.

.

21 February 2009

MB 'HARAM' PERAK AWAL-AWAL DAH MEMBAZIR ~ Ref Malaysiakini

Baru seminggu dua masuk pejabat MB, Zambry Abdul Kadir Menteri Besar HARAM Perak mula menunjukkan belang beliau.

Belum apa-apa karpet dan perabut pejabat Menteri Besar telah ditukar baru. Inilah perangai BN, langsung tidak memikirkan tentang bagaimana untuk berjimat dalam penggunaan duit rakyat.

Maklumat ini dinyatakan oleh Setiausaha Politik MB, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

Jika Zambry ini terus dibenarkan memerintah saya yakin akan lebih banyak lagi pembaziran akan dilakukan kerana sudah menjadi darah daging BN bahawa duit rakyat seolah-olah bagaikan harta pusakan mereka sendiri.

Dari itu wahai rakyat Bukit Gantang bangkit dan ajar BN pada PRK 7 April nanti.

KHALID TIDAK TAKUT GERTAK BN ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim jelas yakin bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan penyalagunaan kuasa. Beliau juga menyatakan tidak takut dengan gertakan BN yang cuba memperok perandakan kerajaan PR Selangor.

Khalid Ibrahim yang sedang berhadapan dengan tuduhan menyalahgunakan kuasanya dalam penyelenggaraan kereta peribadinya dan pembelian lembu korban pada Disember tahun lalu menyifatkan tuduhan yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak berasas.

Menurut Khalid taktik mengenakan rasuah ke atas beliau merupakan tindakan terdesak daripada kerjaaan Barisan Nasional (BN) yang mahu merampas kerajaan Selangor daripada Pakatan Rakyat.

"Saya tidak takut dengan desakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana percaya tindakan yang dilakukan itu adalah untuk membantu rakyat yang susah dan bukan untuk diri sendiri.

"Saya tidak makan lembu itu, tapi saya beri kepada rakyat miskin, saya guna kereta Lexus saya sendiri supaya kerajaan negeri tidak perlu keluarkan perbelanjaan untuk itu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Pemimpin Tertinggi Pakatan Rakyat di Selangor dan Kuala Lumpur di sini malam tadi.

Mstar.

KOMISEN KAPAL SELAM VS LEMBU ~ Ref Malaysiakini

Laporan dan dakwaan terhadap seorang pemimpin yang mendapat faedah dari komisen pembelian kapal selam yang berjumlah jutaan ringgit tidak pernah disiasat walaupun berbakul-bakul laporan dan dakwaan dibuat.
Namun pembelian 46 ekor lembu untuk korban sepantas kilat disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah ber'koyan-koyan' dakwaan dan laporan dibuat terhadap bekas MB Selangor Khir Toyo namun Khir Toyo tidak pernah didakwa di mahkamah.
Inilah fenomena kes rasuah di Malaysia. Patutlah Malaysia berada dalam golongan negara paling banyak kes rasuah di dunia.
Hanya kes rasuah yang melibatkan parti-parti lawan BN sahaja yang disiasat sepantas kilat. Jika ianya melibatkan pemimpin BN SPRM atau dulunya BPR pandang sebelah mata atau kadang-kadang laporan itu dibuang dalam tong sampah sahaja.
Rakyat semestinya menilai keikhlasan kerajaan BN menubuhkan SPRM. Adakah ianya benar-benar telus, adil dan cekap atau sekadar untuk memancing undi dan mendapatkan sokongan rakyat.

Malam tadi ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.

Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.

"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.

Anwar berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat di padang berhadapan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

20 February 2009

MEMANG IBRAHIM ALI TIDAK BOLEH DIBERI MUKA ~ Ref Malaysiakini

Sebaik sahaja nama bakal-bakal calon PAS dan PKR diumumkan kepada rakyat dan media beberapa hari sebelum penamaan calon PRU 12 lalu, ramai yang hairan dan tidak senang hati dengan pemilihan Jaguh Lompat, Ibrahim Ali untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas.

Penyokong-penyokong PAS ramai yang hairan dan pelik mengapa pemimpin PAS Kelantan memilih jaguh lompat ini sedangkan beliau dikenali ramai sebagai orang yang tidak tetap pendirian dan suka 'berbolak balik'.
Namun oleh kerana ahli dan penyokong PAS sudah ditarbiah mereka tidak membantah dan akur dengan tindakan pimpinan. Mereka tahu sudah tentu pimpinan atasan mempunyai sebab dan strategi tertentu mengapa jaguh lompat ini dipilih bertanding atas tiket PAS.
Saya pun ada pengalaman dengan Jaguh Lompat ini semasa beliau masih dalam parti Melayu Semangat 46. (Memang lagak dan caranya tidak sesuai dengan kita........itu sahaja yang boleh saya tuliskan).

Kini terbukti kebimbangan rakyat terserlah. Sejak akhir-akhir ini jaguh lompat ini menghentam PAS secara terbuka tanpa segan silu. Mungkin beliau ingin mencari tapak baru seiring dengan situasi politik semasa di mana Pak Lah akan mengundurkan diri dan Najib akan mengambilalih tampuk kekuasaan.

Hari ini Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan YB Datuk Takiyuddin Hassan meminta Ibrahim supaya meletakkan jawatan Ahli Parlimennya.

PAS yang tidak senang dengan kelantangan Datuk Ibrahim Ali di Dewan Rakyat menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu "tidak mengenang budi" dan menggesanya meletakkan jawatan.

Takiyuddin juga berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS "seolah-olah beliau sahaja yang betul", lapor Bernama.

"Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan," beliau dipetik berkata semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

RUMAH URUT JATUHKAN MARUAH MELAYU : JAIM TOLONG SIASAT

Baru sebentar tadi saya menerima aduan seorang lelaki bukan Melayu dan tidak beragama Islam yang merungut kerana laporannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM) diendahkan.
Menurutnya sudah 4 kali beliau membuat aduan tentang keterlibatan wanita tempatan Melayu sebagai Tukang Urut di sebuah SPA di Jalan Melaka Raya namun tiada tindakan di ambil.
Beliau kesal kerana kerja-kerja maksiat ini dibiarkan oleh pihak berwajib.
"Saya sering melihat wanita-wanita Melayu tempatan ini cuba mencari pelanggan di bahagian bawah Spa ini jika mereka tiada pelanggan yang perlu layan" ujar lelaki tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
Menurutnya Spa beroperasi hingga larut malam jika terdapat ramai pelanggan. Menurutnya hampir semua tukang-tukang urut adalah orang Melayu tempatan yang masih muda.
Beliau menggesa JAIM menyiasat perkara ini dengan kadar segera agar nama baik agama Islam dan orang Melayu tidak terjejas.
"Jika terdapat perlanggaran undang-undang, sila bawa pemilik dan pekerja ini ke muka pengadilan" katanya.

BUKIT GANTANG & BUKIT SELAMBAU 'KOMPOM' PR PUNYA? ~ Ref Malaysiakini

Jika kita membuat congakan di atas kertas 'kompom' PR akan menang pada kedua-dua Pilihanraya Kecil (PRK) nanti. Namun kita tidak boleh terlalu yakin kerana BN mempunyai seribu satu macam taktik dan strategi samada secara HALAL, HARAM ataupun HALAM.

Bala tentera BN cukup lengkap samada dari segi kewangan, logistik, jentera dan sebagainya dengan dibantu oleh agensi dan jabatan-jabatan kerajaan. Malah ada pihak mendakwa SPR juga berada di bawah telunjuk mereka.

Dari itu kita mengharapkan pemimpin, ahli dan petugas PR tidak mudah 'over confident', bersikap sambil lewa dan malas.

Reaksi rakyat nampaknya terus memihak kepada PR dan sebahagian besar dari mereka meluat kepada BN dan pimpinan. 'Mood' PRU ke 12 dahulu masih bertahan malah sekarang ianya meningkat mendadak kerana kezaliman BN merampas kuasa di Perak.

Kalau kita buat congakan pantas PR akan menang dengan agak selesa di kedua-dua kawasan tersebut.

BUKIT GANTANG (Melayu 63 %, Cina 27 %, India 10 %), Jumlah Pengundi 55,562
Ramalan :
% pengundian = 80 % ( 44450)
Melayu Jumlah Keluar : 28,003 undi - 45 % undi PR ( 12601 undi) BN 55 % (15402 undi)
Cina Jumlah Keluar : undi - 12002 undi - 60 % undi PR (7201 undi) , 40 % undi BN (4801 undi)
India Jumlah Keluar : 4445 undi - 65 % PR (2667 undi ) , 35 % BN (1778 undi)

PR : 22469 undi BN 21987 undi. PR MENANG Majoriti : 488 undi



BUKIT SELAMBAU (Melayu 50 %, India 30 %, Cina 20 %), Jumlah Pengundi 35140

Ramalan :
% Pengundian = 80 % (28112)

Melayu Jumlah keluar : 14056 - 45 % undi PR (6325 undi),
55 % undi BN (7731 undi)

India Jumlah keluar : 8433 undi - 70 % undi PR (5904 undi),
30 % undi BN ( 2529 undi)

Cina Jumlah Keluar : 5622 undi, 60 % undi PR (3374 undi),
40 % undi BN (2248 undi)

PR : 15603 undi
BN : 12509 undi PR MENANG Majoriti : 3094 undi



SEJARAH DERHAKA UMNO KEPADA RAJA-RAJA ~ Ref Malaysiakini

Oleh : Angkasanuri

1. Pada tahun 1978, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletakkan jawatan sehingga mendorong Sultan Perak, Sultan Idris Shah menyimpan janggut dan jambang. Baginda bernazar akan mencukurnya setelah Ghazali meletakkan jawatan.

2. Tan Sri Annuar Musa tahun 1993 berarak dari Kuala Lumpur membawa Tengku Ibrahim dan menabalkannya di bawah pohon janggus sebagai Sultan Kelantan dalam kawasan padang sekolah, sedangkan Sultan sebenar masih ada.

3. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Muhammad Mohd Taib (juga sekarang Tan Sri) ketika menjadi Menteri Besar Selangor pernah melarikan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin, yang lebih dikenali sebagai Ku Yah.

4. Umno juga pernah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Kerakusan mahu terus berkuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meminda peruntukan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Pindaan yang dikemukakan pada pertengahan tahun 1983 itu diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) itu setelah baginda berbincang dengan raja-raja lain.

Dalam demonstrasi di pekarangan rasmi Menteri Besar Sri Iman, Kuala Terengganu pada 23 Mac tahun lalu itu, para pemimpin Umno negeri dan Pusat menderhaka terhadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin apabila secara terbuka berdemonstrasi yang jelas menghina kemuliaan institusi raja dalam isu pelantikan menteri besar.

Penyokong Umno/BN mahu Idris Jusoh kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.Mereka menyanggah pihak istana yang diwakili Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) kerana melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.Tindakan biadap Umno itu memang mengundang kemarahan pelbagai pihak serta menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan rakyat umum, termasuk Istana Tuanku.

Antara slogan pada kain rentang yang menimbulkan ketegangan itu adalah seperti Kami Nak Idris, Natang(binatang) yang disiarkan secara meluas oleh beberapa buah stesen TV negara kita.

5. Pada tahun 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan raja-raja selepas ia kalah teruk di Kelantan dalam Pilihan Raya Umum ke-8. Dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 1991, Umno telah melemparkan kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Istana Kelantan dibidas secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah.Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan kata-kata tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan serta mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

6.Pindaan Perlembagaan tahun 1993 menunjukkan percubaan Umno untuk menghapuskan kekebalan raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi Umno.

Akibatnya, media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang menteri mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja serta anggota kerabat diraja tertentu.

MALAYSIA NEGARA MAKSIAT ~ Ref Malaysiakini

Gejala zina dan maksiat sudah sampai ke tahap kronik sehingga 257, 411 anak tidak berbapa yang sah dilahirkan di negara Islam Hadhari ini.

Malangnya pemimpin Islam Hadhari langsung tidak menunjukkan kebimbangan tentang gejala maksiat zina yang semakin memuncak.

Tidak ada tindakan drastik dan konkrit diambil. Malah kerajaan Islam Hadhari terus menggalakkan program dangdut, konsert, pergaulan bebas, memberikan lesen rumah-rumah urut, night club, dan sebagainya.

Saya mengharapkan rakyat Malaysia terutama umat Islam bangkit menolak kerajaan BN pada PRU 13 akan datang demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

KHALID TERLIBAT RASUAH : SATU LAGI SERANGAN KEPADA PR ~ Ref Malaysiakini

Satu lagi serangan yang akan dihadapi oleh kerajaan PR Selangor apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah atas alasan menyalahgunakan kuasanya dalam isu kereta dan lembu.
Hebat sungguh tekanan yang dihadapi oleh PR sejak kebelakangan ini.
Kalau semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar dulu, walau sebesar manapun laporan polis dan laporan BPR dibuat tidak ada satu kes pun Khir Toyo di dakwa. Bukan sedikit laporan yang dibuat oleh Ezam Kotak, Ahmad Lutfi Othman dan lain-lain dibuat terhadap Khir Toyo tetapi ternyata Khir Toyo kebal dan maksum.
Hari ini media melaporkan bahawa Khalid didakwa di mahkamah kerana menyalagunakan kuasanya dalam perbelanjaan penyelenggaraan kereta Lexus dan pembelian lembu untuk korban.
Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan mendakwa bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid.
Syabas SPRM kerana ternyata bertindak begitu pantas dalam kes melibat PR tetapi lembap, longlai dan tidak bermaya dalam kes yang melibatkan pemimpin BN.

JINS SHAMSUDIN CALON BN DI BUKIT GANTANG? ~ Ref Malaysiakini

Ada desas-desus mengatakan bahawa hero filem Melayu akan menjadi 'Hero BN' di Bukit Gantang. Hero yang saya maksudkan itu ialah Jins Shamsudin yang sememangnya berasal dari kawasan tersebut.
Mungkin BN sudah ketandusan calon yang sesuai untuk menentang calon PAS sehingga terpaksa meletakkan hero filem Melayu tersebut untuk menjadi calon mereka di Bukit Gantang.
Bagi PAS sesiapa pun yang diletakkan oleh BN ianya tidak menjadi masalah kerana 'mood' rakyat memang membenci BN malah sampai ke tahap meluat dan menyampah kepada BN. Ini semua gara-gara tindakan BN khususnya Umno yang merompak kuasa PR di Perak.
Saya yakin jika Jins diletakkan sebagai calon BN sudah tentu ianya akan menyebabkan rasa tidak puashati dikalangan Umno Bukit Gantang yang sejak sekian lama ditipu dan dipermainkan oleh kepimpinan Umno Pusat.
Selepas sahaja era bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang iaitu Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan, Umno Bukit Gantang terus diperbodoh-bodohkan sehingga kerusi Umno itu digadaikan kepada Gerakan pada Pilihanraya 2004 di mana Tan Lian Hoe menjadi ahli parlimen mereka. Pada pilihanraya lalu sekali Umno Bukit Gantang kempunan apabila orang luar, Azim Zabidi pula dibawa kesana. Akhirnya Azim dihukum oleh orang Bukit Gantang apabila tewas di tangan Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Kini kemungkinan besar Umno Bukit Gantang akan dipermainkan oleh Umno sekali lagi jika Jins Shamsudin pula diletakkan di situ.
Kesian Umno Bukit Gantang !!!!!!!!!!!!

80,000 PEKERJA KENA BUANG, BN TETAP SIBUK BERPOLITIK ~ Ref Malaysiakini

Keadaan ekonomi negara semakin meruncing. Antara petunjuknya ialah sehingga kini sudah 80,000 pekerja kehilangan pekerjaan masing-masing.

Tidak ada tindakan yang drastik dan konkrit diambil oleh kerajaan BN sehingga ke hari ini walaupun bilangan pekerja yang diberhentikan meningkat setiap hari.

Walaupun Kementerian Sumber Manusia menyediakan peruntukan RM220 juta untuk pelbagai program latihan, tetapi kita melihat program latihan ini tidak mampu untuk menyelesaikan masalah pembuangan pekerja ini.

Pelbagai persoalan boleh kita ajukan kepada kerajaan BN, antaranya :-

Adakah pekerja malang yang dilatih semula ini akan mendapat pekerjaan selepas tamat latihan?

Adakah pekerja malang yang dilatih ini diberikan modal untuk memulakan perniagaan?

Mengapa peruntukan ini lambat disalurkan dan program latihan ini agak lembap?

Bagaimana pula pekerja yang masih bekerja tetapi gaji mereka dipotong sehingga tidak cukup untuk menampung kehidupan harian mereka?

Nampaknya kerajaan BN lebih sibuk berpolitik dengan mengganggu kestabilan kerajaan PR sehingga mengkesamping isu-isu yang lebih besar dan mendesak!!!!

SIAPA LEBIH DERHAKA? ~ Ref Malaysiakini

BN melalui media pengampunya terus menggunakan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai senjata baru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR). Terbaru Speaker DUN Perak diserang bertubi-tubi kononnya menderhaka kepada Sultan kerana mengambil tindakan menggantung Menteri Besar HARAM Kerajaan BN Perak dan Exco dari menghadiri Sidang DUN Perak.

Semua pemimpin Umno sepakat menggunakan isu ini untuk menghukum PR. Pak Lah juga tidak terkecuali.

Namun saya yakin rakyat sudah cerdik untuk menilai dan mengkaji kenyataan pemimpin Umno ini. Rakyat sudah kenal siapa sebenarnya Umno dan sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-Raja Melayu tidak mampu untuk dipadamkan oleh Umno.

Rakyat tahu siapa yang menabalkan seorang Putera Raja menjadi 'Sultan Kelantan' pada era 90-an dulu.

Rakyat tahu siapa yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Rakyat tahu siapa yang menggunakan media membongkar dan mengaibkan Raja-Raja Melayu di dada-dada akhbar, TV dan corong-corong radio.

Rakyat sudah kenal siapa mereka dan rakyat tidak akan melupakan sejarah hitam itu sampai bila-bila.

Mana lebih derhaka dan biadap antara MENGURANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU dengan membantah keputusan Sultan berdasarkan undang-undang yang ada. SILA JAWAB DENGAN IKHLAS wahai pemimpin Umno. Rakyat tidak bodoh!!!!!!

19 February 2009

YB ELI DI SABOTAJ KERANA KELANTANGAN & KETEGASANNYA?? ~ Ref Malaysiakini

Kes YB Eli !!!

Sejak hari Isnin lepas, saya telah mendapat panggilan telefon yang bertalu-talu dari pelbagai wartawan memohon pandangan saya tentang kes yang melibatkan rakan Exco, YB Elizabeth Wong.Saya telah memilih untuk tidak memberi sebarang ulasan kerana adalah tidak adil untuk memberi komen berdasarkan fakta-fakta yang diterima dari pihak ketiga.
Tambahan pula, tujuan kebanyakan media arus perdana hanyalah untuk memberi gambaran yang buruk terhadap Pakatan Rakyat. Contohnya kenyataan akhbar PAS Selangor tentang kejadian ini telah tidak disiarkan dengan sepenuhnya mungkin bertujuan untuk menunjukkan seolah-olah parti-parti Pakatan Rakyat sedang berbalah.
Tiga hari selepas berita yang melibatkan YB Elizabeth mula disiarkan, banyak pandangan dan ulasan telah disiarkan dari pelbagai pihak dan mungkin tidak perlu lagi bagi saya untuk membuat sebarang komen.
Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya kurang bersetuju dengan mereka yang berkata Barisan Nasional yang merancang untuk menjatuhkan YB Elizabeth. Saya berpendapat motivasi mereka yang melakukan kerja-kerja terkeji ini mungkin bukan politik semata-mata tetapi juga ekonomi.YB Elizabeth terkenal sebagai seorang aktivis alam sekitar.
Beliau tegas di dalam usaha-usaha untuk melindungi alam semulajadi. Saya yakin ramai yang tidak puas hati dengan ketegasan beliau ini. Sama ada pemaju yang tidak boleh melakukan sebarang pembangunan di cerun kelas 3 dan 4 kerana polisi Kerajaan Negeri yang menghalang pembinaan di cerun-cerun itu atau pemilik kilang yang pernah diambil tindakan kerana mencemar alam sekitar.
Jika ini benar maka saya amat bimbang kerana Exco-Exco lain yang tidak “memihak” kepada pihak-pihak tertentu akan turut menjadi mangsa.
Hari ini mungkin foto-foto YB Elizabeth, esok mungkin Exco-Exco yang lain akan diperangkap. Bukan susah untuk memerangkap atau memfitnah seseorang. Seorang lagi Exco, YB Dr. Halimah Ali baru-baru ini difitnah telah ditangkap berkhalwat walhal pada ketika itu beliau berada di dalam satu majlis rasmi dan JAIS menafikannya.Hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang akan berlaku selepas ini tetapi Selangor mungkin akan kehilangan seorang Exco yang berwibawa, tegas, prihatin dan adil.
Beliau lantang memperjuangkan hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari apa bangsa dan agama sekalipun. Pernah beliau bersungguh-sungguh mempertahankan hak sebuah sekolah agama di Lembah Jaya, Ampang ke atas tanah mereka yang telah diberikan kepada sebuah syarikat pemaju.
Banyak pihak mahu YB Elizabeth dikenakan tindakan jika terdapat sebarang salah laku tetapi trauma yang beliau lalui sejak Isnin lepas mungkin sudah memadai sebagai satu hukuman.

Iskandar Abdul Samad
18 Februari 2009
019-2989835

SABAH GUNA VOLVO MENGAPA TAK BISING ~ Ref Malaysiakini

Bila kerajaan PR Perak membeli dan menggunakan Toyota Camry (bukan kereta mewah pun!) riuh rendah satu Malaya kononnya kerajaan PR membazir, tidak loyal kepada kereta nasional dan macam-macam.

Namun dalam diam-diam kerajaan BN Sabah menggunakan kereta Volvo yang jauh lebih mahal harganya berbanding Camry. Mengapa menteri dan media-media pengampu BN senyap sepi tidak mensensasikan perkara ini.

Inilah sikap talam dua mula menteri dan juga media pengampu.

Rakyat mesti faham dan sedar akan isu ini. Jangan mudah tertipu dengan tipu muslihat BN dan media pengampunya untuk mengabui mata rakyat.

RTM JADI HARTA PUSAKA MEREKA SENDIRI ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat maklumat bahawa RTM diarahkan supaya tidak menyiarkan ucapan Wakil Rakyat PR walaupun satu minit. Arahan ini benar-benar merupakan tindakan yang tidak bertamadun yang diberikan oleh seorang tidak bertamadun yang menganggotai kerajaan yang tidak bertamadun.
Golongan yang tidak bertamadun ini merasakan RTM ini menjadi harta pusaka mereka sehingga menafikan hak rakyat Malaysia yang membayar cukai untuk turut sama mendapat manfaat dari RTM.
Memang selama inipun RTM telah menyimpang dari fungsi asalnya untuk menjadi wadah perjuangan orang Melayu. Kini RTM bukan lagi milik rakyat tetapi ianya telah dirompak oleh Umno/BN sehingga semua beritanya tidak kerja lain selain mencaci dan mencerca PR.
Harapan kita untuk melihat perubahan di dalam RTM di bawah pimpinan Shabery Cheek akhirnya menjadi kenangan dan angan-angan Mat Jenin. Malah ada pihak yang menjangkakan Shabery akan lebih teruk dari Zainuddin Maidin dalam hal menguruskan RTM dan kementerian penerangan.
Oleh kerana itulah kita tidak hairan jika RTM mengharamkan ucapan, ceramah, forum dan diskusi wakil-wakil serta pimpinan PR dari disiarkan di dalam media arus perdana.
BN takut kepada bayang-bayang sendiri.

GANTUNG MB 'HARAM' DERHAKA PADA SULTAN, ROMPAK KUASA NIZAR TAK DERHAKA SULTAN? ~ Ref Malaysiakini

Calon Ketua Pergerakan Umno, Khir Toyo sekali lagi ingin menonjolkan diri untuk mendapat publisiti murahan dalam isu pergantungan MB HARAM Perak dan Exconya oleh Speaker DUN, V Sivakumar.

Bekas Menteri Besar Selangor tersebut berkata, tindakan Dr Zambry dan enam Exco tersebut yang mengangkat sumpah jawatan adalah dalam sebuah majlis yang diadakan oleh pihak istana Perak.

“Kesalahan yang mereka lakukan adalah menghadiri menghadiri program yang diadakan oleh istana.

“Tindakan menggantung mereka ini adalah menderhaka kepada Sultan,” katanya dalam satu sidang media di bangunan Umno di Shah Alam.

Saya ingin bertanya kepada BN dan Khir Toyo kalau Speaker ini dikatakan menderhaka kepada Sultan, bagaimana pula dengan tindakan pihak tertertu merompak kuasa Ir Nizar Jamaludin yang dilantik secara sah oleh Sultan.??

PAS MELAKA BERSIAP GEMPUR BUKIT GANTANG ~ Ref Malaysiakini

PAS Melaka bersiap untuk 'menggempurkan' Bukit Gantang sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat. Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka (JPNM), Bahiki Ismail berkata JPN telah pun meninjau penempatan dan peti undi-peti undi berkenaan dan hanya menunggu masa untuk bertolak ke Bukit Gantang.
"Sebagaimana biasa di mana-mana pilihanraya kecil pun, PAS Melaka akan menghantar 'SMART' teamnya untuk membantu menggerakkan jentera kempen PAS".
"Insya Allah kami akan bertugas di Parlimen Bukit Gantang kali ini, kita juga sudah bersedia dan telah menyusun jadual bertugas yang lengkap dan tersusun bagi memastikan Peti Undi yang kita jaga akan dimenangi semuanya oleh PAS".
Ditanya di mana petugas Melaka akan ditempatkan, Bahiki menjawab bila sampai masanya ianya akan diumumkan kepada semua petugas.
Difahamkan PAS Melaka akan diberikan Peti Undi campuran di mana sebahagian pengundinya adalah bukan Melayu.
Pilihanraya Kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Allahyarham Hj Roslan Sahaharum baru-baru ini. SPR menetapkan 29 Mac sebagai tarikh penamaan dan 7 April untuk hari pengundian.
Kedua-dua parti iaitu PAS/PR dan BN mendakwa masing-masing akan menang.

AGENDA TERSEMBUNYI BERJAYA, JIKA ELI LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu sudah pasti berjaya jika Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong meletakkan jawatan.
"Memang itu agenda mereka yang mengedarkan gambar ini, iaitu mahu beliau meletakkan jawatan, jadi bagi saya beliau tidak perlu tunduk dan letak jawatan" kata Ahmad Alang.
Ahmad yang tinggal di Taman Merdeka berpendapat Elizabeth tidak perlu meletakkan jawatan kerana jika benar gambar itu dirakam ketika beliau tidur dan tidak sedar, bermakna beliau tidak bersalah.
"Bukan beliau yang bergambar bogel tetapi gambar beliau gambar itu adalah gambar curi, jadi apa yang hendak ditakutkan" kata Ahmad.
Beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Exco tersebut yang mahu meletakkan kedua-dua jawatannya iaitu anggota Exco dan juga ADUN sekaligus.
Dalam kenyataan media hari ini, Elizabeth dipetik sebagai berkata bahawa beliau tetap akan meletakkan jawatan walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau itu.
Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

EKONOMI MERUDUM VS GAMBAR BOGEL ELIZABETH ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini media lebih berminat untuk mensensasikan cerita/gambar bogel Elizabeth Wong berbanding isu lain yang lebih meruncing umpamanya isu ekonomi, kemelut politik di Perak, kenaikan harga barang, penukaran kepimpinan negara dan sebagainya.
Tujuan isu ini disensasikan tidak lain tidak bukan untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat dan juga sampai ke tahap kerusi Exco dan ADUN dikosongkan. Objektif dan tujuan isu ini dibesar-besar kelihatan semakin dekat untuk dicapai kerana Elizabeth sendiri sudahpun mengemukakan surat perletakan jawatan untuk kedua-dua posisinya itu.
Selain itu ramai pihak faham bahawa objektif lain mengapa isu ini disensasikan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada isu sebenar yang sedang melanda negara iaitu isu ekonomi yang parah.
Jadi apabila rakyat dihidangkan dengan isu panas seperti gambar bogel ini maka rakyat mungkin melupakan sejenak masalah-masalah yang melanda negara dan rakyat. Setiap hari rakyat diasak dan disumbat dengan berita sensasi ini sehingga mereka tidak ingat tentang isu lain.

KEMELUT PERAK : BUBAR DEWAN SELESAI MASALAH ~ Ref Malaysiakini

Kemelut politik Perak memang sukar untuk diselesaikan selagi ketidaktentuan tentang kerajaan negeri yang ada sekarang tidak diputuskan.

Di bawah beberapa ketidaktentuan yang semua kita sedia maklum :-

1) Kesahihan kerajaan HARAM BN sekarang.
2) Kesahihan dakwaan PR bahawa kerajaan PR masih 'valid'.
3) 3 DUN yang dikosongkan seperti notis Speaker tetapi SPR enggan mengadakan pilihanraya kecil
4) Tindakan Speaker menggantung MB HARAM dan 6 Exco HARAMnya.
5) Tindakan Sultan Perak yang tidak memperkenankan permintaan MB untuk membubarkan Dewan.

Walaupun semua perkara di atas boleh diselesaikan di dalam mahkamah, namun ianya pasti memakan masa sehingga kepada proses rayuan.

Maka bagi saya jalan terbaik ialah Sultan Perkenankan DUN Perak dibubarkan. Berikan mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru. Siapa pun yang menang kelak Insya Allah akan diterima oleh rakyat andaikata proses Pilihanraya itu telus, adil dan professional.

MB 'HARAM' KEPANASAN ~ Ref Malaysiakini

MB 'HARAM' Perak muram dan pucat mukanya apabila digantung dari menghadiri Sidang DUN selama 18 bulan. Mungkin Zambry menyangka bahawa dirinya mempunyai kuasa yang hebat sehingga tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan oleh orang lain.

Sebab itu beliau kelihatan begitu bangga dan angkuh selepas dilantik sebagai Menteri Besar HARAM.

Namun semalam baru beliau sedar langit tinggi atau rendah. Sebelum ini beliau mungkin tidak perasan bahawa sebagai ADUN beliau tertakluk dibawah peraturan DUN di mana seseorang DUN yang membuat onar dan dikategorikan sebagai memalukan DUN boleh dikenakan hukuman.

Kini Zambry dan rakan-rakan yang sewaktunya telah digantung dari menghadiri Sidang DUN. Maka malu dan muramlah muka Zambry kerana beliau menjadi 'MB' yang dikenakan hukuman kerana mencemarkan nama DUN.

Beliau tiada jalan lain selain membawa kes ini ke mahkamah. Kita tunggu dan lihat apa tindakan Zambry selepas ini.

KONTROVERSI : GAMBAR TENGAH TIDUR? ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini riuh rendah satu Malaysia orang memperkatakan tentang gambar seorang ahli politik yang berbogel ketika tidur.
Ramai yang tertanya-tanya di mana boleh didapati koleksi gambar itu. Saya hanya memberitahu bahawa gambar itu tidak boleh disimpan, diedar dan dipertonton di khalayak ramai kerana ianya menyalahi undang-undang.
Ramai yang cuba 'search' di enjin pencarian Google dan Yahoo, namun mungkin mereka hampa.
Jadi untuk tidak menghampakan mereka saya posting kan didalam blog ini gambar ini juga gambar tidur yang kontroversi kerana imej yang ada dalam gambar ini juga tidak memakai seurat benang pun.
Maaf jika anda terasa dipermainkan !!!!!!

APA NAK JADI DGN MALAYSIA, KETUA HAKIM PUN DIDAKWA RASUAH? ~ Ref Malaysiakini

Sistem pentadbiran negara kita semakin caca marba. Orang yang menjadi pengamal undang-undang dan penguasa undang-undang nombor satu dalam negara iaitu Ketua Hakim Negara juga didakwa terlibat dengan rasuah.
Semalam Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh mendakwa beliau mempunyai keterangan untuk membuktikan yang Ketua Hakim Negara Tan SriZaki Azmi, terlibat dalam rasuah.

Karpal, yang juga Pengerusi DAP, mendakwa Zaki telah dengan jelas membuat pengisytiharan mengenai perkara itu di Kuching pada 7 November tahun lepas tetapi kemudian menafikannya.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, Karpal turut memperdengarkan rakaman kononnya memuatkan percakapan Zaki mengenai perkara itu di Kuching.

"Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk tentukan adakah dia salah, atau adakah dia layak meneruskan sebagai Ketua Hakim Negara...lebih elok kalau dia sendiri dengan rela letak jawatan," katanya
Mengapa ini terjadi? Semua adalah kerana kerajaan yang ada pada hari ini melantik seseorang untuk jawatan tertentu bukan disebabkan kompetensi, integriti, karisma, personaliti tetapi atas kapasitinya sebagai proksi atau kroni kepada pemerintah. Akhirnya ramai yang tidak layak dan tidak berintegriti dilantik ke jawatan penting.
Inilah yang menjadi amalan di negara kita. Akhirnya sistem pentadbiran negara terbukti tidak berintegriti, lembah, rasuah, berlaku penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan seribu satu macam perkara negatif berlaku. Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan kerajaan BN yang memerintah sekarang.
Saya menggesa kerajaan BN menghentikan amalan ini serta merta supaya negara dan rakyat tidak terus hancur dan musnah.
Namun jika kerajaan BN masih berdegil maka rakyat mesti menghukum kerajaan BN pada Pilihanraya Umum akan datang dengan menukar kerajaan.
Langkah pertama rakyat Malaysia ialah mempastikan pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau menolak BN. Kalau boleh calon BN mesti dihilangkan depositnya di kedua-dua kerusi ini.

MB 'HARAM' PERAK PECAH REKOD ~ Ref Malaysiakini

MB HARAM Perak, Zambry Abdul Kader memecahkan 'rekod Kebangsaan' apabila menjadi MB pertama digantung dari menghadiri sidang DUN setelah didapati bersalah menghina Dewan Undangan Negeri.

Semalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggantung beliau daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Ini merupakan rekod baru kepada Malaysia kerana sebelum tidak pernah mana-mana MB digantung sedemikian rupa. Satu lagi perkara baru berlaku dalam politik negara kita.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Ramly Zahari (Manong), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Dengan keputusan ini, saya pasti Kerajaan HARAM Perak sudah pasti tidak akan berani untuk hadir Sidang DUN kerana BN tahu mereka sudah menjadi minoriti dalam DUN. PR masih mempunyai 28 ADUN manakala BN hanya mempunyai 21 ADUN dan Bebas 3. Jika Sidang DUN diadakan sudah pasti kerajaan HARAM boleh di'guling'kan.

Saya pasti dengan keputusan ini MB HARAM yang memalukan DUN Perak ini akan membawa kes ini ke mahkamah.

Bagi saya tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak selain dari BUBARKAN DUN.

18 February 2009

ZAMBRY DAN EXCO TIDAK DIBENAR HADIRI SIDANG DUN? ~ Ref Malaysiakini

Sudah nampak bibit-bibit bahawa MB Kerajaan Haram, Exco dan ADUN-ADUN lompat tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Perak akan datang. Jika ini berlaku ianya menjadi satu rekod baru dalam Malaysian Books of Record kerana mungkin ini kali pertama Ketua Kerajaan dan Exconya tidak dibenarkan menghadiri Sidang DUN.
Speaker mempunyai hak dan kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja dari memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) hatta Menteri Besar. Jika Speaker pada budibicaranya tidak membenarkan seseorang menghadiri Dewan, orang itu mesti menghormatinya.
Inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat 'ending' krisis politik di Perak. Walaupun BN dikurniakan sebuah kerajaan yang dirompak namun pemimpin BN sekarang ini serba salah kerana mereka tahu Speaker akan membuat keputusan berkenaan tindakan MB yang dituduh menghina DUN.
Malah ketiga-tiga ADUN lompat juga berkemungkinan besar tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

Jika mereka dihalang maka sudah pasti PR mempunyai majoriti ADUN dan kemungkinan besar PR akan membuat undi tidak percaya kepada kerajaan HARAM BN Perak.

KEDAH POTONG GAJI, NEGERI LAIN BILA LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Saya menyanjung tinggi keputusan Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Haji Azizan Abdul Razak yang mengambil keputusan memotong gaji semua anggota exco kerajaan negeri sebanyak 5 peratus untuk disumbangkan kepada Tabung Tunku Mahmud, sebuah tabung kebajikan yang diuruskan oleh kerajaan negeri.

Ustaz Azizan berkata potongan gaji itu akan dibuat mulai bulan ini sebagai usaha kerajaan membantu penduduk negeri itu yang susah, lapor Bernama.
Tindakan ini merupakan suatu tindakan yang sepatutnya sudah lama diamalkan di semua negeri termasuk pusat.
Jadi saya mencadangkan Perdana Menteri dan ahli kabinetnya, semua MB dan KM serta exco masing-masing memotong gaji mereka untuk dimasukkan ke dalam kemiskinan bagi membantu fakir miskin.

Selain itu semua elaun keraian dan lain-lain elaun yang membazir juga mestilah dipotong serta merta.

HENTIKAN POLITIK MURAHAN DAN UGUTAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyeru parti-parti politik di negara ini supaya menghentikan politik murahan dan ugutan. Tindakan membeli, memancing, merasuah dan mengugut wakil-wakil rakyat atau pemimpin politik lawan merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah, kotor, jijik, kolot dan tidak bertamadun.

Jika sesebuah parti itu kalah dalam pilihanraya maka ianya mesti mengakui kekalahannya dan memberikan peluang kepada parti yang menang untuk meneruskan agenda pemerintahan mereka. Jangan ada pengacau dan perompak yang cuba merompak kuasa dengan cara yang tidak demokratik.

Kita mendengar ada maklumat yang menyatakan ADUN di beli dengan harga jutaan ringgit. Ada ADUN yang kehidupan harian mereka diganggu dan diugut. Apa jenis politik sebegini.

Saya tidak kisah jika ADUN atau Ahli parlimen itu melompat parti atas kemahuan atau kesedaran sendiri tetapi janganlah tindakan mereka itu disebabkan unsur-unsur rasuah dan ugutan.

Malah sehari dua ini timbul pula isu wakil rakyat diganggu kehidupan peribadi sehingga ada yang gambar bogel diedarkan kepada khalayak ramai dan sebagainya.

Saya yakin jika politik jijik sebegini menjadi budaya di negara, sudah pasti Malaysia tidak akan maju dan kestabilan politik kita akan tergugat.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Perak sekarang. Ada 2 Menteri Besar, Speaker DUN pula datang dari parti yang berlainan dengan MB HARAM. Sudah jadi caca marba ..........

NIZAR DI MAHKAMAH, KEPUTUSAN MAHKAMAH DILUAR DUGAAN? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Perak, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) Jalan Duta jam 10.45 pagi tadi untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.
Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.
Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah penyokong-penyokong PR yang tetap bersemangat memberikan sokongan moral kepada Nizar dan kerajaan PR Perak.
Tidak dapat dipastikan apakah mahkamah akan membuat keputusan hari ini. Jika keputusan dibuat adakah ianya keputusan yang DI LUAR DUGAAN.

PRK BKT SELAMBAU : UMNO BERCAKAR DGN MIC ~ Ref Malaysiakini

Umno dan MIC berebut untuk meletakkan calon masing-masing pada PRK Bukit Selambau. Kedua-dua parti komponen BN itu mendakwa parti mereka adalah lebih kuat dan yakin jika calon mereka dipilih, BN akan menang.

Umno mendakwa bahawa calon mereka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang berbanding calon MIC. Ini kerana menurutnya Umno Bahagian Merbok, pengundi Melayu yang peratusannya melebihi 50 % sudah pasti akan mengundi BN jika calon Melayu diletakkan di kali ini. Menurut sumber itu bilangan pengundi India hanya kira-kira 30 % sahaja.

MIC pula menekankan tentang tradisi BN di mana jika pada pilihanraya sebelum calon pasti tertentu dicalonkan di sesuatu tempat maka sudah menjadi kebiasaan bahawa calon parti mereka akan diturunkan sekali lagi untuk pilihanraya berikutnya.

Jelas sekali BN berada dalam keadaan defensif disebabkan kekalahan besar mereka di DUN pada PRU 12 lalu.

Saya yakin walau sesiapa pun yang bertanding di DUN ini tidak kira bangsa dan agama, rakyat akan menolak BN secara total. Lebih-lebih lagi rakyat sebenarnya sudah muak dengan BN dan pemimpinnya.

ANAK ADUN AKAN DICULIK? ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa semua ADUN-ADUN Selangor mempertingkatkan keselamatan diri dan keluarga mereka. Ini berikutan perkembangan terkini di Perak yang melibatkan dua ADUN Parti Keadilan Rakyat.

Pada tahun 60'an, ADUN-ADUN PAS Kelantan pernah diculik dan dipaksa untuk menyokong UMNO.

Ini merupakan usaha untuk menumbangkan kerajaan PAS Kelantan ketika itu. Tetapi usaha ini gagal setelah beberapa orang ADUN yang diculik telah menukar fikiran di saat akhir sebelum undi tidak percaya dibuat di Dewan Undangan Negeri.Saya berharap ADUN-ADUN akan memastikan keluarga mereka terutamanya anak-anak kecil tidak terdedah kepada sebarang usaha untuk menculik mereka.

Saya bimbang jika taktik ini akan digunakan untuk memaksa mana-mana ADUN berpaling tadah.Walaupun Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang selesa di Dewan Undangan Negeri Selangor (majoriti 16 kerusi) tetapi ia perlu sentiasa berwaspada. Barisan Nasional sekarang tertekan selepas kalah di Kuala Terengganu dan apa sahaja boleh berlaku.Petugas-petugas parti hendaklah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Seorang wakil rakyat PAS Kelantan, Abdul Samad Ghul Ahmad Mianji pernah mati dikapak dan pembunuhnya tidak dapat ditangkap hingga kini.Iskandar A. Samad 2 Februari 2009.

Exco Kerajaan Negeri Selangor
2 Feb 2009

GAMBAR ELIZABETH WONG BERPELUKAN ~ Ref Malaysiakini

Gambar sebelah menunjukkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong berpelukan dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh. Gambar ini diambil semalam.
Jelas sekali Elizabeth mendapat sokongan moral bukan sahaja daripada Muslimat PAS malah Pergerakan Wanita MCA juga memberikan sokongan moral kepada beliau.
Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun sendiri mengeluarkan kenyataan simpati kepada Elizabeth Wong.

SEORANG HAFIZ BENCI AL QUR'AN? ~ Ref Malaysiakini

Saya hairan dan pelik bila seorang yang bergelar Al-Hafiz menegur orang lain supaya tidak berhujah dengan ayat-ayat Al-Qur'an di dalam ceramah atau ucapan. Jenis apakah Al-Hafiz ini yang seolah-olah cuba menjauhkan orang dari Al-Qur'an. Sedangkan sepatutnya beliau menggalakkan orang supaya membaca Al-Qur'an mendalaminya serta menghayatinya.
Bila saya selidiki rupa-rupanya Al-Hafiz ini adalah pemimpin Umno dan orang kuat Menteri Besar HARAM kerajaan BN Perak. Maka tidak hairanlah saya kalau Al Hafiz ini bercakap demikian kerana Umno itu sendiri memang membenci Al-Qur'an sebab itulah mereka tidak mahu mengamalkan undang-undang Islam walaupun sudah lebih 50 tahun berkuasa.
Apatah lagi Al Hafiz ini baru sahaja diberikan pangkat sebagai penasihat Umara' HARAM di Perak. Maka sudah tentu beliau akan memberikan nasihat yang disukai oleh Umara' tersebut, bukannya memberikan nasihat supaya Umara' itu kembali kepada Islam sebenar.

Maka Tuan Penasihat ini pun akan memberikan nasihat yang sesuai supaya Bossnya suka kepada dia dan suatu hari semakin banyak harta dan pangkat yang beliau dapat.
Sahabat saya Blogger Cina Islam menulis di dalam blognya bahawa Tuan Penasihat tersebut dilaporkan berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.
Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.
"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti".
Satu kenyataan yang seolah meneruskan fahaman sempit untuk memisahkan antara agama dan politik. Penasihat agama itu juga melahirkan perasaan tidak senang dengan terdapat segelintir orang bukan Islam yang membaca ayat Al Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.

Syabas Al Hafiz.

Umno MENYIMPANG JAUH DARI PERJUANGAN UTK AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR ~ Ref Malaysiakini

Calon Ketua Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir mengakui Umno sudah jauh menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair.
"Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita."Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," kata dalam program Hujah TV9 malam tadi.
Saya bersetuju dengan pandangan Mukhriz ini kerana terbukti di depan mata pemimpin Umno hanya mementingkan perut dan bawah perut. Agama Islam dipinggirkan sehingga ada mufti yang mendakwa orang Islam murtad sudah mengjangkau lebih dari 250,000 orang.
Bangsa Melayu sudah lama dipinggirkan kerana dasar kerajaan BN yang dilihat tidak menguntungkan orang Melayu. Orang Melayu ketinggalan dalam segenap segi semuanya kerana kegagalan dasar kerajaan BN yang terasnya adalah Umno. Tanah rezab Melayu semakin mengecil kerana digadaikan oleh kerajaan BN contohnya tanah orang Melayu di Johor tergadai kepada orang asing di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Tanahair sendiri lambat laun akan tergadai kepada negara asing lantaran dasar kerajaan BN yang hanya mementingkan projek di mana ianya memberikan keuntungan kepada kroni-kroni mereka.
Maka tidak syak lagi dakwaan Mukhriz ini adalah benar, tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Umno/BN BUDAYAKAN POLITIK JIJIK DAN GANGSTERISME ~ Ref Malaysiakini

Beberapa peristiwa dan kejadian yang berlaku beberapa minggu lepas dan sehari dua ini membuktikan bahawa Umno/BN sudah ketandusan idea untuk menarik sokongan rakyat. Oleh kerana rakyat semakin meluat dengan Umno/BN maka tidak jalan lain untuk Umno/BN mengembalikan sokongan rakyat selain dari menggunakan taktik jijik, kotor dan gangsterisme untuk tujuan politik mereka.
Tindakan merampas mandat yang diberikan oleh rakyat kepada PR di Perak merupakan suatu rompakan ala gangster yang tidak boleh diterima rakyat.
Selain itu Umno/BN menggunakan kaedah fitnah dan tuduhan ke atas wakil-wakil rakyat PR. Kalau sebelum ini Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali dituduh berkhalwat, dua hari lepas seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor diceroboh privasi dan haknya apabila gambar bogel beliau sedang tidur diedarkan di internet.
Saya tidak menuduh Umno/BN yang melakukan perkara tersebut, namun tindakan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Khir Toyo membuat ulasan dan gesaan membuktikan Umno/BN akan menggunakan apa sahaja peluang untuk menjatuhkan PR.

Saya yakin rakyat akan lebih meluat dan benci kepada Umno/BN jika politik jijik dan kotor serta gangsterisme ini diteruskan. Jika Umno/BN mahu terus lenyap dari dunia ini dan sejarahnya disimpan di Muzium Negara saya mencadangkan mereka meneruskan kerja-kerja jahat ini dengan lebih rancak.

17 February 2009

UMNO DERHAKA, RAKYAT TAK HORMAT, SIAPA YANG LEBIH TERUK? ~ Ref Malaysiakini

Tulisan Ku Li dalam blognya Razaleigh.com cukup menarik dalam isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu.
Saya nukilkan laporan Mstar untuk tatapan tuan-puan para tetamu. Mungkin ini boleh dijadikan hujah untuk berdepan dengan pemimpin dan ahli Umno yang masih memainkan isu derhaka ini untuk mengelabui pemikiran rakyat kononnya PR menderhaka kepada Raja-raja Melayu padahal Umno lah sebenarnya PENDERHAKA no. 1.
Mstar melaporkan ...................
Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yangmenderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"
Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.
Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.

SIAPA KENTUT? Ref Malaysiakini

Sekadar gurauan. Jangan mare.

Siapa punya angkara? Dua-dua tak mahu mengaku ke?

Ihsan dari blog : berjuangitumanis

3,000 ORANG HILANG PEKERJAAN DI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Lebih dari 3,000 pekerja telah kehilangan pekerjaan di dalam negeri Melaka sejak krisis ekonomi melanda negara kita dan seluruh dunia beberapa bulan lalu.
Namun saya kesal kerana kerajaan negeri melalui Exconya membuat kenyataan di dalam media bahawa hanya kira-kira 500 orang sahaja yang terlibat. Kenyataan tersebut dibuat tidak laam dulu dalam sebuah akhbar harian yang saya baca.
Apa muslihat Exco tersebut sehingga tidak mahu mendedahkan angka sebenar?
Tidak perlu menyorokkan angka sebenar kerana apa yang penting kerajaan mesti membela mereka yang terbabit bukannya berselindung dan cuba menyembunyikan fakta.

Saya menjangkakan bilangan mereka yang terlibat dengan pembuangan kerja samada secara terpaksa, paksa rela atau melalui kaedah VSS akan terus meningkat beberapa bulan lagi. Sehingga ini pun sudah banyak kilang-kilang yang mengurangkan operasinya sehingga 3 hari seminggu dan ada antaranya yang memberhentikan sementara operasinya selama seminggu atau 2 minggu.

PPSMI : BUNG MOKHTAR TIDAK SOPAN ~ Ref Malaysiakini

GMP kesal dengan sikap Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Timbalan Pengerusi BBCBN, Bung Mokhtar Radin bertindak dengan tidak sopan dengan menggelar pejuang bahasa dari Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) sebagai "anasir".
Setiausaha GMP, Hasni Abas berkata sebagai seorang pemimpin yand duduk di dewan yang mulia (parlimen), beliau (Bung Mokhtar) sepatutnya berbahasa dengan cara yang baik, dengan ketinggian akhlak dan adap sopan.
Inilah sikap pemimpin BN yang ada sedikit kuasa yang tidak kekal lama tetatpi tidak menghormati pandangan orang lain. Sedangkan pandangan tersebut datang dari cerdik pandai dan orang yang diakui hebat ketokohannya.

Siapa tidak kenal Datuk Hassan Ahmad, SN A. Samad Said, Prof Abdullah Hassan; Prof Shahrir Mohd Zain dan Ainon Mohamad. Namun mereka ini dilayan dengan sebegitu rupa oleh ahli parlimen BN ini.
Mungkin Ahli Parlimen BN ini merasakan dirinya hebat berBahasa Inggeri sebab itulah memandang lekeh tokoh-tokoh bahasa dan Sasterawan Negara ini.

WAJARKAH ELIZABETH LETAK JAWATAN? ~ Ref Malaysiakini

Exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menghantar surat perletakan jawatan Exco dan ADUN. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima surat perletakan jawatannya.

Persoalannya kini wajarkah beliau meletakkan jawatan? Dua jawapan yang sudah tentu menjadi pertimbangan tuan-tuan iaitu wajar dan tidak wajar.

Namun tindakan beliau ingin meletakkan jawatan wajar dipuji dan membuktikan bahawa pemimpin PR jauh lebih bertanggungjawab dari pemimpin BN. Walaupun beliau menafikan gambar itu diambil dalam keadaan beliau sedar dan sengaja, tetapi beliau tetap mahu meletak jawatan, suatu sikap yang harus dipuji dan dicontohi oleh semua ahli politik terutama dari BN yang walaupun dituduh terlibat dengan politik wang dan didakwa di mahkamah tetapi masih mahu memegang jawatan.

Saya tidak mahu komen tentang samada wajar atau tidak beliau meletakkan jawatan. Cuma sebelum kita menjatuhkan 'hukuman' kepada beliau kita mesti menyelidiki sedalam-dalamnya isu ini.

Beberapa persoalan untuk renungan semua:-

a) Adakah gambar itu diambil atas kerelaan dirinya dan beliau dalam keadaan sedar?

b) Adakah gambar itu melibatkan beliau dengan pasangan?

c) Adakah gambar itu benar-benar asli?

d) Siapa yang mengedarkan gambar itu dan apa tujuannya?

e) Jika seseorang mengambil gambar anda sedang buang air atau mandi dalam keadaan berbogel dan tidak menyedarinya adakah anda akan dipersalahkan?

Lu fikir lah sendiri ...........!!!!!!!!!!!!!

SIAPA SELEPAS ELIZABETH WONG? ~ Ref Malaysiakini

Siapa selepas Elizabeth Wong? Itu persoalan yang sedang menunggu jawapan. Sesiapa sahaja pemimpim terutama Wakil Rakyat PR akan terdedah kepada fitnah dan tohmahan dahsyat. Sedangkan akhlaq pemimpin BN yang lebih teruk dan dahsyat tidak pula disensasikan. Inilah dunia politik Malaysia yang dicemari dan dikotori oleh sebuah parti jijik yang bernama BN.

Sebelum Elizabeth, Dr Halimah Ali seorang Exco Selangor dari PAS juga difitnah dengan dahsyat kononnya berkhalwat di dalam hotel sedangkan masa beliau dituduh tersebut beliau sedang menghadiri program forum.

Jadi siapa selepas Elizabeth kita tunggu dan lihat. Yang penting kita yakin wakil-wakil rakyat PR adalah bersih dan telus.

MB HARAM PERAK, ZAMBRY MENGAKU KALAH? ~ Ref Malaysiakini

MB HARAM Perak, Zambry Abdul Kader hari ini 'mengaku kalah' apabila terpaksa 'mencemar' dirinya bertemu dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar di pejabat Speaker.

Sudah pasti perkara yang dibincangkan oleh mereka berdua ialah berkisar kepada agenda esok di mana Zambry dan semua Exco HARAM akan dihadapkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas tuduhan memalukan DUN Perak berikutan isu rompakan kuasa oleh BN 2 minggu lalu.

Terbukti Zambry begitu takut dengan isu ini dan terpaksa memalu dirinya bertemu dengan Speaker hari ini. Mungkin Zambry datang untuk memujuk Sivakumar supaya menarik balik keputusannya menghadapkan Zambry dan kuncu-kuncunya atas tuduhan tersebut.
Mungkin Zambry tidak dapat tidur lena malam ini memikirkan hukuman yang bakal dihadapi beliau esok.
Sekali lagi Perak akan memecahkan rekod selepas mempunyai 2 MB kini kemungkinan besar MB dan Exco serta 3 orang ADUN lompat tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

16 February 2009

PAS MENANG DI BUKIT GANTANG, PKR MENANG DI BUKIT SELAMBAU ~ Ref Malaysiakini

Kedua-dua parti komponen PR yang akan bertanding pada 7 April ini awal-awal lagi sudah diisytiharkan menang. BN kalah teruk dikedua-dua kerusi tersebut apabila hanya memperolehi 6 % dari undi keseluruhan. BN hilang deposit.

Saya isytiharkan kedua-dua calon kita menang berdasarkan poll yang saya muatkan dalam blog. Bagi saya walaupun ini tidak dapat menterjemahkan keputusan sebenar namun ianya sedikit sebanyak memberikan suntikan kepada petugas PR untuk berjuang habis-habisan pada PRK kedua-dua kawasan itu kelak.

Keputusan Poll.

Parlimen Bukit Gantang

PAS - 988 undi(menang)
BN - 69 undi
Undi keseluruhan - 1057


DUN Bukit Selambau

PKR - 935 undi (menang)
BN - 66 undi
Undi keseluruhan - 1001

SENATOR BN BERGAMBAR INTIM DENGAN AHLI PARLIMEN BN, MENGAPA TAK KECOH ~ Ref Malaysiakini

Ingatkah tuan-tuan sekelian kepada gambar intim seorang senator BN dengan ahli parlimen BN pada suatu ketika dahulu. Bukan main mesra lagi dua orang pemimpin BN yang memegang jawatan penting dalam Umno diperingkat negeri dan bahagian. Malah kedua-duanya duduk dalam parlimen Malaysia sebagai penggubal undang-undang.
Namun bila gambar ini disebarkan tidak ada pula pemimpin BN terutama Khir Toyo bising dan menyuruh kedua-duanya meletakkan jawatan sedangkan kedua-dua Yang (Tidak) Berhormat ini datang dari negeri di mana Khir Toyo menjadi Ketua Umno dan Menteri Besar.
Inilah sikap sebenar Khir Toyo yang sebenar sedang berlumba-lumba dengan Mukhriz dan Khairy mengejar glamour dan populariti bagi menjamin diri masing-masing diundi pada pemilihan Umno sebulan lagi. Maka sibuk mereka ini mencari isu untuk menonjolkan diri.
Ada yang tidak pernah berdemonstrasi sebelum ini kini sudah pandai berdemonstrasi.
Kalau beginilah sikap bakal Ketua Pemuda saya yakin Umno akan terus malap dan berkubur tidak lama lagi.

Eli, jangan letak jawatan ~ Ref Malaysiakini

Inilah kenyataan demi kenyataan yang dibuat kepada YB Elizabeth Wong, Adun Bukit Lanjan, berikutan tersebarnya gambar beliau sedang tidur dalam keadaan kurang sopan.

Media mulai beberapa hari lalu menerima gambar-gambar ini. Yang menariknya, hanya media yang ada kaitan dengan parti-parti dalam BN yang menerima gambar ini.

Malam tadi, 15 Februari, Elizabeth membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya. Mengikut Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Selangor, kenyataan itu ringkas sahaja dan pihaknya akan mendapatkan kenyataan lebih lanjut dari Eli selepas ini.

Sebelum akhbar The Sun menyiarkan kisah ini, orang ramai tidak mengetahuinya. Namun selepas disiarkan muka depan hari ini dan laporan polis Eli pada malam tadi, semua pihak mula memperkatakannya.

Sebagaimana dijangka (mungkin sudah ada dalam skripnya), bekas MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo membuat kenyataan mendesak Eli meletakkan jawatan.

“Ini adalah isu moral, samada gambar itu diambil dengan kehendaknya atau tidak, itu soal lain.
“Saya tidak boleh menerima seorang Adun yang dipertikaikan moralnya,” kata Khir sebagaimana yang dilaporkan laman web ini.

Di pejabat kerajaan negeri Selangor, Eli resah menerima tekanan ini. Beliau terkejut dan tidak sangka sampai begitu sekali usaha akan dibuat untuk menjatuhkan kerajaan negeri beliau. Eli adalah salah seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor.

Sebagaimana yang diketahui banyak pihak, selepas Perak, BN sedang menggoncang beberapa kerajaan negeri Pakatan yang lain termasuklah Selangor dan Kedah.

“Tetapi beliau tidak sangka sampai begitu rendah sekali moral pihak yang mahu menjatuhkan kerajaan negerinya,” kata sumber yang rapat dengan beliau.

Persoalannya senang sahaja. Gambar yang disebarkan itu adalah gambar Eli sedang tidur. Beliau tidak tahu dan tidak membenarkan gambar itu diambil apatahlagi diedarkan. Menurut sumber, bekas teman lelaki beliau yang mengambil gambar itu.

Komen-komen dalam blog (termasuk laman ini) menyifatkan tindakan Khir Toyo mendesak Eli meletakkan jawatan atas isu moral sesuatu yang sangat tidak wajar dibuat.

* Sejak bila, sesaorang yang telanjang dalam bilik tidur sendiri dianggap salah.

* Dia bukan ada suami, lainlah kalau dia seorang Muslim.

* Membandingkan dengan Chua Soo Lek tidak masuk akal langsung kerana Eli tidak berbuat apa-apa berbanding video Chua.

* Saya yakin, Khir akan menyalahkan anaknya jika anaknya dirogol nanti.

* Usahanya untuk menunjukkan dialah jaguh menjelang perhimpunan agung Umno.

Inilah komen-komen terhadap Khir Toyo apabila beliau membuat kenyataan yang mendesak agar Eli meletakkan jawatannya.

Persoalannya, apakah Khir sedar dengan komen-komen ini? Atau kalau dia membacanya, apakah dia akan insaf dan memperbetulkan kenyataannya?

Saya yakin, sebagaimana pemimpin BN di Perak, Khir tidak akan sedar dan tidak akan menghentikan cara berpolitik yang diambilnya kini. Selepas ini, Khir akan berarak lagi (mungkin ke Bukit Lanjan) untuk menceritakan kepada orang ramai “Elizabeth Wong tidur telanjang dalam biliknya”.

Besar kemungkinan juga beliau akan memimpin Pemuda Umno yang menyokongnya berarak ke Istana Melawati sekali lagi mendesak Sultan Selangor agar menitahkan supaya Eli meletakkan jawatan kerana memalukan baginda Sultan.

Di samping Khir Toyo, saya yakin akan ada juga para penyokong Pakatan Rakyat sendiri akan digunakan untuk menekan Eli.

Untuk Eli, saya suka menyebut di sini “Eli, jangan letak jawatan”.

Malaysiainsider ~ Zulkifli Sulong

HATI-HATI PEMIMPIN PR TAKUT-TAKUT BN AMBIL GAMBAR ~ Ref Malaysiakini

Sekarang semua pemimpin PR kena berhati-hati. Apa sahaja perbuatan akan diintip dan dihendap oleh ejen-ejen BN yang sedang mengumpul apa juga gambar, aksi dan gelagat pemimpin PR terutama wakil rakyat.Silap langkah gambar anda semua akan tersebar ke seluruh alam buana.
Saya cadangkan beberapa perkara di bawah untuk di ambil perhatian, walaupun nampak lucu dan kelakar namun mungkin ianya berguna untuk langkah berjaga-jaga:-
1) pastikan di bilik tidur anda tiada kamera yang diletakkan secara rahsia
2) jika anda menginap di hotel pastikan tiada kamera
3) pastikan disekeliling dan di dalam rumah terutama di tandas tiada kamera di bilik dan di tandas
4) pastikan anda setiasa berkelakuan baik dan sopan ....
BN dan ejen-ejen mungkin sedang menunggu peluang untuk menangguk di air keruh !!!!!!!!!!!

MUKHRIZ MELAMPAU ~ Ref Malaysiakini

Mukhriz Mahathir calon Ketua Pemuda Umno semalam membuat kenyataan melampau dengan menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang kepada tindakan Karpal yang dikatakan biadap kepada Sultan.

Sedangkan semua orang tahu bahawa semua tindakan Karpal adalah atas kapasiti peribadinya dan tidak melibatkan orang lain.
Pemimpin PR sendiri sudah membuat kenyataan bahawa Karpal tidak mewakili PR dalam apa juga tindakannya.
Mengapa Mukhriz masih mengungkit cerita ini sedangkan ianya telah dinyatakan sekarang terang oleh para pemimpin PR. Adakah Mukhriz ingin mencari publisiti murahan dalam isu Karpal ini bagi menyaingi Khir Toyo yang berdemonstrasi di depan rumah Karpal semalam.
Kalau itu niat Mukhriz baik beliau hentikan sahaja kerana rakyat dan pemuda Umno sudah faham akan isu ini. Jangan nanti Mukhriz kehilangan undi pada pemilihan Pemuda Umno nanti disebabkan sikapnya yang suka menonjolkan diri dengan tidak tidak melihat fakta dan situasi sebenar.
Mukhriz juga menuduh Nizar 'menderhaka' kepada Sultan Perak kerana dipengaruhi oleh Anwar. Satu lagi tuduhan jahat Mukhriz kepada PR. Sedangkan pimpinan PR siang-siang sudah membuat kenyataan bersama bahawa mereka berdiri teguh di belakang Nizar dalam apa juga tindakan beliau.
Mukhriz dipetik sebagai berkata demikian dalam kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar arus perdana hari ini.

BN TERUS KELEMASAN ~ Ref Malaysiakini

Sebagaimana biasa apabila BN berada dalam keadaan kelemasan dan tersepit mereka akan menggunakan Polis untuk berdepan dengan rakyat.
Semaalm dua kejadian memalukan berlaku. Pertama ceramah Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa di Sg Nibong Pulau Pinang diganggu polis malam tadi.
Lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

"Ratusan FRU dan Special Branch (SP) berkampung di keliling rumah Pak Leh semalam semata-mata menghalang orang ramai daripada mendengar penerangan yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, " ujar Ketua Penerangan PAS Bayan Baru, Raziz Md Nor disiarkan oleh Harakahdaily.
Pagi semalam Polis menahan empat pemimpin PKR Kuala Kangsar berhubung pengedaran risalah penerangan krisis politik di Perak.
Mereka - termasuk ketua Wanita bahagian dan ketua Angkatan MudaKeadilan (AMK) - ditahan di Arena Square Pasar Tani di Kuala Kangsar.
Ternyata BN berada di dalam kelemasan sekarang. Skrip dan modus operandi mereka sama sahaja, bila BN tidak berjaya untuk mengekang sokongan rakyat kepada PR mereka akan mengarahkan Polis untuk bertindak mengganggu dan mengacau program PR.

BN TIADA CALON TERPAKSA GUNA CALON RECYCLE ~ Ref Malaysiakini

BN kemungkinan besar terpaksa menggunakan calon 'expired' dan 'recycled' pada PRK Bukit Selambau. Ini kerana mereka ketandusan calon yang layak untuk menentang PR.

Fenomena ini ujud sebenarnya kerana BN terasa goyah untuk berhadapan dengan PR dalam keadaan BN benar-benar berada dalam keadaan nazak. Darjah kemeluatan rakyat kepada BN sudah sampai ke tahap kronik. Sebab itu BN merasakan apa yang mereka buat semuanya salah dan sudah pasti tidak diterima rakyat.

Untuk itu bagi mengurangkan bahang dan rasa takut mereka terpaksa meletakkan calon 'expired' atau kuda tua kerana kalau kalah sekalipun kuda tua ini tidak rasa apa-apa kerana pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Hari ini media menyiarkan berita bahawa MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.

Saravanan, 61, menjadi Adun Bukit Selambau serta ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008.

Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi itu dalam pilihanraya umum tahun lalu untuk memberi laluan kepada calon muda dari MIC, S Krishnan, yang tewas kepada calon bebas V Arumugam dengan majoriti 2,362 undi.

Tidak syak lagi BN benar-benar tersepit. Pada saya alangkah eloknya jika BN menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada PR di DUN ini.

MB HARAM PERAK BEBAL UNDANG-UNDANG? ~ Ref Malaysiakini

Kenyataan MB HARAM Perak, Zambry Abdul Kader bahawa kebiasaannya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN membuktikan bahawa beliau seorang 'MB' yang bebal.

Kenyataan itu menunjukkan beliau masih kebudak-budakan dan bebal dalam menafsirkan bidang tugas sebenar jawatankuasa tersebut yang sebenarnya merangkumi sesuatu tindakan Ahli Dewan Negeri di dalam dan di luar dewan.
Menurut Pengerusi BBC DUN Perak, YB Drs Khalil Idham Lim di dalam Blognya kalaulah tidak ada satu undang-undang yang boleh mengawal tindakan dan kelakuan seorang ADUN pastinya sangat bebaslah seseorang ADUN melakukan sesuatu tindakan yang bercanggah dengan tidak terikat kepada sesuatu peraturan.
"Bayangkan sidang DUN hanya 3 kali setahun dan minima enam bulan sekali berarti boleh saja dua kali setahun. Kalaulah seorang ahli dewan menghina speaker, menghina seorang Menteri Besar dan sebagainya maka peraturan 72 dalam buku Peraturan Dewan dengan jelas memperuntukan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebesan untuk mengambil tindakan" kata beliau dalam posting terbarunya hari ini.
Maka benar kata YB Khalil Idham bahawa Zambry benar-benar bebal dan sekarang terpaksa berhadapan dengan situasi yang panas oleh kerana kebebalan beliau dan BN sendiri.
Selepas ini saya yakin Zambry dan semua ADUN BN takut untuk menghadiri sidang DUN dan ianya pertama dalam sejarah sesebuah kerajaan takut untuk hadir pada sidang DUN atau Parlimen.

15 February 2009

KERAJAAN HARAM BN PERAK TUMBANG PADA SIDANG DUN AKAN DATANG? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar HARAM Kerajaan BN Perak, Zambry Abdul Kader dan Exco HARAMnya sudah pasti akan malu dan dimalukan. Ini kerana beliau tidak akan dapat lari dari siasatan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Beliau akan dipanggil mengadap Jawatankuasa tersebut Rabu ini.

Speaker DUN Perak YB Sivakumar yang bertindak pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

Inilah bebalnya Umno dan BN. Mereka bertindak merompak kuasa PR dengan berselindung disebalik kuasa istana tetapi lupa bahawa mereka tidak boleh merompak kuasa Speaker DUN kerana Speaker dilantik di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Mahu tidak mahu untuk melucutkan jawatan Speaker ianya mesti dilakukan di dalam Sidang DUN. Menteri Besar tidak ada kuasa untuk memecat Speaker.

Jadi Rabu ini mahu tidak mahu Zambry dan Exconya terpaksa menebalkan mukanya untuk berdepan dengan Jawatankuasa ini yang sudah pun menghantar surat kepadanya untuk dihadapkan ke jawatankuasa tersebut.

Speaker DUN Perak, YB V Sivakumar dalam kenyataannya semalam tidak menyatakan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan.

Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

Menurutnya keputusan hukuman ini akan hanya dibuat dalam persidangan DUN akan datang.

Saya yakin BN benar-benar tersepit sekarang ini, Speaker mempunyai kuasa untuk menghalang mana-mana ADUN masuk Dewan atas alasan tertentu. Dalam hal ini Speaker mempunyai kuasa untuk menghalang 4 ADUN lompat katak termasuk ADUN Bota untuk masuk ke Dewan. Ini bermakna jika 4 ADUN ini tidak dibenarkan masuk maka BN mempunyai 27 ADUN dan PR mempunyai 28 ADUN termasuk Speaker.

Maka jika ini terjadi, PR mempunyai majoriti 1 kerusi lebih dari BN. Maka PR boleh membuat usul undi tidak percaya kepada kerajaan HARAM BN. Kerajaan HARAM tersebut akan tumbang????

Jadi persidangan DUN Perak akan datang benar-benar hebat dan ditunggu-tunggu kerana sudah pasti satu lagi perdebatan hangat berlaku.

Hanya ada satu jalan penyelesaian iaitu bubarkan DUN. Habis cerita!!!!!!!!!!!

SOKONG PENGERUSI SPR DAN KUNCU-KUNCUNYA LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh gesaan Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Pengerusi SPR, Aziz Yusof meletakkan jawatan serta merta. Sesungguhnya apa yang Tok Guru nyatakan kepada media hari ini memang tepat dan wajar.
Bagi saya jika Aziz Yusof seorang yang bermaruah dan mempunyai perasaan sebagai seorang yang berjiwa besar beliau sudah tentu akan meletakkan jawatan kerana ditegur oleh seorang Tuan Guru yang alim tentang agama yang juga seorang menteri besar.
Namun saya yakin Aziz Yusof tidak akan meletakkan jawatan kerana sudah menjadi resam di Malaysia seseorang Menteri dan Pegawai Kerajaan yang melakukan kesilapan tidak akan meletakkan jawatan dan takut untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.
Walaupun kesalahan Aziz Yusof mengenai tarikh PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah jelas namun mustahil beliau akan meletakkan jawatan. Jauh panggang dari api.
Timbalan Pengerusi SPR Wan Omar Wan Majid sendiri memberitahu bahawa SPR mengambil kira tarikh perhimpunan Agung Umno sebagai asas untuk menetapkan tarik PRK tersebut. Ini membuktikan bahawa Aziz dan kuncu-kuncunya di SPR memihak kepada BN/Umno dan beliau tidak layak untuk terus menerajui SPR.
Ini merupakan kesalahan kedua beliau selepas bertindak 'merompak' kuasa Speaker DUN Perak dalam hal penentuan PRK bagi DUN Behrang dan Changkat Jering.
Maka saya menggesa Aziz Yusof dan kuncu-kuncunya meletakkan jawatan mereka dalam SPR mulai saat ini selaras dengan gesaan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Media hari ini melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.

Tuan Guru berkata, ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh manamana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 7 April manakala hari penamaan calon 29 Mac.

Perhimpunan Agung Umno pula diadakan lima hari bermula pada 24 Mac.

KEMELUT POLITIK : RAKYAT LUPA PENINDASAN DAN KEZALIMAN BN ~ Ref Malaysiakini

Kemelut politik yang hebat sekarang memberikan peluang seluas-luasnya kepada media pengampu untuk menghentam Pakatan Rakyat dan pada masa sama menutup terus isu kenaikan harga barang dan 'kemurahan' hati rakyat memberi subsidi kepada kerajaan BN setiap kali mereka membeli minyak.
Sejak akhir-akhir tiada media langsung tidak menonjolkan isu harga barang yang terus tinggi yang menyiksa dan menghimpit rakyat marhaen.
Begitu rakyat mungkin lupa bahawa mereka memberikan subsidi kepada kerajaan antara 50-60 sen pada setiap liter minyak yang mereka beli.
Saya menyeru kepada semua rakyat supaya terus bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan BN hari ini yang benar-benar mencekik darah rakyat dan pada masa sama tidak malu untuk merompak duit rakyat dengan mengenakan harga minyak yang mahal dari harga pasaran dunia.

Jadi rakyat seluruh negara mesti bangkit menentang kerajaan dengan menyeru kawan-kawan dan saudara-mara serta pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau mengundi PR bagi mengajar BN yang sombong, bongkak dan tidak berperi kemanusiaan.
Kita mesti pastikan BN hilang deposit pada kedua-dua PRK tersebut.

PRK 2 BUKIT : SAH SPR BERPIHAK KEPADA UMNO/BN ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar mengaku bahawa SPR mengambilkira faktor Perhimpunan Agong Umno dalam menentukan tarikh PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya yang saya petik dari Mstar hari ini.
Jadi dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR memang seorang 'pengadil' yang berat sebelah memang sah dan sudah diketahui umum. Malah lebih tepat lagi kalau saya katakan SPR layak digelar parti komponen BN kerana sudah banyak tindakan-tindakan SPR yang memberikan kelebihan kepada BN.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."

Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.
Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
Saya menggesa SPR supaya mengubah tarikh tersebut demi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kewibawaan SPR.
Kalau orang nombor SPR sendiri pun sudah mengaku demikian maka sahlah SPR sudah hilang wibawa dan integriti. Lebih baik SPR dan dibubarkan. Ahli-ahli SPR baru mesti dilantik untuk memastikan pilihanraya di negara kita dijalankan dengan adil dan telus.

SPR CARI JALAN UNTUK TIADAKAN PRK 2 'BUKIT'? ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin jika SPR dapat mencari helah dan jalan untuk tidak mengadakan Pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu SPR akan gembira. Ini kerana sudah SPR akan terus disanjung dan dipuji oleh BN kerana terus berjaya mendokong aspirasi dan kehendak BN.
Malangnya mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tiada helah dan tipu muslihat yang dapat mereka lakukan kerana sememangnya Allahyarham YB Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Sahahrum memang meninggal dunia bukan main-main. Manakala surat YB Arumugam, ADUN Bukit Selambau memang sahih dan sah bukan 'tipu punya'.
Sejak insiden SPR menolak 2 PRK di Perak iaitu di DUN Changkat Jering dan Behrang, rakyat mula sedar bahawa antara peranan utama SPR selain dari mengadakan Pilihanraya, SPR juga berperanan untuk mengkaji dan menilai kesahihah surat perletakan jawatan Wakil Rakyat iaitu SPR telah 'merompak' peranan Speaker Dewan. Minggu tugas baru SPR ini sudah diperakukan oleh Undang-undang dan perlembagaan negara cuma saya kurang pasti bila ianya digubal dan diluluskan oleh parlimen.
Jadi selepas ini SPR mungkin akan melantik dan mencari beberapa 'specialist' untuk membantu kerja-kerja SPR mengkaji samada surat perletakan jawatan dan notis Speaker adalah tulen dan genuine. Begitu juga SPR mungkin melantik seorang doktor untuk mengkaji samada wakil rakyat benar-benar mati atau pura-pura mati. Selain daripada doktor specialist lain yang diperlukan ialah seorang Chemist dan seorang pakar tulisan atau tanda tangan yang pakar dalam kajian ketulenan surat dan ketulenan tandatangan seseorang.
Dengan adanya pakar-pakar ini SPR akan dapat memastikan kesahihan kekosongan parlimen atau DUN. Malah kemungkinan besar Speaker tidak perlu menghantar notis kepada SPR kerana SPR boleh menjalankan kerja-kerja tersebut secara professional.

ZAMBRY MESTI BERHENTI ~ Ref Malaysiakini

Menteri Besar Kerajaan HARAM Perak, Zambri Abdul Kader mesti berhenti dari menjadi MB HARAM kerana kes mengenai status jawatan MB masih belum jelas dan biar mahkamah menentukannya. Begitu juga dengan semua Exco Kerajaan HARAM Perak mesti mengikut jejak langkah Zambry kerana kerajaan BN itu sendiri adalah kerajaan HARAM.
Jadi dalam keadaan sekarang Zambry mesti berhenti dan jawatan MB mesti dipegang oleh Ir Nizar sehinggalah mahkamah membuat keputusannya nanti.
Jumaat lalu Nizar memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencabar kesahihan perlantikan Zambry yang mengangkat sumpah awal bulan ini.

Sebagai seorang yang bermaruah dan berpendidikan tinggi Zambry seharusnya menghormati proses mahkamah dan mesti mengambil keputusan secara gentlemen iaitu berhenti dari jawatan MB tersebut.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter