PARTI SYAITAN : SIAPA PEMIMPIN DAN AHLINYA


Terkejut juga bila mendengar seseorang menyamakan sebuah parti dengan  SYAITAN.dan parti lawannya dengan MALAIKAT.


Apakah agaknya yang menyebabkan orang ternama itu menyamakan parti yang dikatakan banyak jasa itu dengan nama SYAITAN yang dikenali ramai. Agaknya apa yang menyebabkan parti itu dikenali. Selepas ini parti itu akan lebih dikenali kerana nama glamournya 'parti syaitan'. Apakah pemimpin dan ahlinya juga sama perangai macam syaitan. Blog ini mendoakan supaya parti itu tidak sama dengan syaitan, pemimpin dan ahlinya pun bukan syaitan.

Tergamak 'orang itu' menyamakan partinya dengan syaitan yang memnag dikenali sebagai musuh Allah dan musuh manusia. Apa yang mendorong 'Mamat' itu menyamakan parti 'keramat'nya dengan syaitan. Apakah kerana perangai, perlembagaan. tingkah laku dan sebarang perkara yang dikaitkan dengan parti itu semua mirip kepada 'fe'el' atau tingkah laku syaitan.......mungkin juga sebab itu 'Mamat Bendahara' itu berani menyamakan parti yang pernah diterajuinya itu dengan SYAITAN.

Mungkin disebabkan parti itu 'menghalalkan' rasuah, kronisme, penyelewengan, pembaziran, kezaliman, penindasan dan segala perangai mirip syaitan makan berani beliau samakan parti itu dengan SYAITAN. Tidak adakah perumpamaan lain yang lebih baik dan sesuai dianalogikan dengan parti yang ditubuhkan pada 1987 itu selepas diharamkan kerana masalah dalaman parti. Mungkin parti asal yang ditubuhkan pada 1946 tidak sama dengan syaitan tetapi parti baru yang ditubuhkan itu berperangai lebih kurang SYAITAN.

Mengambilkira pandangan seorang pemimpin parti yang disamakan dengan Malaikat, beliau menyatakan bahawa, "mungkin kerana terdesak, (Mamat) sanggup merlabelkan parti itu sebagai 'syaitan' yang lebih dikenali lebih baik dari Malaikat yang tidak dikenali, pada beliau rakyat mesti memilih parti itu yang lebih dikenali.

Apa yang boleh kita faham ialah, wajar pilih SYAITAN (walaupun jahat) keran ia dikenali berbanding MALAIKAT (maksum) yang tidak dikenali. Mana guru dan maulana yang mamat ini belajar sehingga berani mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tidak ada pula ulama-ulama besar dan Ulama Muda parti itu yang berani menegur, bekas 'pemimpin agung' parti mirip 'SYAITAN' itu. 

Gambar hanya sekadar hiasan.

Comments