HENTIKAN POLITIK MURAHAN DAN UGUTAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyeru parti-parti politik di negara ini supaya menghentikan politik murahan dan ugutan. Tindakan membeli, memancing, merasuah dan mengugut wakil-wakil rakyat atau pemimpin politik lawan merupakan suatu tindakan yang tidak bermaruah, kotor, jijik, kolot dan tidak bertamadun.

Jika sesebuah parti itu kalah dalam pilihanraya maka ianya mesti mengakui kekalahannya dan memberikan peluang kepada parti yang menang untuk meneruskan agenda pemerintahan mereka. Jangan ada pengacau dan perompak yang cuba merompak kuasa dengan cara yang tidak demokratik.

Kita mendengar ada maklumat yang menyatakan ADUN di beli dengan harga jutaan ringgit. Ada ADUN yang kehidupan harian mereka diganggu dan diugut. Apa jenis politik sebegini.

Saya tidak kisah jika ADUN atau Ahli parlimen itu melompat parti atas kemahuan atau kesedaran sendiri tetapi janganlah tindakan mereka itu disebabkan unsur-unsur rasuah dan ugutan.

Malah sehari dua ini timbul pula isu wakil rakyat diganggu kehidupan peribadi sehingga ada yang gambar bogel diedarkan kepada khalayak ramai dan sebagainya.

Saya yakin jika politik jijik sebegini menjadi budaya di negara, sudah pasti Malaysia tidak akan maju dan kestabilan politik kita akan tergugat.

Lihat sahaja apa yang terjadi di Perak sekarang. Ada 2 Menteri Besar, Speaker DUN pula datang dari parti yang berlainan dengan MB HARAM. Sudah jadi caca marba ..........

Comments