70,000 - 80,000 pelajar tercicir, APA TINDAKAN KERAJAAN?

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong berkata kira-kira 70,000 hingga 80,000 pelajar tidak menghabiskan pengajian mereka samada di peringkat sekolah rendah maupun sekolah menengah. Antara puncanya ialah pelajar tidak berminat untuk belajar dan juga kerana masalah kesempitan hidup.

Ini merupakan suatu angka yang sangat besar dan membimbangkan. Mana mungkin sebuah negara yang mengaku akan menjadi negara maju tidak lama lagi mempunyai bilangan yang begitu ramai tidak menamatkan persekolahan mereka.

Saya menggesa kerajaan membuat kajian terperinci dan mencari sebab sebenar mengapa pelajar ini tidak berminat untuk belajar dan kedua mengkaji mengapa mereka tidak diberi bantuan sekiranya mereka tiada duit untuk bersekolah.

Kerajaan mesti bertanggungjawab terhadap fenomena yang tidak sihat ini kerana kita tidak mahu negara dibebani dengan masalah rakyat yang tidak berpelajaran asas. Kita bimbang mereka ini akan menjadi kutu rayau, kaki lepak dan mungkin terlibat dengan masalah sosial, maksiat dan jenayah.

Comments