.

.

02 September 2015

PERLUKAH PARTI BARU ISLAM DITUBUHKAN?

Ramai yang melemparkan soalan yang sama iaitu PERLUKAH PARTI YANG MENDAKWA MEMPERJUANGKAN ISLAM DITUBUHKAN?

Sedangkan PAS yang namanya Islam dan telah lama berjuang di Malaysia masih lagi ujud dan terus kukuh hingga sekarang.

Jawapannya saya nyatakan di bawah.

1) Tidak salah untuk kita menubuhkan sebuah lagi Parti Islam  baru dari segi demokrasi dan dari segi hukum hakam agama kerana PAS itu sendiri bukannya agama dan ujud juga hujah-hujah dari Ulama' terkenal seperti Yusuf Al Qaradhawi yang berpendapat pembentukan parti-parti Islam di sesebuah negara adalah dibenarkan.

2) Parti baru ingin mengisi ruang kosong dakwah yang ditinggalkan oleh PAS lantaran tindakan PAS memutuskan hubungan dengan DAP yang menyebabkan rakyat yang bukan Melayu dan bukan Islam tidak lagi hadir dalam program-program PAS. Fenomena ini merugikan Islam disebabkan mereka melihat PAS yang memperjuangkan Islam tidak mahu dan tidak boleh berkawan dengan orang bukan Islam. Malah mereka melihat PAS sukar untuk bekerjasama, berjanji setia dan bertolak ansur dalam perhubungan. Kekurangan PAS seharusnya ditampung oleh parti baru (AMANAH) dan kekurangan AMANAH yang sudah tentu ada ditampung oleh PAS yang sudah lama gagah dan terus perkasa.

3) Penubuhan Parti baru yang mendakwa mereka juga berjuang Islam seharusnya dilihat secara positif dari segi konsep kerjasama dan taawun sebagaiman ayat Al Qur'an : Bertolong-menolonglah kamu atas jalan taqwa dan jangan bertolong-menolong atas jalan maksiat.

4) Dari segi politik, PAS dan AMANAH boleh bekerjasama bagi memastikan kemenangan pembangkang di kerusi-kerusi tertentu kerana apa guna bertanding dalam pilihanraya jika kita tahu sukar untuk menang. Sebagai contoh di kerusi-kerusi campuran contohnya pengundi bukan Melayu yang menjangkau 30 %. Jika situasi sekarang di mana pengundi bukan Melayu tidak menyokong PAS maka sudah pasti PAS akan kalah. Maka adalah lebih baik AMANAH yang bertanding di kerusi-kerusi tersebut. AMANAH pula jangan tamak dan besar kepala hingga mahu membolot semua kerusi. Maka AMANAH dan PAS mesti berjiwa besar jika mahu melihat Umno/BN ditumbangkan. Jika masing-masing ego maka berilah kemenangan percuma kepada Umno/BN.

~ Ahmad Danial Amsyar

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter