.

.

31 August 2015

BERSIH 4.0 BERJAYA - LEBIH 200,000 BERKUMPUL DI SELURUH DUNIA

BERSIH 4.0 disifatkan sangat berjaya apabila rakyat tanpa mengira kaum turun ratusan ribu di seluruh dunia. Di sekitar Dataran Merdeka sendiri menyaksikan 200,000 rakyat Malaysia berkumpul secara aman dan damai. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah bangkit untuk menumbangkan BN pada PRU 14 nanti. 
Himpunan BERSIH 4 kali ini memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga mendorong ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 walaupun antara tuntutan dibuat ialah menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.
Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, PAS telah menggerakkan puluhan ribu ahli akar umbi di seluruh negara.
Aktivis, Boon Kia Meng juga mengakui pola kaum tidak seimbang dalam BERSIH 4 ini.
Katanya, BERSIH 4 menyaksikan hanya 10 peratus daripada peserta adalah Melayu dan 90 peratus Cina memenuhi jalan raya di ibu kota hari ini.
"BERSIH 1 - Melayu 80 peratus dan Cina 20 peratus, BERSIH 2 - Melayu 60 peratus dan Cina 40 peratus, BERSIH 3 - Melayu 50 peratus dan 50 peratus Cina. Apa yang berlaku? "soalnya di Facebook.
Terdahulu, bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga enggan mengulas isu ketidakseimbangan kaum itu, sebaliknya berkata apa yang penting adalah kehadiran ramai rakyat Malaysia sebgai peserta.
Kekurangan peserta Melayu pada himpunan BERSIH kali ini juga menjadi tumpuan dalam blog pro-Umno seperti MyKmu.net yang menerbitkan artikel bertajuk Cina DAP Dominasi Himpunan Bersih 4.
Malah dalam tinjauan Merdeka Center juga mendapati bahawa 70 peratus daripada kira-kira 600 responden Melayu telah menentang Bersih 4.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter