KHALID TERLIBAT RASUAH : SATU LAGI SERANGAN KEPADA PR ~ Ref Malaysiakini

Satu lagi serangan yang akan dihadapi oleh kerajaan PR Selangor apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah atas alasan menyalahgunakan kuasanya dalam isu kereta dan lembu.
Hebat sungguh tekanan yang dihadapi oleh PR sejak kebelakangan ini.
Kalau semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar dulu, walau sebesar manapun laporan polis dan laporan BPR dibuat tidak ada satu kes pun Khir Toyo di dakwa. Bukan sedikit laporan yang dibuat oleh Ezam Kotak, Ahmad Lutfi Othman dan lain-lain dibuat terhadap Khir Toyo tetapi ternyata Khir Toyo kebal dan maksum.
Hari ini media melaporkan bahawa Khalid didakwa di mahkamah kerana menyalagunakan kuasanya dalam perbelanjaan penyelenggaraan kereta Lexus dan pembelian lembu untuk korban.
Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan mendakwa bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid.
Syabas SPRM kerana ternyata bertindak begitu pantas dalam kes melibat PR tetapi lembap, longlai dan tidak bermaya dalam kes yang melibatkan pemimpin BN.

Comments

Vesu said…
Pasti yang benar , adil dan jujur akan menang ; sejarah telah banyak berulang dan terbukti -tidak ada kuasa yang boleh kekal selama2 jika tindak tanduknya bercanggah dengan nilai2 tersebut
Anonymous said…
TS Khalid ni lembab,dan kelembapan nya cukup mebuka peluang kepada Khir Toyo mengambilkesempatan.TS Khalid hanya bercakap tapi gagal bertindak secara bekesan terhadap Khir Toyo.Aku dah perhatikan dari dulu dan mengagak Khir Toyo dengan dibatu oleh egensi persekutuan samaada polis atau BPR,khalid pasti kena.Ada beberapa tindakan nya walau pun kecil tapi cukup memberi peluang kepada tuduhan sebegini.
Anonymous said…
jgn risau....mne2 kebenaran Allah akan tunjukkn...mane2 pembohongan akan kantoi gak...sampai bile nk sorok......sprm ni pun satu hal nk lebih2kn umno...same gak mcm spr....semue xle pakai....
Anonymous said…
SPRM adalah lembu yg dicucuk hidung kepada UMNO....SPRM juga adalah TOYOL bagi pihak UMNO utk merompak wang Malaysia....