Jika PR menang di Perak, apa salahnya Nizar jadi MB?


Agendadaily cuba melaga-laga parti komponen PR di Perak dengan membangkitkan isu Nizar boneka DAP, DAP belakangi PKR dan PAS serta banyak lagi.
Ternyata BN begitu takut dengan tindakan DAP yang awal-awal lagi menamakan Nizar sebagai bakal MB jika PR menang.


Hari ini Agendadaily mengeluarkan artikel menyatakan bahawa peluang calon PKR ataupun DAP menjadi Menteri Besar Perak kini nampak macam tertutup rapat.
Menurut Agendadaily ini adalah ekoran dari keputusan DAP berkehendakkan mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin diberi peluang mengekalkan kedudukannya jika pakatan pembangkang menang semula negeri itu dalam pilihanraya umum  ke13.
DAP Perak yang mahu menunjukan kuasa “veto” dalam hal-hal perlantikan Menteri Besar Perak telah mendapat “endorsement” dari DAP Pusat.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengesahkan kepada media bahawa parti itu dalam mesyuarat hari ini (Ahad) menyokong penuh perlantikan Nizar jika pembangkang berjaya memerintah semula Perak.
Begitulah laporan Agendadaily yang bersifat jahat dan batu api.
Saya yakin DAP, PAS dan PKR sudah matang dengan permainan politik Umno/BN dan pencacai-pencacai mereka. Nizar adalah merupakan antara calon terbaik yang boleh diangkat menjadi MB seperti yang telah dibuktikan oleh beliau selama 11 bulan memimpin kerajaan negeri Perak tanpa sebarang masalah.
Malah dalam PR sendiri semua perkara akan dibincang secara terbuka dan telus tiada masalah.
Nota : Ilustrasi yang disiarkan oleh Agendadaily  seperti di atas adalah berniat jahat mempunyai mesej menggambarkan Nizar adalah boneka DAP.

Comments

Anonymous said…
BUKAN TAK SUKA NIZAR..DAN TERBUKTI NIZAR MMG BONEKA DAP...TERBUKTI BUKAN CAKAP KOSONG..TERBUKTI..SAUDARA DH BUAT HOMEWORK KE???NIZAR YB..APA JAWATAN EXCO NGEH(PENGERUSI DAP PERAK)?
Anonymous said…
NI MMG TELUS DAN TEPAT..BUKAN AUTA..BERANI JANGAN HIDE DAN BUANG KOMEN SAYA TADI