Cerpen : Sanggah Allah

Aku termanggu sendirian di hujung bendul rumah, memikirkan kejadian manusia yang begitu hebat ciptaan Yang Maha Esa. Tidak terjangkau pemikiran ku tentang bagaimana manusia dicipta oleh ‘Arikitek’nya.

“Hebat sungguh manusia, tiada ciptaanNya yang sehebat manusia di dunia ini, cukup lengkap”

“Mana mungkin manusia dapat menandingi ciptaanNya walaupun sejuta saintis dan bijak pandai bergabung tenaga”  bisik hati.

Angin sepoi-sepoi bahasa terus menderu perlahan menyejukkan badanku yang tidak ditutup dengan baju, hanya kain sarung yang lusuh menjadi penahan seluruh anggotaku dari kesejukan.

Lantas aku teringat sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud sesungguh Allah menjadikan insane iaitu manusia dengan sebaik-baik kejadian.

“Surah berapa, ayat berapa, aku pun dah tak ingat, yang pasti ianya dalam Juz Amma atau dipanggil ‘Jahama’ oleh orang kampongku” getus hatiku.

Allah sendiri menegaskan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik kejadian dan ciptaan Allah. Manusia ada anggota badan, mata, telinga dan yang lebih penting manusia ada akal fikiran yang sepatutnya mampu memandu manusia menjadi insan yang taat kepada Allah dan tidak menyanggah apa yang diperintahkanNya.

Namun aku sendiri hingga ke saat ini tidak mengerti mengapa manusia berani menentang Allah, berani melawan suruhan Allah, berani melakukan perkara yang dimurkai Allah, berani melupakan Allah.

“Mengapa, mengapa, mengapa” tiada jawapan tepat yang dapat aku berikan untuk memujuk hatiku yang terus tertanya-tanya.

Apakah manusia tiada ilmu, tiada akal atau memang manusia ini jenis hamba Allah yang degil dank eras kepada?

Masih tengiang-ngiang di teligaku ketika aku menghabiskan masa di Kedai Kopi hujung kampong pagi tadi, bagaimana seorang yang aku kenali dengan berani mengeluarkan kenyataan yang menggerunkan aku.

“Memang tak ada kerja lainlah PAS ini, hudud, hudud, hudud tak faham ke, Malaysia ini Negara majmuk hudud mana sesuai, kalau laksanakan hudud alamat ramai yang kudung kaki tangan”.

“Habislah rakyat Malaysia jadi cacat, ini zalim dan tak adil, nanti makin ramai OKU jenuh kerajaan nak keluar duit beri makan mereka” kata seorang yang aku kenali agak rapat dengan ayah aku sendiri.

“Engkau tengok ini dalam surat khabar ini, pemimpin kita pun dah bagitau hukum hudud ini tidak sesuai sebab rakyat kita majmuk dan mereka tidak faham apa itu hudud”

“Kerajaan pusat tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjalankan hukum hudud” tambah orang itu tanpa rasa bersalah dan bersahaja.

Berderau darah aku mendengar percakapan orang tua itu. Setahu aku dari apa yang aku dengar, Ustaz Amin guru agamaku pernah berkata rosak akidah dan iman seseorang yang memperlekehkan hukum Allah dan menghina hokum Allah malahnya ianya boleh jatuh murtad.

Aku sendiri tidak berani menjatuhkan hukuman. Cuma aku bimbang dan takut dengan apa yang diperkatakan oleh orang itu.

“Mengapa beliau berkata begitu, kalau tak tahu hukum agama, jangan bercakap pasal agama, butuk padahnya” kataku di dalam hati.

“Lebih baik jangan bercakap, banyak bercakap lagi banyak sesatnya khasnya dalam hal yang kita sendiri jahil dan bebal” bisikku kepada seorang rakanku yang kelihatan terkejut mendengar percakapan orang itu.

Ini bukan soal parti atau politik, ini adalah soal maruah agama Islam dan kedaulatannya. Berani orang yang mengaku beragama Islam mempersenda-sendakan hukum hudud.

Bersambung ………….

Comments