ZAMBRY DAN EXCO TIDAK DIBENAR HADIRI SIDANG DUN? ~ Ref Malaysiakini

Sudah nampak bibit-bibit bahawa MB Kerajaan Haram, Exco dan ADUN-ADUN lompat tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN Perak akan datang. Jika ini berlaku ianya menjadi satu rekod baru dalam Malaysian Books of Record kerana mungkin ini kali pertama Ketua Kerajaan dan Exconya tidak dibenarkan menghadiri Sidang DUN.
Speaker mempunyai hak dan kuasa untuk menghalang sesiapa sahaja dari memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) hatta Menteri Besar. Jika Speaker pada budibicaranya tidak membenarkan seseorang menghadiri Dewan, orang itu mesti menghormatinya.
Inilah yang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk melihat 'ending' krisis politik di Perak. Walaupun BN dikurniakan sebuah kerajaan yang dirompak namun pemimpin BN sekarang ini serba salah kerana mereka tahu Speaker akan membuat keputusan berkenaan tindakan MB yang dituduh menghina DUN.
Malah ketiga-tiga ADUN lompat juga berkemungkinan besar tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

Jika mereka dihalang maka sudah pasti PR mempunyai majoriti ADUN dan kemungkinan besar PR akan membuat undi tidak percaya kepada kerajaan HARAM BN Perak.

Comments

EQUILIBRIUM said…
muahahahaha tu dia speaker dah tunjuk kuasa dia muahahahaha

teman nak tunggu apa najib akan cakap hik hik hik

mau jugak dgr komen mahathir hik hik hik

perakbangkit and the gang tak payah komen le muahahahaha depa pandai merapu ja