BN TIADA CALON TERPAKSA GUNA CALON RECYCLE ~ Ref Malaysiakini

BN kemungkinan besar terpaksa menggunakan calon 'expired' dan 'recycled' pada PRK Bukit Selambau. Ini kerana mereka ketandusan calon yang layak untuk menentang PR.

Fenomena ini ujud sebenarnya kerana BN terasa goyah untuk berhadapan dengan PR dalam keadaan BN benar-benar berada dalam keadaan nazak. Darjah kemeluatan rakyat kepada BN sudah sampai ke tahap kronik. Sebab itu BN merasakan apa yang mereka buat semuanya salah dan sudah pasti tidak diterima rakyat.

Untuk itu bagi mengurangkan bahang dan rasa takut mereka terpaksa meletakkan calon 'expired' atau kuda tua kerana kalau kalah sekalipun kuda tua ini tidak rasa apa-apa kerana pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Hari ini media menyiarkan berita bahawa MIC mungkin mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, V Saravanan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil di situ pada 7 April depan.Menurut sumber-sumber, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu sedang menimbang secara serius untuk mencalonkan Saravanan yang juga pengerusi MIC Kedah bertanding bagi merebut semula kerusi tersebut.

Saravanan, 61, menjadi Adun Bukit Selambau serta ahli exco kerajaan negeri Kedah selama 13 tahun dari 1995 hingga 2008.

Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi itu dalam pilihanraya umum tahun lalu untuk memberi laluan kepada calon muda dari MIC, S Krishnan, yang tewas kepada calon bebas V Arumugam dengan majoriti 2,362 undi.

Tidak syak lagi BN benar-benar tersepit. Pada saya alangkah eloknya jika BN menarik diri dan memberikan kemenangan percuma kepada PR di DUN ini.

Comments