

Hari ini Tun M membuat serangan lagi kali ini beliau menyeru Ahli Parlimen BN menyokong usul undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen jika ada pihak yang mengusulkan demikian. Memang melampau betul Tun M ini. Anak didikan dia sendiri yang diajar dan diasuh olehnya, bila sudah pandai buat kerja macam Tun M pernah buat dahulu dia marah balik.

Untuk pengetahuan Tun M, semua yang Pak Lah dan Najib buat ini adalah kesinambungan dari apa yang Tun M lakukan dahulu. Semuanya lebih kurang sama sahaja cuma skrip dan pelakonnya sahaja berbeza.

Benarlah apa yang Allahyarham Ustaz Fadzil pernah katakan bahawa dia doakan Tun M panjang umur biar dia lihat sendiri kebobrokan dan kezaliman yang dia lakukan. Sekarang dia sendiri merasakan betapa sakit dan ngilunya perbuatan Najib kepada rakyat dan pembangkang. Lebih kurang sama sahaja perbuatan beliau dahulu. Anak didiklah katakan ...........


Hari ini bekas perdana menteri kita itu merayu kepada para MP BN agar menyokong usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Beliau menjelaskan, kerajaan BN akan tetap kekal walau MP berkenaan boleh menyokong undi tidak percaya kerana parti tersebut masih menguasai majoriti kerusi di Parlimen.
Katanya, langkah itu perlu dilakukan untuk membendung masalah yang kini terpaksa ditanggung oleh rakyat.
“Saya rayu kepada ahli Dewan Rakyat Umno dan BN supaya menyokong undi tidak percaya kepada Najib. BN tidak akan jatuh setelah Najib disingkir. BN masih parti majoriti.
“Selagi Najib berkuasa selama itulah ekonomi merosot, nilai Ringgit jatuh, saham jatuh, kos sara hidup meningkat kerana GST, hutang negara bertimbun dan tidak dapat dibayar, pengangguran bertambah, berbilion duit rakyat disalahgunakan," katanya.
Sekiranya tidak, Malaysia akan terus dipimpin oleh Najib, yang bergantung kepada rasuah untuk kekal berkuasa.
"Malaysia akan diperintah oleh seorang perdana menteri yang bergantung kepada rasuah. Najib sendiri berkata cash is king, 'wang tunai adalah raja'. Raja inilah yang disembah oleh Najib."
Mahathir turut mengingatkan para MP BN tersebut bahawa wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib mungkin untuk sogokan kepada pemimpin dan wakil rakyat.
Sementelahan pula, penjelasan mengenai asal-usul wang "derma" tersebut "tidak masuk akal"
"Tidak pula diperkenalkan penderma, punca kekayaannya, bentuk wang yang diberi, bank yang terlibat dan lain-lain butiran. Sebenarnya dakwaan ini tidak boleh diterima akal," katanya.
Mahathir memberi amaran bahawa Najib akan memerlukan wang haram lebih banyak untuk terus kekal di tampuk kuasa.
"Jika Najib menang kerana sogok wang, dia akan perlu lebih banyak wang lagi untuk mengekalkan dirinya sebagai PM dan untuk PRU 15. Dari mana akan datang berbilion lagi jika tidak secara haram," katanya dipetik dari portal Malaysiakini.

TALAK DIPERDAGANGKAN HANYA KERANA POLITIK?

Tindakan PAS yang mencagarkan talak untuk memastikan Wakil Rakyatnya tidak keluar parti dan meninggalkan parti itu di Kelantan disifatkan melampau tidak menghormati wanita.

"Apakah wanita boleh dipermainkan sedemikian rupa sehingga kepentingan jawatan mengatasi kepentingan institusi keluarga yang mulia".

"Malah ianya jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab PAS yang sengaja menjadikan talak sebagai mempertahankan kepentingan politik mereka". kata seorang pemerhati politik.

Beliau berkata jika benar PAS sebuah parti yang mantap dan hebat tidak perlulah mereka memperdagangkan rumahtangga wakil rakyat mereka hanya untuk memastikan kedudukan politik mereka tidak terancam.

IKUTI FATWA YANG DIKELUARKAN OLEH MUFTI PULAU PINANG
DATO DR WAN SALIM WAN MOHD NOR DI BAWAH INI

Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.
Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.
Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.
Talaq tidak sah kecuali dengan niat dan keazaman yang ikhlas oleh sisuami untuk menceraikan isterinya, bukan dengan tujuan-tujuan yang lain seperti untuk mencegah dirinya daripada melakukan sesuatu atau untuk mengukuhkan tekadnya bagi mencapai sesuatu matlamat yang diingini.
Sehubungan ini, saya menasihatkan kepada setiap orang yang telah melafazkan sumpah ta'liq yang tersebut supaya menebus sumpah itu dengan cara memberi makanan atau pakaian kepada 10 orang fakir miskin atau, jika tidak mampu, hendaklah berpuasa 3 hari sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Qur'an, surah al-Maidah 89.
Difahamkan daripada ayat ini bahawa sumpah yang dipaksa ke atas seseorang melafazkannya boleh dikategorikan sebagai sumpah yang lagha atau tidak dilakukan dengan niat yang sebenar.

AMANAH, PAS, DAP DAN PKR BOLEH KUKUHKAN PEMBANGKANG - ANWAR

Ternyata Anwar Ibrahim tetap berjiwa besar dengan tidak menampakkan permusuhan sesama parti-parti pembangkang. Beliau tetap menaruh keyakinan bahawa pembangkang di Malaysia akan bersatu dan bekerjasama menumbangkan Umno/BN.
Anwar dalam kenyataannya dipetik dari portal Malaysiakini berkataParti Amanah Negara (AMANAH) mungkin sebuah parti serpihan PAS tetapi bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya ia masih boleh membantu mengukuhkan pembangkang bersama-sama dengan PKR, PAS dan DAP.
"Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.
"Fokus kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik,” kata Anwar dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui peguamnya dan diedarkan lewat malam tadi.
Anwar yang juga ketua umum PKR, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada hari Isnin mengenai pembentukan AMANAH.
"Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik," tambahnya.
Terdapat kebimbangan bahawa PAS dan AMANAH boleh membawa kepada pertarungan tiga penjuru, dan dengan itu melemahkan barisan pembangkang.
Terdapat juga kebimbangan yang sama bahawa PAS, yang mungkin kecewa PKR menyokong AMANAH, juga boleh membawa kepada situasi yang sama, sekaligus memburukkan lagi keadaan.
Yang menjadi perhatian sekarang ialah sama ada PAS boleh duduk semeja dengan AMANAH dan juga bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat termasuk PKR dan DAP.

03 September 2015

HANIPA TAK SETUJU PAS BERSAMA DALAM PAKATAN 2.0 : BIARLAH PAS SOLO

Anwar dalam kenyataan semalam menginginkan saf pembangkang bergabung dan menghalakan senjata kepada Umno/BN bagi melihat parti itu berkubur. Namun keinginan dan mimpi Anwar itu bukan mudah direalisasikan kerana masing-masing mempunyai perasaan dan perangai ego masing-masing. PAS bertikam lidah hampir setiap hari sebelum ini dengan DAP, mana mungkin PAS boleh berkawan lagi dengan DAP begitu juga sebaliknya.
PAS sudah hampir pasti tidak mudah melupakan keputusan sahabat-sahabat mereka menubuhkan GHB dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sehingga ramai juga ahlinya keluar PAS dan menyertai AMANAH. Situasi ini menyebabkan PAS dan AMANAH bermasam muka.  Bukan mudah untuk membaca isi hati masing-masing. 
Begitu juga dengan PKR, belum tentu PKR boleh menerima kembali PAS dan menerima juga AMANAH dengan mudah bagi membentuk Pakatan 2.0.
Salah seorang pemimpin Protem AMANAH, Hanipa Maidin dalam tulisannya yang disiarkan dalam Malaysiakini menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru ini.
Kenyataan Hanipa seperti di bawah :
Saya dan rakan-rakan dari Parti Amanah Negara sesungguhnya amat gembira dan terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan sokongan yang padu kepada wujudnya parti Islam baru ini.
Perkara ini dinyatakan dalam perutusan beliau dari penjara Sungai Buloh bertarikh 1 September 2015.
Sudah tentu perutusan Anwar memberi suntikan baru kepada parti islam baru yang kami tubuhkan ini kerana semua tahu beliau adalah satu tokoh dan nama besar dalam politik negara ini.
Anwar telah membawa satu reformasi politik yang menakjubkan kepada rakyat negara ini dan sekali gus mengubah landskap politik negara ini.
Amat malang kerana politik balas dendam, kotor dan jijik BN, kebangkitan rakyat ini dihalang daripada terus dipimpin oleh Anwar.
Namun jiwa, semangat dan roh perjuangan beliau tidak mampu BN penjarakan dan ia terus menyalakan obor perjuangan bagi menentang kebobrokan dan salah guna kuasa BN.
Semasa kami berada dalam PAS dan semasa PAS masih berada dalam Pakatan Rakyat, kami tidak pernah sangsi dan ragu dengan kemampuan Anwar menerajui gabungan part ini.
Meskipun wujud elemen tertentu dalam PAS cuba menyemai keraguan terhadap kepimpinan beliau pada waktu tertentu, kami yakin keraguan itu tidak berasas sama sekali.
Dinyahkan dari PAS
Saya sendiri telah menulis, berceramah, berforum, berdemo dan melakukan banyak lagi perkara bagi mempertahankan Anwar apabila bekas timbalan perdana menteri itu diperlakukan secara kejam dan brutal oleh rejim BN.
Saya pohon pada Allah dari sifat riak namun sejarah boleh membuktikan di Parlimen banyak kali saya bersuara menentang kezaliman Umno/BN ke atas DSAI hingga saya dan kawan-kawan digelar oleh parti sendiri sebagai Anwarinas dan pelbagai label lagi.
Saya dan kawan-kawan juga sanggup dilabel, difitnah dan dicerca oleh rakan-rakan sejemaah atau parti sendiri kerana bersuara lantang mempertahankan Anwar, sahabat-sahabat PKR dan DAP demi menjaga kelangsungan Pakatan Rakyat.
Ianya berakhir apabila kami semua dinyahkan secara hina daripada saf kepimpinan PAS dalam muktamar yang lalu.
Pokoknya kami telah lakukan apa sahaja di dalam dan luar parti bagi mempertahankan Pakatan. Namun gelombang dalam PAS yang mahukan elemen dalam parti yang pertahankan PR dinyahkan amat kuat.
Malangnya, gelombang ini juga disokong oleh pemimpin yang duduk di peringkat tertinggi PAS sendiri.
Apa yang boleh saya simpulkan, usaha untuk mencetuskan Harapan Baru, yang seterusnya mencetuskan pula Parti Amanah Negara, dilakukan atas penuh kesedaran bahawa PAS tidak benar-benar menghayati tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dalam wadah Pakatan.
Malah PAS sebenarnya tidak begitu selesa kerana merasakan tidak dapat atau mampu mendominasi Pakatan. Sedangkan bagi kami, isu mendominasi tidak seharusnya wujud dalam Pakatan kerana "we are equal partners (rakan kongsi yang setara).
Reput bersama PAS
Ini bermakna, jika sekalipun Parti Amanah Rakyat tidak wujud dan andai kata Pakatan masih wujud antara PAS, PKR dan DAP, kewujudan Pakatan itu bukan sahaja tidak akan memberi nilai tambah dalam pilihan raya umum akan datang, malah saya berani katakan bahawa Pakatan akan reput dengan gaya dan stail politik PAS.
Kesannya, rakyat bukan sahaja akan menghukum PAS, malah DAP dan PKR juga akan dihukum bersama.
Bertolak dari situ, kami percaya sekiranya Pakatan baru atau Pakatan Rakyat 2.0 ingin diwujudkan semula, maka parti parti yang membentuk komposisi baru itu perlu menghayati prinsip prinsip dan pendirian pendirian bersama yang telah diputuskan secara konsensus.
Pakatan yang baru ini mesti memfokuskan kehendak rakyat dan bukan kehendak parti yang menganggotainya. Apa yang lebih penting, segala keputusan yang diambil mestilah dibuat secara konsensus dan tiada mana-mana parti yang cuba mendominasinya.
Atas kebesaran jiwanya dan sikap keterbukaanynya, Anwar menyeru supaya permuafakatan politik yang baru hendaklah merangkumi PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan PAS.
Kita semua tahu bagaimana sikap PAS terhadap Anwar dan PKR seperti dalam isu kerusi DUN Kota Damansara dan DUN Sungai Acheh, isu pelantikan MB Selangor, isu kritikan Presiden PAS atas Datin Seri Wan Azizah, isu PAS memboikot pilihan raya kecil Permatang Pauh dan banyak lagi.
Namun Anwar masih mampu menunjukkan jiwa besarnya terhadap PAS. Malangnya PAS dalam program tertutup masih terus menyalahkan Anwar khususnya dalam isu Kajang Move.
Apa pun, dengan penuh hormat kepada Anwar, saya dengan rendah diri memohon berbeza pendapat dengan beliau dalam soal keperluan melibatkan PAS dalam permuafakatan baru politik pembangkang.
Saya tidak yakin permuafakatan politik baru yang melibatkan PKR, DAP , PARTI AMANAH NEGARA dan PAS akan wujud. Saya tidak pernah berdendam atau benci dengan PAS, namun saya percaya kita harus realistik.
Maka saya penuh yakin, dengan mengambil kira realiti politik sekarang, kedudukan PAS dalam permuafakatan politik baru atau Pakatan yang baru untuk tidak akan menguntungkan mana-mana parti.
Bagi saya dengan sikap, gaya politik dan stail saf kepimpinan Pas yang ada sekarang saya tidak rasa PAS adalah aset kepada Pakatan.
Biarlah PAS kekal solo
Dengan penuh hormat saya katakan, gaya dan stail politik PAS bukan gaya dan stail politik berkawan sebaliknya ia stail politik "lone ranger".
Kenyataan ramai pimpinan PAS adalah jelas, parti itu tidak kisah menang atau kalah pilihan raya jadi bagaimanakah untuk tubuhkan satu pakatan politik yang ingin memenangi pilihan raya jika ada parti dalam komponen itu tidak kisah menang atau kalah pilihan raya?
Saya juga tidak nampak bagaimana DAP boleh menerima PAS dalam Pakatan yang baru, setelah apa yang DAP rasai sebelum ini. Saya juga tidak nampak bagaimanakah pengundi bukan Islam boleh menyokong Pakatan yang baru jika PAS masih kekal di dalamnya.
Pendirian PAS dalam BERSIH 4, pada hemat saya, menjadi suatu testimoni baru kepada rakyat bukan Islam untuk terus menolak parti tersebut. Lalu, apakah jaminan mereka tidak akan menolak Pakatan yang baru jika jika PAS berada di dalamnya.
Ya, benar bahawa Pakatan yang baru ini perlukan lonjakan beberapa peratus lagi undi Melayu bagi mendapat kuasa di Putrajaya. Ini berdasarkan andaian bahawa sokongan pengundi bukan Islam khususnya Cina akan kekal menyokong Pakatan.
Maka mungkin atas dasar itu ada yang melihat bahawa PAS perlu dilibatkan dalam Pakatan baru ini kerana secara tradisi, PAS disokong oleh orang Melayu dan bertanding di banyak kerusi bermajoriti orang Melayu.
Hakikatnya, PAS banyak menang di kerusi yang campuran kerusi Melayu dan bukan Melayu kecuali di negeri Kelantan. Di kerusi yang majoritinya orang Melayu, calon PAS masih sukar untuk menang.
Justeru, jika PAS dilibatkan dalam Pakatan baru dan turut bertanding di kerusi yang jumlah peratusan pengundi bukan Melayunya agak besar, maka di atas kertas, ia sudahpun tewas ekoran sikap pengundi bukan Melayu yang jelas ke atas PAS.
Namun, yang lebih membimbangkan, kerusi kerusi DAP dan PKR juga akan menerima kesan yang besar melalui hukuman yang pengundi bukan Melayu kenakan kerana melibatkan PAS dalam Pakatan yang baru.
Saya menyimpulkan bahawa Pakatan yang baru ini hanya akan berdaya maju tanpa PAS, dan hanya meliputi PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat sahaja. Biarlah PAS dengan politik solonya dan tidak diganggu untuk membawa agenda solonya secara solo .
Maaf, Anwar dan sahabat dalam PKR yang saya amat sayangi, saya mohon berbeza pandangan.

JOM BERSAMA PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH)

PENGUMUMAN
Kepada sesiapa rakyat Melaka yang berhasrat menjadi Ahli Parti Amanah Negara (AMANAH) boleh menghubungi talian di bawah mengikut kawasan Parlimen yang disenaraikan.
1. Jasin 019 658 8587
2. Bukit Katil 019 682 1318
3. Kota Melaka 019 667 5521
4. Alor Gajah 019 628 8840
5. Tangga Batu 012 608 2489
6. Masjid Tanah 019 233 4645
16. Angkatan Muda 019 355 5053
17. Angkatan Wanita 019 729 5411
18. Amanah Melaka 016 770 5820
@ 013 627 9269
HARAPAN BARU
AMANAH - PROGRESIF - PEDULI
Haji Yuhaizad Abdullah
Setiausaha
Parti Pekerja-Pekerja Malaysia
(Parti Amanah Negara)
Negeri Melaka

02 September 2015

PERLUKAH PARTI BARU ISLAM DITUBUHKAN?

Ramai yang melemparkan soalan yang sama iaitu PERLUKAH PARTI YANG MENDAKWA MEMPERJUANGKAN ISLAM DITUBUHKAN?

Sedangkan PAS yang namanya Islam dan telah lama berjuang di Malaysia masih lagi ujud dan terus kukuh hingga sekarang.

Jawapannya saya nyatakan di bawah.

1) Tidak salah untuk kita menubuhkan sebuah lagi Parti Islam  baru dari segi demokrasi dan dari segi hukum hakam agama kerana PAS itu sendiri bukannya agama dan ujud juga hujah-hujah dari Ulama' terkenal seperti Yusuf Al Qaradhawi yang berpendapat pembentukan parti-parti Islam di sesebuah negara adalah dibenarkan.

2) Parti baru ingin mengisi ruang kosong dakwah yang ditinggalkan oleh PAS lantaran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang menyebabkan rakyat yang bukan Melayu dan bukan Islam tidak lagi hadir dalam program-program PAS. Fenomena ini merugikan Islam disebabkan mereka melihat PAS yang memperjuangkan Islam tidak mahu dan tidak boleh berkawan dengan orang bukan Islam. Malah mereka melihat PAS sukar untuk bekerjasama, berjanji setia dan bertolak ansur dalam perhubungan. Kekurangan PAS seharusnya ditampung oleh parti baru (AMANAH) dan kekurangan AMANAH yang sudah tentu ada ditampung oleh PAS yang sudah lama gagah dan terus perkasa.

3) Penubuhan Parti baru yang mendakwa mereka juga berjuang Islam seharusnya dilihat secara positif dari segi konsep kerjasama dan taawun sebagaiman ayat Al Qur'an : Bertolong-menolonglah kamu atas jalan taqwa dan jangan bertolong-menolong atas jalan maksiat.

4) Dari segi politik, PAS dan AMANAH boleh bekerjasama bagi memastikan kemenangan pembangkang di kerusi-kerusi tertentu kerana apa guna bertanding dalam pilihanraya jika kita tahu sukar untuk menang. Sebagai contoh di kerusi-kerusi campuran contohnya pengundi bukan Melayu yang menjangkau 30 %. Jika situasi sekarang di mana pengundi bukan Melayu tidak menyokong PAS maka sudah pasti PAS akan kalah. Maka adalah lebih baik AMANAH yang bertanding di kerusi-kerusi tersebut. AMANAH pula jangan tamak dan besar kepala hingga mahu membolot semua kerusi. Maka AMANAH dan PAS mesti berjiwa besar jika mahu melihat Umno/BN ditumbangkan. Jika masing-masing ego maka berilah kemenangan percuma kepada Umno/BN.

~ Ahmad Danial Amsyar

SIASAT SIAPA PIJAK GAMBAR PEMIMPIN

Pijak memijak gambar pemimpin memang perbuatan sia-sia dan menimbulkan kemarahan orang lain. Tiada untungnya kita dapat jika kita pijak gambar orang lain. Malah ianya menimbulka kemarahan orang itu serta pengikutnya jika orang yang gambarnya dipijak itu adalah pemimpin.
Kejadian pijak memijak gambar ini bukan baru berlaku malah sudah berlaku mungkin semenjak teknologi gambar dihasilkan melalui kamera dan sebagainya. Bila seseorang itu dibenci gambar mereka dipijak.
Mungkin orang yang memijak itu terlampau marah atau benci dengan tuan gambar tersebut. Namun perbuatan memijak gambar ini kami kira tidak manis dan berakhlaq. Apa yang si pemijak dapat selepas memijak gambar itu. Apa yang dia dapat mungkin berbakul-bakul sumpah seranah dari penyokong tuan gambar itu.
Tidak lama dahulu ada yang mendakwa gambar Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu dipijak di hadapan Pejabat Agung PAS. Ketika itu beliau adalah Timbalan Presiden PAS. Bila ditanya apa perasaan beliau, Mat Sabu menjawab sedih dan sayu serta hiba sebab katanya saya masih Timbala Presiden PAS ketika itu tetapi ada orang pijak gambar dia di depan pejabat PAS.
Begitu juga dengan insiden memijak gambar Tuan Guru Presiden PAS dalam Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini. Sudah tentu akan timbul kemarahan penyokong-penyokong PAS.
Oleh itu kami menggesa pihak berkuasa menyiasat siapa yang memijak gambar Tuan Guru Presiden PAS, apa tujuannya dan apa objektifnya.
Kita bimbang ada pihak yang cuba menangguk di air keruh memburuk-burukkan Bersih 4.0 dan pada masa yang sama membangkitkan kemarahan penyokong PAS supaya memusuhi Bersih 4.0. Malah kita juga bimbang insiden ini sengaja diadakan pada menyeretnya menjadi isu perkauman yang selalu cuba dibangkitkan oleh pelampau-pelampau rasis dalam negara kita.
Kita juga bimbang isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalihkan isu derma, isu kejatuhan ekonomi dan isu politik lain yang sudah menjadi modus operandi Umno/BN apabila berhadapan dengan isu-isu panas yang menggugat sokongan rakyat kepadanya. 
Jadi rakyat sudah tentu mahukan suatu siasatan telus dan saksama.  
Hari ini PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 4 apabila mendapati ada peserta demonstrasi itu memijak gambar presiden mereka dan Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu dibuat pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad di Balai Polis Dang Wangi jam 11.30 pagi tadi.
Sambil menggesa polis menjalankan siasatan terhadap insiden itu, Mohamad Noor (gambar, dua dari kanan) juga menuntut pihak yang terlibat meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan "seluruh rakyat Malaysia".
“Saya minta polis jalankan siasatan dan perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya mereka yang terlibat tampil memohon maaf secara terbuka,” katanya.
Sumber : Malaysiakini.

AMOI SONDOL BAHU ABG MAT, HA3X TERUK ABG MAT KENA KEROYOK ....

Hati-hati Abg Mat .....Abang Mat tak sengaja kot ...amoi tu tiba-tiba mai sondoi bahu Abg Mat .....ha3x. Kesian Abang Mat. Orang 'famous' macam tu lah kena hati-hati. Dulu Abang Mat pernah kena di Hotel Perdana. Sampai ke la depa duk ungkit cerita Abang Mat .....Lepas ini tak tahu lah apa pula kritikan dan cercaan yang Abang Mat kena.....orang lain pun kena hati-hati......
Ketua pengiring yang bertugas menjaga pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Mohammad Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4 memohon maaf berikutan kegagalannya mengawal orang ramai daripada menghampiri bekas timbalan presiden PAS itu.
Aris Awang berkata, beliau memohon maaf kepada Mohammad, ahli keluarga serta kenalan Islamnya berikutan gambar pemimpin tersebut yang dihampiri serta disentuh wanita semasa perhimpunan itu menjadi viral.
"Berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya.
"Kejadian di luar kawalan dan kelalaian saya telah menyebabkan berlakunya insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam," kata Arif di dalam Facebooknya.Selain itu, Aris berkata, beliau selaku ketua pengiring dan pasukan keselamatan GHB yang diberi nama ARIF akan berusaha memastikan insiden seperti itu diatasi pada masa akan datang.
Antara gambar yang menjadi viral ialah gambar seorang wanita pertengahan umur memegang tangan Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu serta seorang gadis remaja yang menyandarkan kepalanya di bahunya untuk bergambar.
Menjelaskan kejadian itu, Aris berkata, ia berlaku ketika Mohammad bergerak dari sebuah pentas ke pentas lain di tengah kesesakan puluhan ribu peserta.
Malah, jelas Aris, beliau sendiri yang memberi arahan kepada pihak keselamatan supaya kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesra rakyat.
Bagaimanapun, beliau tidak menjangka serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.
"Sekali lagi saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat se-Islam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap pengerusi Gerakan Harapan Baru," katanya lagi.

BERSIH 4.0 : TERIMA KASIH NAZRI AZIZ, PUJI HIMPUNAN TERSEBUT

Satu-satu menteri kabinet yang memberikan komen yang agak baik kepada Himpunan Bersih ialah Nazri Aziz. Beliau yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan mengucapkan terima kasih kepada penganjur BERSIH 4 kerana mempromosikan Malaysia.
Macam itulah kita mahu, jangan kata semua negatif, sudah tentu himpunan itu ada yang positif. Malah bagi kami yang positif lebih banyak dari yang negatif. Jelas sekali rakyat Malaysia yang menghadiri Bersih 4.0 adalah berdisiplin, tidak merusuh, berhimpun secara aman dan membersihkan semua sampah-sampah. 
Malah ramai peniaga juga mendapat manfaat dari himpunan aman tersebut.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas berkata (dipetik dari Malaysiakini), perhimpunan selama 34 jam itu mendapat liputan daripada media antarabangsa dan secara tidak langsung mengiklankan demokrasi sihat diamalkan di negara ini.
"Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus juga sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita.
"Dah tayang di CNN, Aljazeera, BBC, satu dunia tahu tentang itu (perhimpunan BERSIH) jadi saya sedikit sebanyak mengucapkan terima kasih pada BERSIH kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, beliau secara sinis menyarankan supaya perhimpunan BERSIH diadakan setiap tahun.
Bagaimanapun, kata Nazri, sekiranya mahu diadakan setiap tahun, proses penganjurannya mesti dibuat dengan betul, seperti mengemukakan permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.
"Tahun depan buat lagi benda ini. Buat tiap-tiap tahun. Tak adalah buat pada satu-satu waktu sahaja. Tahun depan buat lagi.
"Tapi mohonlah pada timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri). Kita ada undang-undang," katanya.
Bukan semua orang KL
Malah, Nazri berkata, kehadiran puluhan ribu peserta BERSIH ke ibu negara sempena perhimpunan berkenaan juga membantu meningkatkan jumlah pelancongan dalam negara.
"Peserta BERSIH dalam 80,000 dan bukan semua dari Kuala Lumpur. Mereka dari luar, maka itu pun membantu meningkatkan pelancong domestik.
"Kemudian dengan ada orang jual air tepi jalan semua, yang penting jangan kacau ketenteraman. Itu sahaja," katanya lagi.
Pada Sabtu dan Ahad lalu, BERSIH mendakwa ada kira-kira 500,000 orang menyertai perhimpunan berkenaan dan membanjiri jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka.
BERSIH mengemukakan tuntutan kepada kerajaan iaitu membersihkan pilihan raya, kerajaan yang bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan tuntuan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Mereka turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

01 September 2015

MUHYIDDIN BAKAL DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO????

Umno Bahagian-Bahagian mula mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Kita percaya jika beliau berdegil beliau bakal berdepan dengan tindakan pemecatan sebulat suara dari Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kita tahu semuanya bersifar Yes Man. Tidak mungkin ada yang berani menyanggah kehendak Najib jika beliau mahu Muhyiddin dipecat. Kalau ada yang berani pun Shafei Apdal yang juga bakal berdepan dengan tindakan yang sama.

Siapa yang menyokong Muhyiddin bakal berdepan dengan masa depan karier politik yang malap dan gelap. 


Bernama melaporkan bahawa Umno Bahagian Sungai Besar hari ini meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan timbalan presiden parti secara terhormat.
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.
Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.
"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.
"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.
Jamal berkata cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

14 DARI 15 AJK DEWAN PEMUDA PAS JOHOR LETAK JAWATAN

Malam tadi 14 dari 15 exco Dewan Pemuda Pas Negeri Johor mengumumkan perletakan jawatan. Perletakan jawatan mereka memang dijangkakan sejak dari awal lagi. 

PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA

Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.

Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambilalih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini. Parti akan tetap meletakkan Islam sebagai asas perjuangan

 Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB.

Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN)

Penasihat Umum - Ustaz Ahmad Awang
Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi
Dato Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hassanudin Mohd Yunos

Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha  : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari :  Hj Asmuni Awi
Setiausaha  Orgniasasi : Suhaizan Kaiat

AJK

Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Niar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungip
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah
Hasnul Baharuddin


31 August 2015

BARU SEKARANG TUN M DAN HASMAH FAHAM KUASA RAKYAT

Baru sekarang Tun M dan Tun Hasmah tahu tentang kuasa rakyat. Ok lah juga mereka sudah sedar tentang hak rakyat dan kuasa rakyat untuk memberi peringatan kepada kerajaan. Kesudian mereka berdua untuk sama-sama berpanas dan berhujan di sekitar Dataran Merdeka menggambarkan kepada kita bahawa semua lapisan rakyat tidak lagi percaya kepada kepimpinan Najib dan BN
Kenyataan isteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ke perhimpunan BERSIH 4 semalam menyuntik semangat baru kepada peserta dan rakyat Malaysia.
Diminta mengulas kehadirannya ke Dataran Merdeka semalam
Siti Hasmah berkata, itu adalah kuasa rakyat.
"Ini kuasa rakyat," katanya.
Berjalan di belakang Mahathir, Siti Hasmah dikerumuni peserta BERSIH 4 yang ingin bersalaman dengan beliau.
Walaupun situasi agak sesak beliau kelihatan tenang berjalan dengan pakaian baju kurung berwarna biru muda breserta selendang yang dililit di leher.

SIARAN LANGSUNG PELANCARAN PARTI BARU DARI VISTANA HOTEL

SIDANG MEDIA PENGUMUMAN PARTI BARU OLEH ‪#‎GHB‬ AKAN DIBAWA SECARA LANGSUNG UTK ANDA OLEH RADIO INTERNET Harapanbaru FM.
🌐 Dengarkan dan dapatkan maklumat yang tulus dan benar tanpa tapisan di Radio Internet Harapanbaru FM
Listen : http://harapanbarufm.listen2myradio.com
Klik di atas utk mendengar.
Check out "Listen2MyRadio" - https://play.google.com/store/apps/details…
install app diatas dan search "harapanbarufm"

BERSIH 4.0 BERJAYA - LEBIH 200,000 BERKUMPUL DI SELURUH DUNIA

BERSIH 4.0 disifatkan sangat berjaya apabila rakyat tanpa mengira kaum turun ratusan ribu di seluruh dunia. Di sekitar Dataran Merdeka sendiri menyaksikan 200,000 rakyat Malaysia berkumpul secara aman dan damai. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bangkit untuk menumbangkan BN pada PRU 14 nanti. 
Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 walaupun antara tuntutan dibuat ialah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara.
Aktivis, Boon Kia Meng juga mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.
Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.
Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH kali ini juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno seperti MyKmu.net yang menerbitkan artikel bertajuk Cina DAP Dominasi Himpunan Bersih 4.
Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4.

BERSIH 4.0 : 20 DITAHAN DI MELAKA

Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur berakhir dengan aman damai tanpa sebarang provokasi, tangkapan dan pergaduan. Tetapi berlainan pula dengan insiden yang berlaku di Melaka. 10 orang telah ditahan. 
Sepuluh lagi individu memakai baju kuning dengan logo BERSIH ditahan pihak berkuasa di Dataran Pahlawan, Bandar Melaka sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Lee Ling Kit, 34, semua 10 tahanan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk diambil keterangan.
"Salah seorang daripada mereka adalah remaja lelaki berusia 16 tahun," katanya kepada Malaysiakini.
Polis semalam menahan 20 individu berpakaian kemeja T kuning dengan logo BERSIH ketika menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir kira-kira jam 10.30 malam.
Salah seorang daripada mereka ialah Lee sendiri. Dia dibebaskan polis malam tadi.
Menurut Lee, polis menjalankan siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Semua 10 tahanan yang dibawa polis pagi tadi adalah sebahagian daripada kira-kira 100 orang yang berkumpulan di Dataran Pahlawan - untuk kali kedua - sebagai tanda sokongan kepada BERSIH 4.
Dianggarkan lebih 50 anggota polis ditempatkan di kawasan itu bagi menjaga keselamatan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter