Bajet 2012 : Jangan PISANG BERBUAH beberapa kali, JANGAN DITIPU LAGI

Rakyat Malaysia sepatutnya sudah serik dan faham benar dengan sikap kerajaan BN yang seringkali memnohongi dan memperdayakan rakyat. Sudah berapa kali rakyat ditipu. Contoh paling besar ialah tindakan menaikkan harga minyak dan kegagalan mengawal harga barangan. 

Seringkali pemimpin BN menafikan akan berlakunya kenaikan harga minyak dan harga barangan tetapi tidak lama selepas penafian itu harga minyak dan harga barangan naik melambung menyebabkan rakyat makin derita dan sengsara.

Apakah rakyat masih mahu terus ditipu oleh kerajaan BN untuk kesekian kalinya. 
Jumaat lalu sekali lagi kerajaan BN menjanjikan pelbagai 'gula-gula' kepada rakyat. Memang kita tidak menafikan banyak manfaat dan nikmat yang dinyatakan oleh Najib untuk rakyat. Tetapi rakyat harus ini ada beberapa p-perkara penting yang tidak dinyatakan oleh Najib. Antara yang terbesar yang sudah pasti akan mempengaruhi kesejahteraan hidup rakyat ialah tentang harga minyak dan barangan. Perdana Menteri hanya menggariskan bahawa barangan keperluan dan minyak telah diberikan subsidi oleh kerajaan sejak sekian lama. Beliau tidak pula memberi jaminan bahawa harga barangan dan minyak itu tidak dinaikkan.
Maknanya tiada peruntukan subsidi tambahan untuk memastikan harga barangan makanan dan minyak akan diturunkan atau dikekalkan. Ia boleh dinaikkan pada bila-bila masa. Selain itu cukai GST juga akan dilaksanakan dan sudah tentu akan menambahkan beban rakyat. Maksudnya kenaikan gaji kakitangan awam dan bantuan 'one off' kepada sesetengan pihak tidak ada maknanya jika harga barang dan minyak akan terus naik. Apatah lagi kepada kakitangan swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji sudah tentu mereka makin tertekan.
Saya setuju benar dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Malaysia yangl menyifatkan Bajet 2012 diumumkan JUmaat lalu sebagai belanjawan pilihan raya dengan pelbagai pemberian’gula-gula’ oleh kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka pendek, Pemuda PAS mendakwa kesannya akan membebankan orang ramai setelah selesai pilihan raya umum ke-13.
Ketua Pemuda PAS< Nasruddin Hassan berkata sebelum pilihan raya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihan raya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti.
Menurunya selesai sahaja pilihan raya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai.
Permainan seperti itu, menurut beliau, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu.
Malah sekarang pun, kata Nasrudin, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri.
Beliau sependapat dengan saya di mana tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai.
Kata beliau, kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012.
Bajet 2012 dengan dana RM232.8 bilion dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi bajet tersebut, jelas beliau, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya.
Nasrudin menambah, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini.
Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihan raya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang.
Katanya, ketidakikhlasan kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang.
Pada hal menurutnya mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan.
Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan.
Katanya, sungguhpun begitu, Pemuda PAS tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran.
Tambahnya lagi, sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar. Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu.
Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat.

Comments

faizal hashim said…
betol tue....wahai rakyat malaysia....pilihlah pemimpin yang akan menjamin kesejahteraan didunia dan diakhirat..jangan pilih pemimpin yg jahil tntng agama..bercakap mengenai dunia semata mata..