.

.

31 August 2012

Janji Bersih Melaka berjaya

Himpunan Janji Beersih yang diadakan di perkarangan Bangunan Merah Stdhuys malam tadi dihadiri kira--k 3,000 orang pelbagai kaum. ira

30 August 2012

GEMPAR : 'POWER RANGERS' PUN KENA BICARA DI MAHKAMAH?

Sehebat-hebat 'Power Rangers' pun gagal melepaskan diri dari di dakwa di mahkamah atas kesalahannya.

Inilah rekod dunia kerana sebelum ini Power Rangers tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah di dunia.

Tetapi semalam 'Power Rangers' telah didakwa di Mahkamah Sesyen Putra Jaya.

"Power Ranger' ini sebenarnya ialah Muhdaleena wanita yang ditahan kerana mengamuk jam 2.30 petang 9 Julai lalu di Jabatan Perdana Menteri bersama Idolanya yang sudah meninggal dunia iaitu Khalil Affandi Hamid, 47. Power Rangers ini walaupun 'power' telah ditembak Polis di bahagian paha manakala Khalil meninggal akibat kecederaan di bahagian ari-ari terkena tembakan Polis.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.

Pada prosiding semalam, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nor Mazrah Ahmad Din berkata, tertuduh perlu melantik peguam dan menyelesaikan segera perkara-perkara yang dipersetujui antara pihak pendakwaan dengan tertuduh sebelum perbicaraan.

Menurutnya, terdapat pindaan dalam kanun prosedur jenayah yang menyatakan, kes perbicaraan perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh didakwa.

Pada 19 Julai lalu, Muhdalena Ahmad, 28, mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan iaitu mengugut polis dan membawa pedang.

Prosiding pendakwaan ketika itu terpaksa dijalankan di Hospital Putrajaya kerana dia sedang dirawat selepas cedera dalam kejadian amuk berkenaan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kompleks B, JPM, Presint 1, Putrajaya kira-kira pukul 2.30 petang, 9 Julai lalu.

Kesalahan pertama didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan itu.

PEMIMPIN PEMBANGKANG SUMBANG MAHRAM?

Media arus perdana melaporkan bahawa pihak polis menyiasat kejadian seorang gadis berumur 15 tahun di Pahang yang melahirkan anak hasil dari sumbang mahram dengan ahli keluarganya. Media menyatakan bahawa Polis menahan bapa dan adik gadis tersebur yang berumur 14 tahun untuk siasatan lanjut.

DNA kedua-dua mereka diambil untuk siasatan polis. Media menyatakan bahawa bapa gadis tersebut ialah pemimpin parti pembangkang yang pernah bertanding pada PRU 12 lalu.

Lalu blog ini menghubungi seorang petugas media di Pahang bagi mendapat kepastian. Jawapan yang diberi oleh petugas media itu ialah bapa gadis tersebut BUKANNYA pemimpin PAS atau PKR. Itu jawapannya............KITA HARAP JANGANLAH MEDIA UNTUK MEMBESAR-BESARKAN CERITA INI BAGI MEMBURUKKAN NAMA PR..

28 August 2012

PARTI SYAITAN : SIAPA PEMIMPIN DAN AHLINYA


Terkejut juga bila mendengar seseorang menyamakan sebuah parti dengan  SYAITAN.dan parti lawannya dengan MALAIKAT.


Apakah agaknya yang menyebabkan orang ternama itu menyamakan parti yang dikatakan banyak jasa itu dengan nama SYAITAN yang dikenali ramai. Agaknya apa yang menyebabkan parti itu dikenali. Selepas ini parti itu akan lebih dikenali kerana nama glamournya 'parti syaitan'. Apakah pemimpin dan ahlinya juga sama perangai macam syaitan. Blog ini mendoakan supaya parti itu tidak sama dengan syaitan, pemimpin dan ahlinya pun bukan syaitan.

Tergamak 'orang itu' menyamakan partinya dengan syaitan yang memnag dikenali sebagai musuh Allah dan musuh manusia. Apa yang mendorong 'Mamat' itu menyamakan parti 'keramat'nya dengan syaitan. Apakah kerana perangai, perlembagaan. tingkah laku dan sebarang perkara yang dikaitkan dengan parti itu semua mirip kepada 'fe'el' atau tingkah laku syaitan.......mungkin juga sebab itu 'Mamat Bendahara' itu berani menyamakan parti yang pernah diterajuinya itu dengan SYAITAN.

Mungkin disebabkan parti itu 'menghalalkan' rasuah, kronisme, penyelewengan, pembaziran, kezaliman, penindasan dan segala perangai mirip syaitan makan berani beliau samakan parti itu dengan SYAITAN. Tidak adakah perumpamaan lain yang lebih baik dan sesuai dianalogikan dengan parti yang ditubuhkan pada 1987 itu selepas diharamkan kerana masalah dalaman parti. Mungkin parti asal yang ditubuhkan pada 1946 tidak sama dengan syaitan tetapi parti baru yang ditubuhkan itu berperangai lebih kurang SYAITAN.

Mengambilkira pandangan seorang pemimpin parti yang disamakan dengan Malaikat, beliau menyatakan bahawa, "mungkin kerana terdesak, (Mamat) sanggup merlabelkan parti itu sebagai 'syaitan' yang lebih dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali, pada beliau rakyat mesti memilih parti itu yang lebih dikenali.

Apa yang boleh kita faham ialah, wajar pilih SYAITAN (walaupun jahat) keran ia dikenali berbanding MALAIKAT (maksum) yang tidak dikenali. Mana guru dan maulana yang mamat ini belajar sehingga berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tidak ada pula ulama-ulama besar dan Ulama Muda parti itu yang berani menegur, bekas 'pemimpin agung' parti mirip 'SYAITAN' itu. 

Gambar hanya sekadar hiasan.

27 August 2012

ADIK KESAL TAMRIN KELUAR UMNO : INI JAWAPAN BELIAU

Jawapan En Tamrin Tun Ghafar...A'kum Zainun I ve read ur statement in Utusan. 

Its ok I understand. I hanya tukar party bukan tukar Agama. Tengku Abd. Rahman dan Tun Husain Onn keluar UMNO dan mati d luar UMNO. 

Tun M dan Sanusi pun pernah keluar UMNO zaman Dollah dan masuk semula zaman Najib. Begitu juga dng Rais , T. Razaleigh dan ramai lagi. 

May b u all r not aware Abah pun hampir2 tuboh party baru dlm zaman Dr. M / Dollah. U can check wit Dtk. Bahador Shah n Dtk. Rahman Yunus . cc all family members. Salam.


26 August 2012

MAJLIS HARI RAYA PAS MELAKA MERIAH

Majlis Hari Raya PAS Negeri Melaka disambut meriah malam tadi di mana kira-kira 5,000 rakyat hadir menjamu selera dan beramah mesra dengan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Program yang berlangsung di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Melaka di Pekan Telok Mas bermula pada jam 7.00 malam hingga 10.00 malam. Orang ramai berpusu-pusu menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya sambil berbual mesra dan para pimpinan

Lebih menarik lagi, masyarakat kaumn Tionghua lebih awal datang iaitu sebaik sahaja program itu bermula kira-kira jam 7.00 malam.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam ucapan alu-aluannya melahirkan rasa syukur dan berterimakasih kepada rakyat pelbagai kaum yang berani mengunjungi jamuan Hari Raya PAS Negeri walaupun pelbagai momokan ditujukan kepada PAS oleh media arus perdana.

"PAS Negeri mengucapkan selamat hari raya kepada semua lapisan rakyat dan mengharapkan hubungan yang baik ini dapat ditafsirkan melalui sokongan tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti".

"Rakyat hari ini sebenarnya jauh lebih cerdik dan terbuka dari masa dahulu namun situasi ini gagal dibaca oleh BN yang terus menerus cuba memecah belahkan rakyat berbilang kaum di negara kita: ujar Adly.

Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah; Pengerusi DAP Melaka, YB Goh Leong San; Pimpinan PKR Negeri dan seluruh kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter