Satu lagi serangan yang akan dihadapi oleh kerajaan PR Selangor apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah atas alasan menyalahgunakan kuasanya dalam isu kereta dan lembu.
Hebat sungguh tekanan yang dihadapi oleh PR sejak kebelakangan ini.
Kalau semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar dulu, walau sebesar manapun laporan polis dan laporan BPR dibuat tidak ada satu kes pun Khir Toyo di dakwa. Bukan sedikit laporan yang dibuat oleh Ezam Kotak, Ahmad Lutfi Othman dan lain-lain dibuat terhadap Khir Toyo tetapi ternyata Khir Toyo kebal dan maksum.
Hari ini media melaporkan bahawa Khalid didakwa di mahkamah kerana menyalagunakan kuasanya dalam perbelanjaan penyelenggaraan kereta Lexus dan pembelian lembu untuk korban.
Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Said Hamdan mendakwa bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Khalid.
Syabas SPRM kerana ternyata bertindak begitu pantas dalam kes melibat PR tetapi lembap, longlai dan tidak bermaya dalam kes yang melibatkan pemimpin BN.
Comments