.

.

09 October 2011

Al Fatihah : Pak Sheikh Veteran PAS pulang ke Rahmatullah

Jasin : PAS Melaka kehilangan seorang lagi tokoh yang banyak berjasa khususnya kepada PAS Kawasan Jasin apabila Hj Said Omar atau lebih  dikenali sebagai Pak Sheikh, 72 tahun pulang ke rahmatullah pukul 5.00  petang ini di Hospital Besar Melaka akibat penyakit kencing manis. 


Allahyarham merupakan bekas calon PAS Dun Serkam pada Pilihanraya Umum 1995 di mana beliau tewas kepada Ahli Parlimen Jasin sekarang Dato Ahmad Hamzah dengan majoriti 4,117 undi. Allahyarham memperolehi 2427 undi manakala Dato Ahmad Hamzah mendapat 6594 undi.

Ketokohan Allahyarham memang disegani oleh kawan dan lawan di mana beliau pernah diamanah dengan pelbagai jawatan antaranya Yang Dipertua PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jasin serta lain-lain jawatan di peringkat cawangan. Sehingga ke akhir hayatnya terus istiqamah menjadi Penasihat kepada PAS Cawangan Serkam.

Allahyarham cukup dikenali di kawasan Serkam kerana menjadi Guru Agama di Surau Umri Serkam (gambar) selain menjadi Pengerusi surau yang sama. Sejak dari muda beliau menghidupkan kelas pengajian agama di surau tersebut yang amat terkenal di Melaka. 

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 9 malam ini di Kampung Serkam Pantai Jasin. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al Fatihah

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter