MUHYIDDIN BAKAL DIPECAT SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO????

Umno Bahagian-Bahagian mula mendesak Muhyiddin Yassin meletakkan jawatanya sebagai Timbalan Presiden Umno. Kita percaya jika beliau berdegil beliau bakal berdepan dengan tindakan pemecatan sebulat suara dari Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kita tahu semuanya bersifar Yes Man. Tidak mungkin ada yang berani menyanggah kehendak Najib jika beliau mahu Muhyiddin dipecat. Kalau ada yang berani pun Shafei Apdal yang juga bakal berdepan dengan tindakan yang sama.

Siapa yang menyokong Muhyiddin bakal berdepan dengan masa depan karier politik yang malap dan gelap. 


Bernama melaporkan bahawa Umno Bahagian Sungai Besar hari ini meluluskan usul meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur daripada jawatan timbalan presiden parti secara terhormat.
Usul itu dicadangkan oleh ketua bahagian berkenaan, Datuk Jamal Md Yunos dalam persidangan perwakilan Umno bahagian Sungai Besar di sini hari ini sebelum ia dibahas dan diluluskan dengan sejumlah 274 perwakilan menyokong manakala 171 membantah.
Usul tersebut antara lain berpandangan bahawa Muhyiddin perlu memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi meneruskan usaha mengukuhkan parti untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.
Jamal dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu berakhir, berkata usul itu dibangkitkan setelah pihaknya berpendapat Umno tidak boleh mempunyai dua nakhoda, apatah lagi di saat parti sedang diasak dengan pelbagai isu yang memerlukan kesepakatan semua anggotanya.
"Usul ini menerima sokongan lebih dua pertiga perwakilan yang hadir. Kita merasakan Najib perlu mempunyai pembantu yang setia, iaitu Ahmad Zahid. Masa sudah terlalu suntuk, fokus perlu diberikan untuk menentang pihak lawan.
"Jika Muhyiddin terus kekal sebagai Timbalan Presiden, Najib nanti tidak ada kerja lain kerana asyik perlu menjawab persoalan yang ditimbulkan Muhyiddin," katanya.
Jamal berkata cadangan usul itu juga bagi menjaga kerahsiaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Comments