BERSIH 4.0 : 20 DITAHAN DI MELAKA

Perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur berakhir dengan aman damai tanpa sebarang provokasi, tangkapan dan pergaduan. Tetapi berlainan pula dengan insiden yang berlaku di Melaka. 10 orang telah ditahan. 
Sepuluh lagi individu memakai baju kuning dengan logo BERSIH ditahan pihak berkuasa di Dataran Pahlawan, Bandar Melaka sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Lee Ling Kit, 34, semua 10 tahanan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk diambil keterangan.
"Salah seorang daripada mereka adalah remaja lelaki berusia 16 tahun," katanya kepada Malaysiakini.
Polis semalam menahan 20 individu berpakaian kemeja T kuning dengan logo BERSIH ketika menghadiri perhimpunan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir kira-kira jam 10.30 malam.
Salah seorang daripada mereka ialah Lee sendiri. Dia dibebaskan polis malam tadi.
Menurut Lee, polis menjalankan siasatan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Semua 10 tahanan yang dibawa polis pagi tadi adalah sebahagian daripada kira-kira 100 orang yang berkumpulan di Dataran Pahlawan - untuk kali kedua - sebagai tanda sokongan kepada BERSIH 4.
Dianggarkan lebih 50 anggota polis ditempatkan di kawasan itu bagi menjaga keselamatan.

Comments