MB 'HARAM' PERAK PECAH REKOD ~ Ref Malaysiakini

MB HARAM Perak, Zambry Abdul Kader memecahkan 'rekod Kebangsaan' apabila menjadi MB pertama digantung dari menghadiri sidang DUN setelah didapati bersalah menghina Dewan Undangan Negeri.

Semalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menggantung beliau daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Ini merupakan rekod baru kepada Malaysia kerana sebelum tidak pernah mana-mana MB digantung sedemikian rupa. Satu lagi perkara baru berlaku dalam politik negara kita.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Ramly Zahari (Manong), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Dato' Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Dengan keputusan ini, saya pasti Kerajaan HARAM Perak sudah pasti tidak akan berani untuk hadir Sidang DUN kerana BN tahu mereka sudah menjadi minoriti dalam DUN. PR masih mempunyai 28 ADUN manakala BN hanya mempunyai 21 ADUN dan Bebas 3. Jika Sidang DUN diadakan sudah pasti kerajaan HARAM boleh di'guling'kan.

Saya pasti dengan keputusan ini MB HARAM yang memalukan DUN Perak ini akan membawa kes ini ke mahkamah.

Bagi saya tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak selain dari BUBARKAN DUN.

Comments

Anonymous said…
Padan muka dia,tak lama lagi kerajaan haram dia pasti bungkus..muka pun dah macam penyangak ada hati nak jadi mb.
Anonymous said…
penyangak je ke?? ha ha ha ! Bukan setakat tu je...kalau nak dibandingkan dengan Nizar...uishh jauhnya ibarat langit dan bumi..Nizar dengan wibawanya dengan karisma nya dengan segalanyalah..Selamat berjuang MB Nizar!!