.

.

15 October 2011

Hebat negara kita PATI pun diberikan kursus usahawan

Malaysia memang hebat. Pendatan Tanpa Izin (PATI) pun diberikan kursus usahawan. Rakyat sendiri dibiarkan merempat tanpa haluan.
bangi resort foreigners citizenship 121011
Polis semalam menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, laporSinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.

“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Seperi kata Suhaizan Kayar dalam komennya kepada Malaysiakini, Istimewanya warga asing ini. Duduk di Johor Baharu dapat latihan keushawanan di Selangor. 

"Datang pagi petang dah settle. Kursus apa kalau setakat duduk-duduk aja kat resort itu? Jangan temberang lah" ujar Suhainzan

PASCA BAJET 2012 : Saya tak dapat apa

Saya tak dapat apa.....satu golongan sahaja yang untung ....

Kakitangan kerajaan adalah dapat, macam saya tak dapat apa....................................kata seorang peniaga. Bajet RM200 untuk kami tak cukup....kata pelajar

14 October 2011

Joo Yee kembali kepada Islam

Joo Yee mendapat hidayah memeluk Islam pada umur 18 tahun.

Ikuti kisah beliau. Tahniah kepada Joo Yee

I/C palsu : Lebih 10 bas bawa PATI dilihat di Melaka?

Sebanyak 10 buah bas dilihat membawa 'pendatang asing' di kawasan MITC, Ayer Keroh, Melaka pagi tadi. Sebaik menerima maklumat pasukan 'gerak cepat' kami bergegas ke kawasan terbabit untuk membuat penyiasatan.

Setelah meninjau beberapa ketika mereka mendapati bas-bas tersebut yang pada mulanya dikatakan 4 buah bas adalah sebenarnya membawa peserta dan pegawai-pegawai pasukan negara luar yang menyertai pertandingan Karate-Do antarabangsa di MITC.

Nasib baik pasukan kami membuat tinjauan rapi dan berhati-hati kalau tidak naya .............

Cerpen : Sanggah Allah

Aku termanggu sendirian di hujung bendul rumah, memikirkan kejadian manusia yang begitu hebat ciptaan Yang Maha Esa. Tidak terjangkau pemikiran ku tentang bagaimana manusia dicipta oleh ‘Arikitek’nya.

“Hebat sungguh manusia, tiada ciptaanNya yang sehebat manusia di dunia ini, cukup lengkap”

“Mana mungkin manusia dapat menandingi ciptaanNya walaupun sejuta saintis dan bijak pandai bergabung tenaga”  bisik hati.

Angin sepoi-sepoi bahasa terus menderu perlahan menyejukkan badanku yang tidak ditutup dengan baju, hanya kain sarung yang lusuh menjadi penahan seluruh anggotaku dari kesejukan.

Lantas aku teringat sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud sesungguh Allah menjadikan insane iaitu manusia dengan sebaik-baik kejadian.

“Surah berapa, ayat berapa, aku pun dah tak ingat, yang pasti ianya dalam Juz Amma atau dipanggil ‘Jahama’ oleh orang kampongku” getus hatiku.

Allah sendiri menegaskan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah. Manusia ada anggota badan, mata, telinga dan yang lebih penting manusia ada akal fikiran yang sepatutnya mampu memandu manusia menjadi insan yang taat kepada Allah dan tidak menyanggah apa yang diperintahkanNya.

Namun aku sendiri hingga ke saat ini tidak mengerti mengapa manusia berani menentang Allah, berani melawan suruhan Allah, berani melakukan perkara yang dimurkai Allah, berani melupakan Allah.

“Mengapa, mengapa, mengapa” tiada jawapan tepat yang dapat aku berikan untuk memujuk hatiku yang terus tertanya-tanya.

Apakah manusia tiada ilmu, tiada akal atau memang manusia ini jenis hamba Allah yang degil dank eras kepada?

Masih tengiang-ngiang di teligaku ketika aku menghabiskan masa di Kedai Kopi hujung kampong pagi tadi, bagaimana seorang yang aku kenali dengan berani mengeluarkan kenyataan yang menggerunkan aku.

“Memang tak ada kerja lainlah PAS ini, hudud, hudud, hudud tak faham ke, Malaysia ini Negara majmuk hudud mana sesuai, kalau laksanakan hudud alamat ramai yang kudung kaki tangan”.

“Habislah rakyat Malaysia jadi cacat, ini zalim dan tak adil, nanti makin ramai OKU jenuh kerajaan nak keluar duit beri makan mereka” kata seorang yang aku kenali agak rapat dengan ayah aku sendiri.

“Engkau tengok ini dalam surat khabar ini, pemimpin kita pun dah bagitau hukum hudud ini tidak sesuai sebab rakyat kita majmuk dan mereka tidak faham apa itu hudud”

“Kerajaan pusat tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjalankan hukum hudud” tambah orang itu tanpa rasa bersalah dan bersahaja.

Berderau darah aku mendengar percakapan orang tua itu. Setahu aku dari apa yang aku dengar, Ustaz Amin guru agamaku pernah berkata rosak akidah dan iman seseorang yang memperlekehkan hukum Allah dan menghina hokum Allah malahnya ianya boleh jatuh murtad.

Aku sendiri tidak berani menjatuhkan hukuman. Cuma aku bimbang dan takut dengan apa yang diperkatakan oleh orang itu.

“Mengapa beliau berkata begitu, kalau tak tahu hukum agama, jangan bercakap pasal agama, butuk padahnya” kataku di dalam hati.

“Lebih baik jangan bercakap, banyak bercakap lagi banyak sesatnya khasnya dalam hal yang kita sendiri jahil dan bebal” bisikku kepada seorang rakanku yang kelihatan terkejut mendengar percakapan orang itu.

Ini bukan soal parti atau politik, ini adalah soal maruah agama Islam dan kedaulatannya. Berani orang yang mengaku beragama Islam mempersenda-sendakan hukum hudud.

Bersambung ………….

13 October 2011

RM1 juta untuk Sekolah Harapan, Apakah ianya menyelesaikan masalah?


Peruntukan untuk Sekolah Harapan Melaka yang menempatkan wanita hamil luar nikah ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini.

Kebanyakkan pelajar yang menginap di Sekolah Harapan terdiri daripada mereka yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini seramai empat orang menduduki peperiksaan PMR dan empat orang bakal menduduki SPM tidak lama lagi pada November ini.

Banyak sekali duit rakyat dihabiskan untuk menanggung wanita hamil luar nikah ini. Banyak benda yang boleh kita buat dengan wang RM1 juta ini. Persoalannya sekarang apakah dengan penubuhan Sekolah Harapan masalah zina, mengandung luar nikah, maksiat dan sebagainya selesai,

Apa pula tindakan kerajaan Melaka untuk mengatasi masalah zina ini?????

Gambar : Penyelia Dun Bukit Baru dalam lawatannya ke Sekolah Harapan baru-baru ini

820,156 pengundi baru : Sah PR akan tumbang dengan mudah pada PRU 13?


Bila melihat bilangan pemilih baru yang luar biasa iaitu 920,156 ramai yang tidak percaya dan gusar kerana apakah mereka ini pengundi hantu atau warganegara luar yang diberikan kerakyatan dan didaftarkan sebagai pengundi.
Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu.
Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.
Dari mana datangnya pengundi-pengundi baru ini. Hebat sungguh kesedaran politik mereka. Apa yang mendorong mereka begitu berminat untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.
Kesangsian demi kesangsian bermain di otak dan lubuk hati tentang kejujuran dan amanah SPR kerana sudah banyak kali mereka 'kanto', Hanya satu yang menjadi tempat kita mengadu iaitu kepada Allah. Kita berdoa supaya Allah memberikan hidayah kepada penipu dan perompak hak rakyat ini. Jika mereka tidak mahu bertaubat kita berdoa agar mereka dihukum oleh Allah samada di dunia atau akhirat.

Jangan adakan Pilihanraya sekarang, SPR akui daftar pemilih pincang?

spr putrajaya penanti by election abdul aziz yusof 270409 02Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan  mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.



Ini bermakna sahlah bahawa daftar pemilih pincang dan mengelirukan dengan lambakan pemilih yang tidak lengkap, meragukan dan mengelirukan.


Saya yakin 40,000 pemilih yang bermasalah tetapi lebih dari itu. Tetapi oleh kerana SPR tidak bermaruah mereka tetap mempertahankan semua kecelariuan ini. 


Sepatutnya jika SPR benar-benar telus dan bermaruah, jika seorang pemilih pun yang mengelirukan mereka meminta maaf dan akan menyelesaikan perkara tersebut secara telus dan professional. Malah sudah tentu mereka akan memberi jaminan bahawa Pilihanraya umum tidak akan diadakan selagi daftar pemilih tidak bersih. Ini bukan seorang tetapi puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu.


Apa punya SPR da???

Kurang ajar beri IC pada pendatang

Jika benar berlaku pemberian secara borong IC dan hak mengundi, ini merupakan suatu tindakan kurang ajar.
Kita dengar banyak cerita tentang.Kita harap mereka yang melakukan perkara ini mendapat balasan setimpal dari Allah jika benar mereka mahu menipu dan memperdaya rakyat.

12 October 2011

Parti KITA gali kubur sendiri di 3 negeri


Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan menggali kuburnya sendiri dengan meletakkan calon tempatan untuk bertanding di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Rakyat sudah pasti tidak akan memberikan kemenangan kepada parti yang dipimpin oleh kaki lompat seperti Zaid Ibrahim. Rakyat Malaysia sudah mengenali siapa Zahid dan anggota-anggota parti KITA ini.

Semalam Pengerusinya, Datuk Zaid Ibrahim berkata, pihaknya kini meneliti calon yang berpotensi boleh menang dan menjadi perintis kekuatan parti berkenaan dalam arena politik pada masa akan datang.

Menurutnya, calon yang dipilih adalah anak tempatan yang berwibawa, dihormati, bertanggungjawab dan diterima oleh semua lapisan masyarakat di kawasan masing-masing.

PRA PRU 13 : Kenapa JANGAN SOKONG UMNO/BN? - Bahagian 4


  • Wang Felda susut sebanyak RM2.73b(Tahuin 2004 Felda mempunyai RM4.08 bilion tetapi susut kepada RM1.35bilion pada 2009). Wang itu dihabiskan untuk tanam semula RM2.0 bilion, pembinaan bangunan Felda bersebelahan KLCC RM662 juta dan pembasmian kemiskinan di Sabah RM253 juta.
  • Umno gagal mengatasi masalah rasuah. Sebagai buktinya - Laporan Ketua Audit Negara 2008 menyatakan bahawa negara kerugian sebanyak RM28 bilion setahun akibat rasuah.
  • 54 tahun merdeka masalah akhlaq. moral dan maksiat semakin parah. Anak haram pada tahun 2009 mencecah 17,303 orang. Secara puratanya 48 orang dilahirkan setiap hari, 2 orang setiap jam. Ini bermakna sekurang-kurangnya terdapat 34,606 penzina setahun.
  • Membiarkan gejala ketagihan arak apabila dinyatakan bahawa kira-kira RM1.7 bilion digunakan untuk arak di mana negara kita menduduki tangga ke 10 tertinggi di dunia dari jumlah peminuman arak.

11 October 2011

PRA PRU 13 : Kenapa JANGAN SOKONG UMNO/BN? - Bahagian 3


  • Tun Mahathir kata Umno sudah busuk sampai ke usus sukar hendak diubati
  • Tun Musa Hitam kata Umno dilanda penyakit 'ketuaan' ertinya sudah sampai umur nyanyuk
  • Kewujudan PERKASA menunjukkan Umno gagal membela Melayu
  • Umno/BN merestui industri judi di negara ini. Buktinya untuk tahun 2009 jumlah cukai judi ialah RM2.3 bilion. 
  • Umno 'pandai' memerintah sebab itu hutang negara meningkat kepada RM450bilion iaitu seorang rakyat menanggung hutang sebanyak RM40,000.
  • Umno membazir wang rakyat sebanyak RM77juta untuk mengupah syarikat Yahudi APCO.

70,000 - 80,000 pelajar tercicir, APA TINDAKAN KERAJAAN?

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong berkata kira-kira 70,000 hingga 80,000 pelajar tidak menghabiskan pengajian mereka samada di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. Antara puncanya ialah pelajar tidak berminat untuk belajar dan juga kerana masalah kesempitan hidup.

Ini merupakan suatu angka yang sangat besar dan membimbangkan. Mana mungkin sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju tidak lama lagi mempunyai bilangan yang begitu ramai tidak menamatkan persekolahan mereka.

Saya menggesa kerajaan membuat kajian terperinci dan mencari sebab sebenar mengapa pelajar ini tidak berminat untuk belajar dan kedua mengkaji mengapa mereka tidak diberi bantuan sekiranya mereka tiada duit untuk bersekolah.

Kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap fenomena yang tidak sihat ini kerana kita tidak mahu negara dibebani dengan masalah rakyat yang tidak berpelajaran asas. Kita bimbang mereka ini akan menjadi kutu rayau, kaki lepak dan mungkin terlibat dengan masalah sosial, maksiat dan jenayah.

Hudud terus DIFITNAH, DAP kutuk sekeras-kerasnya tindakan ini


Terdapat pihak-pihak tertentu terus memfitnah hukum  hudud dengan menggambarkan betapa ganasnya hukum Islam di mata rakyat.

Gambar-gambar fitnah yang menggambarkan Tok Guru Nik Abdul Aziz memotong kepala Lim Guan Eng dan memotong tangan Chua Jui Meng ditaburkan di beberapa tempat.

Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh orang yang membenci hukum Islam. Jika perkara ini dilakukan oleh umat Islam ia merupakan tindakan yang malang kerana memburuk-burukkan hukum Islam.

Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke telah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dalam Sidang Media beliau di Parlimen hari ini.

10 October 2011

PASCA BAJET 2012 : 33 % rakyat Sarawak masih tiada elektrik

Setelah 54 tahun merdeka hanya 33 % sahaja penduduk Sarawak mendapat bekalan tenaga elektrik. Nampaknya ternyata Sarawak dianak tirikan walaupun setelah begitu lama merdeka.

Sumber : Ucapan YB Tony Pua.

Jika PR menang di Perak, apa salahnya Nizar jadi MB?


Agendadaily cuba melaga-laga parti komponen PR di Perak dengan membangkitkan isu Nizar boneka DAP, DAP belakangi PKR dan PAS serta banyak lagi.
Ternyata BN begitu takut dengan tindakan DAP yang awal-awal lagi menamakan Nizar sebagai bakal MB jika PR menang.


Hari ini Agendadaily mengeluarkan artikel menyatakan bahawa peluang calon PKR ataupun DAP menjadi Menteri Besar Perak kini nampak macam tertutup rapat.
Menurut Agendadaily ini adalah ekoran dari keputusan DAP berkehendakkan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin diberi peluang mengekalkan kedudukannya jika pakatan pembangkang menang semula negeri itu dalam pilihanraya umum  ke13.
DAP Perak yang mahu menunjukan kuasa “veto” dalam hal-hal perlantikan Menteri Besar Perak telah mendapat “endorsement” dari DAP Pusat.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengesahkan kepada media bahawa parti itu dalam mesyuarat hari ini (Ahad) menyokong penuh perlantikan Nizar jika pembangkang berjaya memerintah semula Perak.
Begitulah laporan Agendadaily yang bersifat jahat dan batu api.
Saya yakin DAP, PAS dan PKR sudah matang dengan permainan politik Umno/BN dan pencacai-pencacai mereka. Nizar adalah merupakan antara calon terbaik yang boleh diangkat menjadi MB seperti yang telah dibuktikan oleh beliau selama 11 bulan memimpin kerajaan negeri Perak tanpa sebarang masalah.
Malah dalam PR sendiri semua perkara akan dibincang secara terbuka dan telus tiada masalah.
Nota : Ilustrasi yang disiarkan oleh Agendadaily  seperti di atas adalah berniat jahat mempunyai mesej menggambarkan Nizar adalah boneka DAP.

PRA PRU 13 : Kenapa JANGAN SOKONG UMNO/BN? - Bahagian 2


  • Orang agama dalam Umno hanya bersifat kupang tembaga. Peranan golongan agama hanya untuk menjadi 'peluru' melawan PAS, baca doa, tahlil dan marhaban. Suara mereka tidak diendahkan hatta fatwa mufti pun diketepikan, Contohnya pengharama Jom Heboh
  • Dasar bumiputera sebenarnya adalah Umnoputera. Akhirnya hak orang lain dibolot oleh Umnoputera yakni menindas orang lain khususnya orang yang berlainan ideologi. Akibatnya matlamat DEB gagal ekonomi orang Melayu jauh ketinggalan
  • Diskriminasi terhadap kerajaan negeri yang tidak sehaluan dengan kerajaan pusat sangat ketara. Contohnya penafian royalti kepada Kelantan dan pemberian wang perka pita dilengah-lengahkan.
  • Khianat bangsa sendiri. Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu dengan mempernalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2003.
  • Politik khianat bangsa, yang penting ialah kuasa, contohnya persempadanan baru pilihanraya pada 2003 untuk PRU 2004 di mana negeri Kelantan dan Terengganu tidak mendapat tambahan kawasan Parlimen baru.
  • Umno mengajar rakyat dengan politik rasuah ketika pemilihan Umno dan kempen pilihanraya umum atau kecil. Sehingga ada pemimpin utama mereka disabitkan dengan rasuah antaranya Ali Rustam dan Isa Samad.

Pemimpin dan penyokong PR mesti belajar Bahasa Bangla, Nepal, India dan Vietnam

Saya mencadangkan kepada penyokong dan pemimpin PR supaya belajar bahasa-bahasa asing antaranya Bahasa Bangladesh, Nepal, Tamil dan Vietnam secepat mungkin. Ianya sangat penting kerana pengundi-pengundi pada PRU 13 nanti akan terdiri dari Pendatang Tanpa Izin atau Pendatang Dengan Izin dari negara-negara tersebut yang sedang membanjiri daftar pemilih akibat dari kebobrokan yang dilakukan pihak tertentu.

Maka sangatlah wajar pemimpin, juru kempen, ahli dan sesiapa sahaja yang menyokong PR belajar bahasa-bahasa bagi memudahkan kita berkomiunikasi dan berkempen kepada pengundi-pengundi tersebut.

Kita tidak ada pilihan lamn selain belajar bahasa-bahasa tersebut kerana bilangan mereka yang didaftarkan mencecah ratusan ribu. Siapa punya angkara ini, sewenang-wenangnya memberikan kerakyatan dan kuasa pengundi secara percuma.

Tidak hairanlah kalau suatu hari nanti Mat Bangla (Merah, Hijau) akan menjadi Perdana Menteri.

PRA PRU 13 : Kenapa JANGAN SOKONG UMNO/BN? - Bahagian 1

Kenapa jangan sokong Umno/BN?

  • Islam tidak menjadi dasar, akhirnya banyak perkara yang dilaksanakan semasa berkuasa bertentangan dengan Islam
  • Dasar Umno/BN pragmatis (ikut suasana). Mana yang boleh untung ia akan ikut. Contohnya Bank Islam
  • Islam hanya kuda tunggangan Umno/BN, terutama di kawasan yang kuat agama contohnya Muhyiddin Yassin mengatakan undi BN juga masuk syurga ketika kempen PRK Manek Urai
  • Akhlaq pemimpin yang terlibat dengan skandal yang mengiabkan seperti yang berlaku kepada bekas Ahli Parlimen Gombak, Ahli Parlimen Ampang dan Ketua Wanita Umno Kelang.
  • Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpul kekayaan bukan untuk membela agama dan rakyat.

09 October 2011

Al Fatihah : Pak Sheikh Veteran PAS pulang ke Rahmatullah

Jasin : PAS Melaka kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak berjasa khususnya kepada PAS Kawasan Jasin apabila Hj Said Omar atau lebih  dikenali sebagai Pak Sheikh, 72 tahun pulang ke rahmatullah pukul 5.00  petang ini di Hospital Besar Melaka akibat penyakit kencing manis. 

Allahyarham merupakan bekas calon PAS Dun Serkam pada Pilihanraya Umum 1995 di mana beliau tewas kepada Ahli Parlimen Jasin sekarang Dato Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,117 undi. Allahyarham memperolehi 2427 undi manakala Dato Ahmad Hamzah mendapat 6594 undi.

Ketokohan Allahyarham memang disegani oleh kawan dan lawan di mana beliau pernah diamanah dengan pelbagai jawatan antaranya Yang Dipertua PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jasin serta lain-lain jawatan di peringkat cawangan. Sehingga ke akhir hayatnya terus istiqamah menjadi Penasihat kepada PAS Cawangan Serkam.

Allahyarham cukup dikenali di kawasan Serkam kerana menjadi Guru Agama di Surau Umri Serkam (gambar) selain menjadi Pengerusi surau yang sama. Sejak dari muda beliau menghidupkan kelas pengajian agama di surau tersebut yang amat terkenal di Melaka. 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 9 malam ini di Kampung Serkam Pantai Jasin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah

'PENGGANAS SERANG CERAMAH PAS DI MELAKA MALAM INI?


Saya mendapat maklumat kemungkinan pasukan 'pengganas' akan menyerang ceramah PAS di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru malam ini. Menurut maklumat itu ianya didalangi oleh kumpulan yang sama seperti di Rembau, Negeri Sembilan dan juga sebuah parti yang tidak tahu malu.


Adalah diharapkan pihak terbabit tidak meneruskan hajat mereka (jika benar) kerana PAS bukannya hendak bergaduh dan membuat kacau. Kita berpolitik secara matang dan professional. PAS dari dahulu tetap bersabar walaupun banyak kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu malah gangguan itu kadang-kadang dilakukan sendiri oleh Ketua Menteri Mohd Ali Rustam.

Bagi PAS tidak ada gunanya melayan kerenah budak-budak kecil seperti ini kerana kita sudah matang. Kita berlawan hujah dengan hujah bukan hujah dengan membuat kacau, memekik-mekik dan memaki hamun. Hampir setiap kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu oleh anasir-anasir dan spesis budak-budak ini. Tetapi kita tetap sabar tidak melayan orang 'putus wayar' macam ini kerana kalau dilayan kita juga akan 'putus wayar' macam mereka.

Saya menjemput kepimpinan Umno Melaka supaya duduk sepentas dengan penceramah PAS malam ini untuk kita berhujah di depan rakyat walaupun penceramah PAS malam ini hanya bertaraf Exco Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi kita yakin beliau mampu untuk berhujah dengan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tidak perlulah Umno mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS, alangkah elok kalau kita berceramah di atas pentas yang sama di mana rakyat akan dapat menilai hujah kita masing-masing. Kita mungkin tidak perlu berdebat kerana sememangnya Ketua Menteri Melaka takut untuk berdebat walaupun dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS sebelum ini.

Nota : Gambar di atas hanyalah hiasan

Kepada pihak berkuasa iaitu Polis saya mengharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, telus dan saksama tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Saya pohon supaya pengacau dan penganggu ceramah kami malam ini disurai dan diarahkan supaya pulang dan tidak membuat kacau dan onar pada majlis kami.

LYNAS : Polis masih berperangai lama bermusuh dengan rakyat


Polis bertindak tidak professional apabila menyuraikan perhimpunan kira-kira 2,000 rakyat yang membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi , Lynas Corp. di Gebeng.

Dinamakan "Himpunan Hijau 109", penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceramah membuat ucapan, suatu tindakan yang disifatkan tidak professional. 


Rakyat hanya berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji yang dikhuatiri memberikan kesan pendedahan radioaktif kepada manusia.


Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi atas alasan  terdapat program khidmat negara.


Pihak Majlis Perbandaran Kuantan bertindak merobohkan khemah yang didirikan pengajur.


Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap mengadakan perhimpunan seperti yang dirancang bermula jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis.


Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat".


Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof  bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. 


Presiden Persatuan Melindungi Alam Sekitar Sabah (SEPA), Wong Tack berkata dalam sebuah negara demokratik rakyat berhak untuk berganding bahu to menyuarakan pandangan, 


"Kami sangat dukacita kerana permit perhimpunan ditarik balik, ini tidak betul" katanya kesal.

Bajet 2012 : Jangan PISANG BERBUAH beberapa kali, JANGAN DITIPU LAGI

Rakyat Malaysia sepatutnya sudah serik dan faham benar dengan sikap kerajaan BN yang seringkali memnohongi dan memperdayakan rakyat. Sudah berapa kali rakyat ditipu. Contoh paling besar ialah tindakan menaikkan harga minyak dan kegagalan mengawal harga barangan. 

Seringkali pemimpin BN menafikan akan berlakunya kenaikan harga minyak dan harga barangan tetapi tidak lama selepas penafian itu harga minyak dan harga barangan naik melambung menyebabkan rakyat makin derita dan sengsara.

Apakah rakyat masih mahu terus ditipu oleh kerajaan BN untuk kesekian kalinya. 
Jumaat lalu sekali lagi kerajaan BN menjanjikan pelbagai 'gula-gula' kepada rakyat. Memang kita tidak menafikan banyak manfaat dan nikmat yang dinyatakan oleh Najib untuk rakyat. Tetapi rakyat harus ini ada beberapa p-perkara penting yang tidak dinyatakan oleh Najib. Antara yang terbesar yang sudah pasti akan mempengaruhi kesejahteraan hidup rakyat ialah tentang harga minyak dan barangan. Perdana Menteri hanya menggariskan bahawa barangan keperluan dan minyak telah diberikan subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Beliau tidak pula memberi jaminan bahawa harga barangan dan minyak itu tidak dinaikkan.
Maknanya tiada peruntukan subsidi tambahan untuk memastikan harga barangan makanan dan minyak akan diturunkan atau dikekalkan. Ia boleh dinaikkan pada bila-bila masa. Selain itu cukai GST juga akan dilaksanakan dan sudah tentu akan menambahkan beban rakyat. Maksudnya kenaikan gaji kakitangan awam dan bantuan 'one off' kepada sesetengan pihak tidak ada maknanya jika harga barang dan minyak akan terus naik. Apatah lagi kepada kakitangan swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji sudah tentu mereka makin tertekan.
Saya setuju benar dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Malaysia yangl menyifatkan Bajet 2012 diumumkan JUmaat lalu sebagai belanjawan pilihan raya dengan pelbagai pemberian’gula-gula’ oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka pendek, Pemuda PAS mendakwa kesannya akan membebankan orang ramai setelah selesai pilihan raya umum ke-13.
Ketua Pemuda PAS< Nasruddin Hassan berkata sebelum pilihan raya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihan raya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti.
Menurunya selesai sahaja pilihan raya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai.
Permainan seperti itu, menurut beliau, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu.
Malah sekarang pun, kata Nasrudin, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri.
Beliau sependapat dengan saya di mana tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai.
Kata beliau, kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012.
Bajet 2012 dengan dana RM232.8 bilion dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi bajet tersebut, jelas beliau, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.
Nasrudin menambah, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.
Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihan raya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang.
Katanya, ketidakikhlasan kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang.
Pada hal menurutnya mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan.
Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan.
Katanya, sungguhpun begitu, Pemuda PAS tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran.
Tambahnya lagi, sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar. Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat.

Najib KENA TIPU lagi?


Perdana Menteri Najib Razak kelihatan gembira dengan sambutan rakyat ketika melawat Ijok dan Gombak semalam. Diberitakan begitu ramai sekali rakyat yang turun menyambut beliau.



Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut
dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".


Memulakan lawatannya di Ijok pagi semalam,  Najib Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.

Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya semalam- Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ternyata sekali lagi Najib ditipu oleh pengampu beliau di Selangor di ketuai oleh Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain. Orang ramai yang hadir tersebut seperti biasa diupah dan diangkut ke tempat program, Majoritinya hadir hanya kerana adanya umpan, Ada juga yang dipaksa oleh majikan dan pihak atasan. Ini semua sudah menjadi skrip dan skema lawatan Najib ke seluruh negara. Jika tiada umpan dan paksaan sudah tentu tidak ramai yang secara suka rela datang menyambut pemimpin seperti Najib yang sudah lama dikenali rakyat.

Walaupun Najib berkali-kali berkata jangan syok sendiri dan jangan cuba menipu beliau tetapi hakikatnya setiap kali lawatannya bertemu rakyat walau di mana jua, beliau sering ditipu oleh pengampu-pengampunya.

Hakikatnya rakyat di negeri Selangor sebenarnya amat senang dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika BN menang di Selangor sudah tentu kemenangan itu didorong oleh faktor lain yang bersalahan dengan undang-undang.

Najib wajar masuk PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam)

Perdana Menteri, Najib Razak wajar menyambung pelajarannya di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kerana tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi slogan dan manifesto terbaru PAS. Kalau tidak faham jangan bercakap nanti ditertawakan oleh budak PASTI. 


Najib melihat  bahawa Negara Berkebajikan hanyalah sebuah kerajaan yang membela rakyat dengan memberi bantuan kepada mereka sedangkan konsep Negara Berkebajikan jauh dari itu iaitu mencakupi persediaan pemimpin dan rakyat dari dunia hingga Akhirat.
Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.
Presiden PAS menggariskan beberapa perkara penting yang mesti ada pasa sebuah Negara Berkebajikan :
Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti.
Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil.
Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan. 
Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan.
Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional.
Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS.
Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata.

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..


Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seora
ng ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.

Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.

“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua Balaba




Dipetik dari FB Dr Abdul Razak
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter