MB HARAM PERAK, ZAMBRY MENGAKU KALAH? ~ Ref Malaysiakini

MB HARAM Perak, Zambry Abdul Kader hari ini 'mengaku kalah' apabila terpaksa 'mencemar' dirinya bertemu dengan Speaker DUN Perak, V Sivakumar di pejabat Speaker.

Sudah pasti perkara yang dibincangkan oleh mereka berdua ialah berkisar kepada agenda esok di mana Zambry dan semua Exco HARAM akan dihadapkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) atas tuduhan memalukan DUN Perak berikutan isu rompakan kuasa oleh BN 2 minggu lalu.

Terbukti Zambry begitu takut dengan isu ini dan terpaksa memalu dirinya bertemu dengan Speaker hari ini. Mungkin Zambry datang untuk memujuk Sivakumar supaya menarik balik keputusannya menghadapkan Zambry dan kuncu-kuncunya atas tuduhan tersebut.
Mungkin Zambry tidak dapat tidur lena malam ini memikirkan hukuman yang bakal dihadapi beliau esok.
Sekali lagi Perak akan memecahkan rekod selepas mempunyai 2 MB kini kemungkinan besar MB dan Exco serta 3 orang ADUN lompat tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN.

Comments

terimakasih bang sofi..teruskan berkarya dan tumpukan untuk isu perak kedah dan selangor..semoga isu perak tidak tenggelam dengan isu gambar bogel..salam perjuangan