AGENDA TERSEMBUNYI BERJAYA, JIKA ELI LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu sudah pasti berjaya jika Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong meletakkan jawatan.
"Memang itu agenda mereka yang mengedarkan gambar ini, iaitu mahu beliau meletakkan jawatan, jadi bagi saya beliau tidak perlu tunduk dan letak jawatan" kata Ahmad Alang.
Ahmad yang tinggal di Taman Merdeka berpendapat Elizabeth tidak perlu meletakkan jawatan kerana jika benar gambar itu dirakam ketika beliau tidur dan tidak sedar, bermakna beliau tidak bersalah.
"Bukan beliau yang bergambar bogel tetapi gambar beliau gambar itu adalah gambar curi, jadi apa yang hendak ditakutkan" kata Ahmad.
Beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Exco tersebut yang mahu meletakkan kedua-dua jawatannya iaitu anggota Exco dan juga ADUN sekaligus.
Dalam kenyataan media hari ini, Elizabeth dipetik sebagai berkata bahawa beliau tetap akan meletakkan jawatan walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau itu.
Saya telah memaklumkan kepada pemimpin parti saya bahawa saya tetap akan melepaskan semua jawatan saya - sebagai exco kerajaan negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan dan sokongan pucuk pimpinan parti. Saya berharap mereka dapat memahami kesukaran yang sedang saya hadapi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Comments