'PENGGANAS SERANG CERAMAH PAS DI MELAKA MALAM INI?


Saya mendapat maklumat kemungkinan pasukan 'pengganas' akan menyerang ceramah PAS di Kg Bukit Pulau, Bukit Baru malam ini. Menurut maklumat itu ianya didalangi oleh kumpulan yang sama seperti di Rembau, Negeri Sembilan dan juga sebuah parti yang tidak tahu malu.


Adalah diharapkan pihak terbabit tidak meneruskan hajat mereka (jika benar) kerana PAS bukannya hendak bergaduh dan membuat kacau. Kita berpolitik secara matang dan professional. PAS dari dahulu tetap bersabar walaupun banyak kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu malah gangguan itu kadang-kadang dilakukan sendiri oleh Ketua Menteri Mohd Ali Rustam.

Bagi PAS tidak ada gunanya melayan kerenah budak-budak kecil seperti ini kerana kita sudah matang. Kita berlawan hujah dengan hujah bukan hujah dengan membuat kacau, memekik-mekik dan memaki hamun. Hampir setiap kali ceramah PAS di Kawasan Bukit Katil diganggu oleh anasir-anasir dan spesis budak-budak ini. Tetapi kita tetap sabar tidak melayan orang 'putus wayar' macam ini kerana kalau dilayan kita juga akan 'putus wayar' macam mereka.

Saya menjemput kepimpinan Umno Melaka supaya duduk sepentas dengan penceramah PAS malam ini untuk kita berhujah di depan rakyat walaupun penceramah PAS malam ini hanya bertaraf Exco Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi kita yakin beliau mampu untuk berhujah dengan Ketua Menteri Melaka yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tidak perlulah Umno mengadakan ceramah di sebelah ceramah PAS, alangkah elok kalau kita berceramah di atas pentas yang sama di mana rakyat akan dapat menilai hujah kita masing-masing. Kita mungkin tidak perlu berdebat kerana sememangnya Ketua Menteri Melaka takut untuk berdebat walaupun dicabar beberapa kali oleh pimpinan PAS sebelum ini.

Nota : Gambar di atas hanyalah hiasan

Kepada pihak berkuasa iaitu Polis saya mengharapkan mereka dapat menjalankan tugas dengan adil, telus dan saksama tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Saya pohon supaya pengacau dan penganggu ceramah kami malam ini disurai dan diarahkan supaya pulang dan tidak membuat kacau dan onar pada majlis kami.

Comments

Unknown said…
puak-puak pengganas ini dpt dukungan dari PDRM. tulah yang pelik. sepatutnya ceramah itu dipantau keselamatannya, tapi tidak, mereka ganggu gugat, ni tentu li ketam punya hal. mereka ingat melaka tu hebat benar. apa projek semua dah sangkut.bagilah orang mendengar cerita baik-baik, bukan disekat, kalau anda kalah p.raya nanti bagaimana? nak hancur lebur macam Mesirkah? rasa-rasa Umno akan buat bila terdesak.