Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar mengaku bahawa SPR mengambilkira faktor Perhimpunan Agong Umno dalam menentukan tarikh PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
"Kalau orang faham betul-betul... kita hendak semua orang selesa... Umno mengadakan pemilihan parti, jika BN menghadapi dalam keadaan tidak selesa... kita hendak semua parti selesa dan menghadapi pilihan raya dalam keadaan yang tenang," katanya yang saya petik dari Mstar hari ini.
Jadi dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR memang seorang 'pengadil' yang berat sebelah memang sah dan sudah diketahui umum. Malah lebih tepat lagi kalau saya katakan SPR layak digelar parti komponen BN kerana sudah banyak tindakan-tindakan SPR yang memberikan kelebihan kepada BN.
Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya kelmarin mendakwa "kini dengan menganjak tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau selewat mungkin setelah selesai pemilihan Umno, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Datuk Seri Najib (Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri)."
Semalam Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya mempertikaikan tarikh itu dengan menganggap ia seolah-olah memberi laluan kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac.
Kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan serentak pada 7 April dengan hari penamaan adalah 29 Mac iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Tahunan Umno.
Saya menggesa SPR supaya mengubah tarikh tersebut demi untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kewibawaan SPR.
Kalau orang nombor SPR sendiri pun sudah mengaku demikian maka sahlah SPR sudah hilang wibawa dan integriti. Lebih baik SPR dan dibubarkan. Ahli-ahli SPR baru mesti dilantik untuk memastikan pilihanraya di negara kita dijalankan dengan adil dan telus.
Comments