AMANAH, PAS, DAP DAN PKR BOLEH KUKUHKAN PEMBANGKANG - ANWAR

Ternyata Anwar Ibrahim tetap berjiwa besar dengan tidak menampakkan permusuhan sesama parti-parti pembangkang. Beliau tetap menaruh keyakinan bahawa pembangkang di Malaysia akan bersatu dan bekerjasama menumbangkan Umno/BN.
Anwar dalam kenyataannya dipetik dari portal Malaysiakini berkataParti Amanah Negara (AMANAH) mungkin sebuah parti serpihan PAS tetapi bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya ia masih boleh membantu mengukuhkan pembangkang bersama-sama dengan PKR, PAS dan DAP.
"Amanah akan terus mengukuhkan pembangkang di peringkat nasional, bersama KEADILAN, PAS, DAP dan kami akan memperluas muafakat ini termasuk kepada NGO-NGO lain yang komited dan yang berkongsi matlamat yang sama.
"Fokus kini adalah untuk memberikan rakyat satu alternatif yang berdaya maju, berasaskan kedaulatan undang-undang dan nilai-nilai demokratik,” kata Anwar dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui peguamnya dan diedarkan lewat malam tadi.
Anwar yang juga ketua umum PKR, berkata demikian sebagai mengulas pengumuman bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada hari Isnin mengenai pembentukan AMANAH.
"Penubuhan sebuah parti pembangkang baru yang komited kepada perubahan dan reformasi merupakan satu petanda baik bagi politik matang yang mengetengahkan kebertanggungjawaban demokratik," tambahnya.
Terdapat kebimbangan bahawa PAS dan AMANAH boleh membawa kepada pertarungan tiga penjuru, dan dengan itu melemahkan barisan pembangkang.
Terdapat juga kebimbangan yang sama bahawa PAS, yang mungkin kecewa PKR menyokong AMANAH, juga boleh membawa kepada situasi yang sama, sekaligus memburukkan lagi keadaan.
Yang menjadi perhatian sekarang ialah sama ada PAS boleh duduk semeja dengan AMANAH dan juga bekas rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat termasuk PKR dan DAP.

Comments

powertrain1648 said…
nape x ckp nuar u turn...mula2 bkn main ekk lagi xsebut pun pas...dh kene bersih...aikkk tetiba naik plak nama pas...

skrg ni dgn tertubuh parti kuali...sape yg menolong umno? dap pkr kuali atau pas?

nama amanah...tapi buat kerja x amanah...

sofi...byk2la baca doa...allhuma arina haqqan haqqa...