Pijak memijak gambar pemimpin memang perbuatan sia-sia dan menimbulkan kemarahan orang lain. Tiada untungnya kita dapat jika kita pijak gambar orang lain. Malah ianya menimbulka kemarahan orang itu serta pengikutnya jika orang yang gambarnya dipijak itu adalah pemimpin.
Kejadian pijak memijak gambar ini bukan baru berlaku malah sudah berlaku mungkin semenjak teknologi gambar dihasilkan melalui kamera dan sebagainya. Bila seseorang itu dibenci gambar mereka dipijak.
Mungkin orang yang memijak itu terlampau marah atau benci dengan tuan gambar tersebut. Namun perbuatan memijak gambar ini kami kira tidak manis dan berakhlaq. Apa yang si pemijak dapat selepas memijak gambar itu. Apa yang dia dapat mungkin berbakul-bakul sumpah seranah dari penyokong tuan gambar itu.
Tidak lama dahulu ada yang mendakwa gambar Pengerusi Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, Mohamad Sabu dipijak di hadapan Pejabat Agung PAS. Ketika itu beliau adalah Timbalan Presiden PAS. Bila ditanya apa perasaan beliau, Mat Sabu menjawab sedih dan sayu serta hiba sebab katanya saya masih Timbala Presiden PAS ketika itu tetapi ada orang pijak gambar dia di depan pejabat PAS.
Begitu juga dengan insiden memijak gambar Tuan Guru Presiden PAS dalam Himpunan Bersih 4.0 baru-baru ini. Sudah tentu akan timbul kemarahan penyokong-penyokong PAS.
Oleh itu kami menggesa pihak berkuasa menyiasat siapa yang memijak gambar Tuan Guru Presiden PAS, apa tujuannya dan apa objektifnya.
Kita bimbang ada pihak yang cuba menangguk di air keruh memburuk-burukkan Bersih 4.0 dan pada masa yang sama membangkitkan kemarahan penyokong PAS supaya memusuhi Bersih 4.0. Malah kita juga bimbang insiden ini sengaja diadakan pada menyeretnya menjadi isu perkauman yang selalu cuba dibangkitkan oleh pelampau-pelampau rasis dalam negara kita.
Kita juga bimbang isu ini sengaja ditimbulkan untuk mengalihkan isu derma, isu kejatuhan ekonomi dan isu politik lain yang sudah menjadi modus operandi Umno/BN apabila berhadapan dengan isu-isu panas yang menggugat sokongan rakyat kepadanya.
Jadi rakyat sudah tentu mahukan suatu siasatan telus dan saksama.
Hari ini PAS Wilayah Persekutuan membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan BERSIH 4 apabila mendapati ada peserta demonstrasi itu memijak gambar presiden mereka dan Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu dibuat pesuruhjayanya, Mohamad Noor Mohamad di Balai Polis Dang Wangi jam 11.30 pagi tadi.
Sambil menggesa polis menjalankan siasatan terhadap insiden itu, Mohamad Noor (gambar, dua dari kanan) juga menuntut pihak yang terlibat meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan "seluruh rakyat Malaysia".
“Saya minta polis jalankan siasatan dan perkara ini boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya mereka yang terlibat tampil memohon maaf secara terbuka,” katanya.
Sumber : Malaysiakini.
Comments