WAJARKAH ELIZABETH LETAK JAWATAN? ~ Ref Malaysiakini

Exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menghantar surat perletakan jawatan Exco dan ADUN. MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sudah menerima surat perletakan jawatannya.

Persoalannya kini wajarkah beliau meletakkan jawatan? Dua jawapan yang sudah tentu menjadi pertimbangan tuan-tuan iaitu wajar dan tidak wajar.

Namun tindakan beliau ingin meletakkan jawatan wajar dipuji dan membuktikan bahawa pemimpin PR jauh lebih bertanggungjawab dari pemimpin BN. Walaupun beliau menafikan gambar itu diambil dalam keadaan beliau sedar dan sengaja, tetapi beliau tetap mahu meletak jawatan, suatu sikap yang harus dipuji dan dicontohi oleh semua ahli politik terutama dari BN yang walaupun dituduh terlibat dengan politik wang dan didakwa di mahkamah tetapi masih mahu memegang jawatan.

Saya tidak mahu komen tentang samada wajar atau tidak beliau meletakkan jawatan. Cuma sebelum kita menjatuhkan 'hukuman' kepada beliau kita mesti menyelidiki sedalam-dalamnya isu ini.

Beberapa persoalan untuk renungan semua:-

a) Adakah gambar itu diambil atas kerelaan dirinya dan beliau dalam keadaan sedar?

b) Adakah gambar itu melibatkan beliau dengan pasangan?

c) Adakah gambar itu benar-benar asli?

d) Siapa yang mengedarkan gambar itu dan apa tujuannya?

e) Jika seseorang mengambil gambar anda sedang buang air atau mandi dalam keadaan berbogel dan tidak menyedarinya adakah anda akan dipersalahkan?

Lu fikir lah sendiri ...........!!!!!!!!!!!!!

Comments