Menteri Besar Perak, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) Jalan Duta jam 10.45 pagi tadi untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak.
Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.
Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah penyokong-penyokong PR yang tetap bersemangat memberikan sokongan moral kepada Nizar dan kerajaan PR Perak.
Tidak dapat dipastikan apakah mahkamah akan membuat keputusan hari ini. Jika keputusan dibuat adakah ianya keputusan yang DI LUAR DUGAAN.
Comments
1. Sekiranya peguam ADIL, keputusan memihak kepada Nizar
2. Sekiranya peguam TIDAK ADIL seperti Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, keputusan sememangnya sudah diketahui.