.

.

27 March 2010

ONG TEE KEAT MENDAHULUI

Ada pemerhati luar berpendapat Ong Tee Keat sedang mendahului dalam pemilihan Presiden MCA yang baru sahaja selesai proses pengundian. Ini berdasarkan sambutan hebat yang diterima beliau dalam tempoh kempen baru-baru ini.
Sementara itu pagi ini 'signal' dari perwakilan menunjukkan sokongan dari perwakilan tidak jelas siapa yang mereka sokong. Peluang nampak seimbang. Namun seperti biasa penyandang mempunyai kelebihan kerana beliau mendapat publisiti secara besar kerana masih memegang jawatan tersebut.

SAYA BUKAN ANTI ISLAM/MELAYU, SAYA ANTI BN

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng berkata beliau tidak anti Islam atau Melayu sebagaimana tuduhan Umno tetapi beliau anti BN.
"Saya bukan anti Melayu, saya bukan anti Islam tetapi saya anti BN kerana BN melakukan banyak perkara kotor seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain".
"Tidak timbul soal saya anti Islam dan Melayu sebagaimana tuduhan Umno dan BN" katanya.
Beliau turut mendedahkan bahawa Gerakan pula menuduh beliau anti bukan Melayu kerana merobohkan gerai orang Cina di Pulau Pinang.
"Macam ini susahlah saya dituduh anti Melayu dan Islam oleh Umno dan dituduh pula anti Bukan Melayu oleh Gerakan".
"Saya bukan anti Melayu atau Bukan Melayu tetapi anti BN" tambahnya disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program jamuan makan malam bersama pimpinan Pakatan Rakyat anjuran DAP Melaka di Dewan Sekolah Cina Pay Fong di Bandaraya Melaka malam tadi.
Baru-baru Umno menuduh saya anti Melayu kerana merobohkan gerai Melayu di Pulau Pinang.

"Saya hendak beri tahu gerai Melayu yang dirobohkan hanya 30 peratus, 70 peratus lagi adalah gerai bukan Melayu, itu semua kerana mereka tidak mengikut peraturan"
"Kalau 30 peratus gerai Melayu dirobohkan 70 peratus gerai bukan Melayu adakah itu dikatakan anti Melayu" soal Guan Eng
Beliau juga hairan bagaimana beliau dituduh sebagai anti Islam sedangkan kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam sehingga RM24.5 juta dalam bajet 2010.
"Semasa rakan baik saya, Koh Tsu Kon menjadi Ketua Menteri, Bajet pada tahun 2008 untuk Islam adalah RM12.5 juta, bila kita menang bajet 2009 ialah RM20 juta dan bajet 2010 pula ialah RM24.5 juta, hampir satu kali ganda berbanding bajet BN, adakah ini menunjukkan saya anti Islam"
"Kalau saya bagi bajet RM24.5 juta dikatakan anti Islam, jadi Koh Tsu Kon bagi bajet untuk Islam hanya RM12.5 jadi Koh Tsu Kon ini anti apa?" kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Turut berceramah pada program itu ialah Lim Kit Siang, Gobind Singh Deo, Adly Zahari, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Anthony Loke dan Sim Tong Him.
Orang ramai penuh sesak memenuhi Dewan tersebut. Derma yang berjaya dikutip ialah kira-kira RM8,000.

UMNO BERGANTUNG KEPADA PELESIT

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Abdullah berkata Umno hanya boleh bertahan 5 tahun sahaja lagi, selepas itu ia akan berkubur tanpa nesan.
"Tuan ingat tarikh, masa dan tempat saya bercakap malam ini, lima tahun selepas ini Umno akan berkubur dan mati kerana sejarah telah membuktikan bahawa semua organisasi dan parti politik sekuat manapun akan mati bila tiba masanya"
"Sekarang inipun Umno ini bergantung kepada pelesit, nyawa Umno sebenarnya sudah lama mati, kalau pelesit ini tidak ada sudah tentu Umno ini akan menjadi busuk macam bangkai" kata beliau.
Nik Amar berkata oleh kerana Umno bergantung kepada pelesit sebab itulah seberapa banyak nasi sejuk diberi kepada Umno tidak cukup.
"Sebekas, sebaldi, sebesen malah sebesar gunung sekali pun tidak cukup kerana bukan manusia yang makan tetapi pelesit atau hantu". tambah Nik Amar.
Menurutnya rakyat Melaka mesti mengambil semangat Hang Jebat untuk menentang kerajaan BN yang ada sekaranag bukannya menjadi 'yes man' seperti Hang Tuan yang tidak sedikit pun melawan walaupun dizalimi.
Nik Amar berkata demikian pada ceramah beliau di Pejabat MTD Ayer Molek di Bukit Lintang, Melaka malam tadi. Turut berceramah bersama beliau ialah Ahli Parlimen Rasah yang juga ADUN Lobak, YB Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Haji Adly Zahari.

BN MAHU TAMBAH JUDI

Tidak cukup dengan judi di dalam negara ini sekarang, kerajaan BN didakwa cuba untuk menambahnya lagi judi sukan. Kalau sebelum judi sukan diharamkan dan dibuat secara sembunyi-sembunyi selepas ini kemungkinan besar ia akan di'sah'kan tidak haram lagi.
Ahli Parlimen Rasah, YB Anthony Loke Siew Fook berkata sebuah media luar negeri mendedahkan bahawa ada usaha-usaha pimpinan kerajaan Malaysia ingin memperkenalkan judi sukan ini sempena dengan Piala Dunia 2010 nanti.
Athony berkata beliau telah mendedahkan isu ini semasa sidang media di Bangunan Parlimen minggu lalu. Selain itu semasa Sidang Perbahasan beliau mencabar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya menyatakan pendiriannya samada menyokong atau tidak menyokong usaha untuk memperkenalkan judi dalam sukan ini.
"Khairy tidak berani kerana kalau dia sokong judi sudah tentu PAS akan masuk kampung keluar kampung bagi tau orang kampung, Umno tambahkan judi, kalau tidak sokong dia takut pada bos dia Najib, sokong mati dan tak sokong pun mati, akhirnya dia berdiam diri sahaja" kata Loke
Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran MTD Ayer Molek di Pejabatnya di Bukit Lintang malam tadi.
Menurutnya, walaupun beliau orang Tionghua dan ramai kawan-kawannya dan pengundi-pengundi bermain judi tetapi beliau menentang hasrat BN ini kerana ianya meruntuhkan sistem sosial masyarakat yang menyebabkan rakyat berangan-angan untuk kaya dengan berjudi.
Selain itu Anthony, yang juga ADUN Lobak, berkata sudah sampai masanya rakyat bangkit menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 nanti kerana terbukti BN semakin rakus menghancurkan demokrasi, rasuah, menyalagunakan kuasa, gagal membendung jenayah dan lemah dalam pentadbiran ekonomi.
"Jika kerajaan tidak ditukar kita bimbang rakyat akan menjadi mangsa dalam sebuah negara yang bangkrap ekonomi, demokrasi dan lain-lain".
Turut berceramah bersama beliau Exco Kerajaan Kelantan, Dato' Hj Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Haji Adly Zahari.

5,000 HADIRI CERAMAH PR DI HULU SELANGOR

5,000 rakyat hadir pada ceramah anjuran PR di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, Parlimen Hulu Selangor sebentar tadi.
Bilangan mereka yang hadir ini menggambarkan bahawa sokongan rakyat kepada PR masih utuh malah semakin bertambah. Pekan Kuala Kubu Bharu penuh sesak dengan kenderaan di mana traffic jammed dengan teruk.
Pemimpin besar PR antaranya Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan lain-lain memulakan kempen mereka di Kuala Kubu Bharu. Turut hadir Syed Hussin Ali dan Zaid Ibrahim.
Tidak syak lagi kesediaan rakyat turun beramai-ramai pada ceramah ini menggambarkan bahawa rakyat terus bersemangat untuk mengekalkan kemenangan PR di Hulu Selangor.

26 March 2010

HULU SELANGOR : PR MENANG PUSINGAN PERTAMA

BN seperti menghadapi masalah berebut kerusi bila adanya pilihanraya kecil. Perebutan itu samada antara individu-individu dalam parti yang sama ataupun parti-parti komponen BN berebut kerusi.
Bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, Umno awal-awal menyerlahkan nafsu mereka untuk bertanding di kerusi tersebut. Tidak lama selepas MIC pula dengan lantang terus sahaja menamakan calon mereka iaitu calon yang kalah pada PRU 2008 dahulu iaitu G Palanivel yang juga Timbalan Presiden parti Samy Vellu.
Tidak syak perebutan antara Umno Bahagian Kuala Selangor dan MIC ini tidak dapat disorok lagi. Sejak dari tahun 80-an lagi Umno menuntut untuk bertanding di situ atas alasan majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu. Namun pimpinan Umno Pusat takut kepada MIC jadi mereka memfaraidkan kerusi Melayu itu kepada Parti Samy Vellu (PSV).
Kemelut ini dilihat sebagai suatu bonus kepada PR kerana awal-awal lagi BN menghadapi masalah dalaman. Walaupun kemungkinan besar perkara akan dapat diselesaikan namun sudah pasti akan ada hati-hati yang sakit di kalangan ahli dan pimpinan parti yang tidak dipilih bertanding nanti. Jika Umno dipilih maka hati ahli dan pimpinan Parti Samy Vellu sudah tentu sakit. Begitulah sebaliknya.
Perkembangan ini berbeza dengan PR kerana sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan perkauman masalah seperti dalam BN ini tidak akan berlaku.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).
Sementara itu SPR akan bermesyuarat pada 2 April untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian PRK Hulu Selangor ini.

LOMPAT PARTI : SIASAT SEMUA SEKALI BUKAN ZAHRAIN SAHAJA

Hari ini Angkata Muda Keadilan (AMK) Cabang Bayan Baru membuat laporan polis supaya Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim disiasat berhubung dengan kenyataan Ahli Parlimen Kalabakan, Ghafur Salleh mendakwa tawaran kepada Zahrain tentunya besar kerana dia keluar parti.
Bagi saya bukan Zahrain seorang yang perlu disiasat sebaliknya Jamaluddin Md Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong, Tan Tee Beng, Mohsin Fadzli, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin juga sewajibnya disiasat kerana telah menghampakan amanah pengundi-pengundi mereka.
Ramai orang mempunyai sangkaan buruk terhadap mereka yang melompat ini kerana tindak-tanduk mereka mencurigakan. Ada yang menghilangkan diri tiba-tiba muncul bersama pemimpin BN. Ada yang tiba-tiba berubah perangai dan sebagainya.
Siasatan ini mestilah telus dan professional. Kalau perlu SPRM melantik seorang anggota penyiasat dari kalangan yang bebas dari pengaruh kerajaan yakni bukan dari SPRM sendiri.

HULU SELANGOR : PARTI PERKAUMAN MULA BERTELAGAH

Parti yang berdasarkan semangat perkauman iaitu BN mula bertelagah tentang parti mana yang berhak bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada pilihanraya kecil yang bakal berlaku tidak lama lagi.
Umno seperti mendabik dada bahawa mereka berupaya untuk memenangkan BN kerana kononnya mereka mendapat sokongan kuat akar umbi. Manakala MIC sudah tentu akan menggunakan senjata status quo dan tradisi sebagai alasan bahawa kerusi tersebut milik mereka.
Inilah masalahnya jika parti-parti berdiri dan berjuang atas semangat perkauman sempit. Masing-masing mementingkan kaum masing-masing bukannya memikirkan kesejahteraan dan kebajikan semua rakyat.
Tidak mustahil akan ada pihak yang menikam dari belakang jika puak mereka tidak dipilih menjadi calon. Ini kerana bagi mereka menjadi calon merupakan peluang untuk membina kekayaan dan empayar bukan untuk dirinya sendiri malah untuk semua kaum kerabat, sahabat handai dan kroni juga menumpang sama.
Hari ini media melaporkan bahawa Ketua Umno bahagian Hulu Selangor, Mohamed Idris Abu Bakar berkata Umno telah membuat desakan tersebut sejak tahun 1980-an lagi, tetapi pucuk pimpinan memutuskan untuk memberi kerusi kepada MIC.

Menurutnya Umno sentiasa meminta kembali kerusi berkenaan kerana ia adalah kehendak akar umbi yang mahu kita bertanding kerusi tersebut.
Mengikut daftar pemilih PRU 2008, terdapat 63,593 pengundi di situ yang terdiri daripada 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.
Daftar pemilih yang akan digunakan pada Pilihanraya kecil kemungkinan ialah yang disahkan pada Disember 2009.

AHLI PARLIMEN UMNO TIDAK MALU KEPADA AHLI PARLIMEN BUKAN ISLAM PR

Memang muka tidak malu dan tidak bermaruah. Itulah bahasa yang saya gunakan untuk Ahli Parlimen Umno dan pemimpin Umno dalam kerajaan bila memperkatakan tentang isu judi yang dibangkitkan oleh YB Anthony Loke baru-baru ini.

Ahli-ahli Parlimen Umno bahkan pemimpin kerajaan BN yang beragama Islam langsung tidak sensitif dengan isu judi sehingga mengangguk sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin 'agung' mereka yang terus mahu bergelumang dengan pendapatan hasil judi untuk negara.

Lebih malang lagi ada pemimpin agung Umno yang dengan terang mengaku hasil judi ini akan digunakan untuk pembangunan negara. Ini merupakan suatu jawapan sangat tidak bertanggungjawab. Jadi maksudnya rakyat turut terpalit sama dengan hasil judi kerana sudah tentu pembangunan itu akan meliputi semua prasarana termasuk sekolah, jalanraya, jambatan, surau, masjid dan lain-lain.

Inilah sebenarnya bahana apabila rakyat tersilap memilih kerajaan di mana mereka memilih kerajaan yang tidak sensitif dengan perjudian malah menggalakkan perjudian di dalam negara dengan meluluskan lesn judi dari masa ke semasa.

Pada 18 dan 22 Mac di sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Luke Siew Fook meminta Datuk Seri Najib Razak menjelaskan jumlah kutipan hasil aktiviti judi dan tindakan kerajaan meluluskan 60 cabutan khas tersebut.

Najib bagaimanapun dilapor mengatakan kutipan hasil judi itu digunakan untuk pembangunan negara.

KEMELUT KELANTAN : ORANG LAMA TIMBUL KEMBALI.

Saya masih ingat di awal pemerintahan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) pada tahun 1990 di Kelantan, antara orang yang membuat onar mengacau pentadbiran kerajaan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan sendiri.

Selepas beliau melepaskan jawatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri maka amanlah pemerintahan kerajaan negeri. Beliau selepas itu lama menghilangkan diri dari arena pentadbiran kerajaan dan politik Kelantan. Mungkin beliau berehat gamaknya.

Sehari dua ini namanya timbul kembali. Kali ini beliau dikaitkan pula dengan kemelut istana Kelantan.

Apa sebenarnya yang beliau mahukan.? Apakah beliau masih berdendam dengan kerajaan negeri sehingga sanggup kembali timbul dalam kancah ini.

Tidak cukupkah beliau membuat onar mengacau dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Tok Guru pada era 90-an.?

Jadi saya harap beliau berehat dan beramal di rumah dan masjid. Janganlah membuat kacau di Kelantan kerana kerajaan negeri Kelantan terbukti berjaya mentadbir negeri dengan baik setelaj 20 tahun memerintah Kelantan. Janganlah menjadi badut kepada pihak tertentu dalam usaha mereka memporak perandakan kerajaan negeri.

Malam tadi pada jam 8.40 malam diberitakan beliau ditahan Polis dipercayai berhubung pengumumanya berhubung pelucutan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Beliau kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan. Semoga penahanan memberikan pengajaran kepada beliau.

HULU SELANGOR : AKHIRNYA PENGECUT TERPAKSA TURUN PADANG

Sudah banyak kali BN berjaya mengelakkan berlakunya pilihanraya dengan menggunakan 'komponen'nya bagi menggagalkan pilihanraya kecil yang sepatutnya berlangsung. Antaranya di DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang. Begitu juga dengan DUN Titi Tinggi. Pelbagai helah dan alasan yang dihamburkan guna untuk membuktikan pilihanraya tidak perlu. Namun semuanya tidak diterima rakyat.

Semua orang tahu BN begitu fobia dengan pilihanraya kecil terutama di Semenanjung kerana BN tersungkur layu pada semua Pilihanraya kecil di Semenanjung. Sebab itulah mereka kecut perut untuk berhadapan dengan mahkamah rakyat.

Kali ini BN tidak dapat lari lagi. Dengan meninggalnya Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad maka BN terpaksa juga mengharungi Pilihanraya Kecil ini.

BN sudah pasti akan berhadapan dengan rakyat yang sudah barang tentu akan mengungkit kebobrokan BN yang mahu melaksanakan GST (ditangguh sementara), kadar jenayah yang kronik, gejala maksiat yang membarah, rasuah menjadi pekung, ekonomi yang tidak menentu, harga barangan melambung, tarif elektrik hendak dinaikkan (tangguh dua kali), kadar pengangguran yang tinggi, lambakan pekerja asing, diskriminasi pusat kepada negeri PR, imej pemimpin negara yang busuk, penganiayaan terhadap Ketua Pembangkang dan seribu satu masalah yang begitu teruk dan memualkan.

Mahu tidak mahu BN juga terpaksa mengakui kejayaan kerajaan negeri PR dalam merakyatkan pemerintahan mereka dengan mengamalkan konsep negeri berkebajikan. Walaupun media menggambarkan negeri-negeri PR teruk tetapi rakyat yang duduk di bawah pemerintahan kerajaan PR dapat membezakan kelainan corak pemerintahan PR dan BN dulu.

Tidak syak lagi BN dan pemimpinnya sekarang tidak tidur malam untuk memikirkan bagaimana hendak menipu dan memperdayakan rakyat Hulu Selangor. Yang pasti rakyat Hulu Selangor sekarang menjadi RAJA. Sudah tentu BN akan menunaikan apa juga kehendak rakyat sesuai dengan sifat tardisional BN khususnya Umno yang sinonim dengan politik wang atau rasuah politik.

25 March 2010

BN TAK MAMPU ELAK PILIHANRAYA KECIL

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
pkr mp hulu selangor zainal abidin ahmadZainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Dengan ini BN tidak mampu untuk mengelak dari berlakunya Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat ini. Kalau sebelum ini BN menperkudakan SPR untuk menidakkan pilihanraya kecil kali ini fobia BN tidak dapat dibendung lagi.

Mahkamah rakyat akan menghukum BN sekali lagi. Insya Allah.

Al Fatihah untuk roh Allahyarham dan kita mengharap seluruh keluarga Allahyarham bersama dengan dugaan ini.

SELESAIKAN MASALAH ISTANA DI KELANTAN

Saya mendoakan semua pihak di Kelantan patuh kepada undang-undang dan sistem yang ada supaya tidak berlaku krisis yang lebih besar dan kronik.
Kita tahu bahawa semua pihak mesti patuh kepada undang-undang tubuh kerajaan negeri dalam isu perlantikan Sultan dan pegawai-pegaainya. Apa yang penting jangan ada pihak yang membelakangkan undang-undang yang ada.
Diharapkan masalah kecil ini tidak berpanjangan dan Kelantan akan terus maju dan makmur di bawah pentadbiran Sultan, Pemangku Raja dan Menteri Besar.

KENAIKAN TARIF ELEKTRIK RAKYAT DIBEBANKAN

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJU), Tony Pua juga mempertikaikan mengapa setiap kali syarikat penjana tenaga elektrik ini mendakwa kos meningkat, maka kenaikan kos itu hendak dibebankan semata-mata kepada rakyat.
Ini membuktikan bahawa kerajaan bersekongkol dengan syarikat penjana elektrik menindas rakyat tanpa memikirkan semasak-masaknya kesan dan impak yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.
Jadi bagi saya jika tarif elektrik ini hendak dinaikkan pada masa akan datang kerajaan mesti mencari jalan untuk meminimumkan impak kepada rakyat. Syarikat terbabit mestilah terlibat dahulu mengurangkan kos operasi dan pembaziran mereka sebelum menghukum rakyat dengan kenaikan tarif semata-mata.

KERAJAAN TAK MASUK AKAL

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, YB Tony Pua berkata kerajaan BN yang mentadbir sekarang bertindak bagaikan tidak masuk akal kerana membentangkan undang-undang GST sebelum mendapatkan 'feedback' dari rakyat.
Tony berkata setelah rakyat dan ahli Parlimen PR membantah kerajaan menangguhkan GST dengan alasan mahu mendapatkan maklumbalas rakyat.
"Ini tidak masuk akal, 'this is not the way to run the country' katanya.

LESEN JUDI : BILA DUIT MENJADI TUHAN

Bila duit dan nafsu menjadi tuhan manusia tidak kisah lagi apa yang dilakukan mereka.
Dengan kuasa yang ada pada mereka apa pun boleh mereka lakukan. Mereka lupa Allah S.W.T lebih berkuasa dan boleh meragut kuasa mereka bila-bila masa samada dengan menarik nyawa atau merentap mereka dari kedudukan yang mereka ada.

Saya amat sedih apabila mendengar pelbagai lesen judi diluluskan oleh pihak berkuasa semata-mata kerana duit dan habuan dunia.

Hari ini media mendedahkan satu lagi kedurjanaan orang yang berkuasa apabila dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berita itu ditemui dengan melayari www.asiaone.com dengan mengklik judul berita: 'Legal Sport Betting In Malaysia'

Berjaya Group yang dikepalai seorang taiko judi diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.

ZUL NORDIN JADI KUDA KAYU BN

Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuka rahsia diri sendiri bahawa beliau bukanna mahu mencari kebenaran tetapi seolah-olah mahu membuktikan dirinya adalah kuda kayu BN terbaru selepas Zahrain.
Beliau mendakwa dalam Dewan Rakyat semalam bahawa beliau pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Hebat sungguh Zulkifli Nordin ini, sehingga ada yang menawarkan habuan tersebut. Namun saya rasa ragu-ragu dengan dakwaan itu kerana kalaupun beliau tidak menerima tawaran itu sekalipun memang sudah ada pihak yang cuba mengaitkan Perdana Menteri sejak dari awal kes ini berlaku.
Tidak berbangkit soal Zulkifli Nordin yang diminta berbuat demikian kerana sudah ada pihak yang cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan isu itu sejak ianya mula diketahui umum.
Apa istimewanya Zul Nordin sehingga beliau seolah-olah orang sangat hebat sehingga ditawarkan untuk berbuat demikian. Selain itu semua orang kampung khasnya orang PAS sudah kenal siapa Zul Nordin sebenarnya!!!!!!!!!!!!

BANDUAN : SISTEM PENJARA KITA GAGAL

Ramai yang memperkatakan tentang kegagalan sistem penjara Malaysia mendidik banduan sehingga kembali menjadi insan yang taat dan patuh kepada Allah dan undang-undang negara.
Perkara memang sudah berlarutan lama, namun pihak berkuasa masih tidak mahu kembali kepada fitrah manusia dan penciptanya.
Pelbagai kaedah digunakan untuk memulihkan anduan ini. Tetapi peratusan yang dapat dipulihkan scara total sangat rendah. Apa puncanya?
Bagi saya puncanya ialah pihak berkuasa tidak mahu kembali kepada fitrah manusia di mana manusia di cipta oleh Allah. Sudah pasti hanya Allah sahaja yang tahu jalan penyelesaian kepada semua masalah manusia. Allah telah menyediakan asas yang kuat bagaimana untuk mendidik dan menghukum manusia. Semuanya dicatatkan di dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad meninggalkan sunnahnya untuk diikuti.
Namun sehingga hari pihak berkuasa masih percaya kepada sistem ciptaan manusia untuk memulihkan banduan-banduan ini. Sistem yang diturunkan Allah hanya diterapkan secara tempelan bukannya sistem pokok atau induk. Akhirnya inilah keputusan yang kita dapat.....GAGAL.

24 March 2010

DUN TITI TINGGI : SAYA DAH KATA .........

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa Pilihanraya Kecil di DUN Titi Tinggi tidak akan diadakan kerana BN sudah akan menggunakan apa juga cara untuk mengelakkan ianya berlaku.

Telahan saya menjadi kenyataan apabila ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik 'ugutan'nya hendak meletakkan jawatan semalam.
Yip menarik balik peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Titi Tinggi berkuatkuasa serta-merta seperti dilaporkan oleh beberapa media semalam. Sudah pasti orang yang paling gembira mendengar berita ini ialah Najib dan Isa Sabu yang pucat gigi apabila dimaklumkan Yip menghantar surat perletakkan jawatan 2 hari lepas.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat mengesahkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Yip malam ini yang mengatakan bahawa beliau menarik balik peletakan jawatan itu.

Entah apa tawaran yang diberi kepada Yip kita pun tidak tahu. Mungkin SPRM boleh menyiasat perkara ini.

KERAJAAN BRUNEI TAKUT ALLAH, KERAJAAN MALAYSIA????

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan
penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada
mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah
mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran,
kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

SAYA SOKONG UMNO

Buat pertama kali dalam sejarah saya menyokong tindakan dan keputusan Umno. Saya menyokong 100 % keputusan barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar yang menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Bagi saya keputusan Umno Bahagian Padang Besar ini memang tepat jika benar ADUN tersebut gagal menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepadanya. Apa guna beliau menjadi wakil rakyat tetapi tidak mahu dan malas menjalankan tugas.

Bukan sahaja Yip, semua ADUN atau Ahli Parlimen sedemikian mesti meletakkan jawatan serta merta tidak kira dari parti mana sekalipun.

Selain itu saya juga bertegas menggesa Ahli Parlimen dan ADUN lompat supaya meletakkan jawatan secepat mungkin. Mereka ialah Ibrahim Ali, Mohsin Fadzli, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim, Hee Yit Foong, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu.

Sesungguhnya wakil rakyat yang melompat parti ini tidak layak untuk duduk dikerusi mereka dan mengambil elaun mereka kerana mereka telah mengkhianati rakyat. Mereka menang dahulu bukan atas kapasiti individu tetapi rakyat mengundi mereka kerana mereka mewakili parti masing-masing.

ISU BUANG BAYI : KERAJAAN BN TETAP DEGIL

Ternyata apa yang saya nukilkan sejak sekian lama iaitu kedegilan kerajaan BN tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian tetap diteruskan.
Kerajaan BN saya sedar bahawa undang-undang, kempen, dasar dan langkah yang diambil oleh mereka untuk membendung gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi semua nya GAGAL tetapi kerajaan mereka tetap BERDEGIL.
Sudah banyak wang rakyat dileburkan dengan kempen dan program untuk menyedarkan rakyat tetapi semuanya gagal. Namun malangnya BN masih tidak mahu menerima Islam sebagai jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Hari ini media melaporkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini secara rasmi menyertai kempen Kami Prihatin yang bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
Apakah kita yakin bahawa kempen ini dapat menyelesaikan masalah besar ini sedangkan semua program sebelum ini gagal menyelesaikan masalah ini. Ternyata kerajaan khususnya kementerian tidak serius menangani masalah ini.

Seperti apa yang saya tuliskan dalam posting saya sebelum ini sepatutnya kementerian mencari punca-punca kepada masalah ini. Kemudian mereka mesti berusaha untuk membasmi punca-punca tersebut. (Sila rujuk kepada posting saya sebelum ini).

KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN

Kerajaan terpaksa menanggung RM171 juta bagi perbelanjaan banduan warga asing sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tersebut membabitkan 81,396 banduan warga asing meliputi 40 peratus jumlah tahanan di penjara.

Hishamuddin berkata jumlah ini tidak termasuk 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara bagi tempoh 2006 sehingga tahun lalu membabitkan RM341,881 bagi kos perbelanjaan makan sehari sepanjang tahun lepas sahaja.

Manakala program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen pula melibatkan kos hampir RM35 juta.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli makmal pengurusan warga asing di Putra Jaya semalam.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat sedih dengan fakta ini keana wang berjumlah RM206 juta (RM171 juta + RM35 juta) itu sangat banyak dan mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat Malaysia sendiri.

Bayangkan berapa banyak rumah kos rendah boleh didirikan dengan wang sebanyak itu atau jika wang itu digunakan untuk membiayai pendidikan anak bangsa sudah tentu ramai di antara mereka tidak keciciran dalam pelajaran dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Ternyata bahawa kerajaan pusat membazirkan wang sebanyak itu kerana kegagalan dan kelemahan kerajaan menguruskan masalah pendatang asing yang sudah mencecah lebih dari 2 juta orang.

Isu kebanjiran pendatang tanpa izin ini sudah lama dihadapi oleh negara kita tetapi sehingga sekarang kerajaan masih gagal mengatasinya. Kita sebagai rakyat tidak faham mengapa begitu susah kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini.

Sekarang terbukti kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah jenayah, moral, maksiat yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin malah duit negara kita juga hangus begitu sahaja bagi memberikan mereka ini makan percuma. Rakyat Malaysia sendiri pun tidak dapat makan percuma seperti mereka.

Saya mencadangkan agar kerajaan menghantar semua tahanan dari negara asing dan tahanan di depot-depot ini dihantar pulang serta merta ke negara asal mereka bagi meringankan beban negara kita memberi mereka makan percuma, perubatan dan sebagainya.

Tidak ada gunanya kita berlembut dan menahan mereka ini begitu lama di penjara dan depot-depot tersebut, mengabih kan bogheh yo!!.

BN TAKUT HADAPI RAKYAT

BN benar-benar takut untuk diadili dalam Mahkamah Rakyat sebab itu mereka sangat takut untuk terlibat dalam pilihanraya kecil selepas PRU 12. Mana tidaknya BN tewas semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung semenjak selepas PRU 12. Jadi memang mereka mempunyai sebab untuk tidak mahu pilihanraya diadakan.
Lebih parah lagi mereka tahu kerusi Titi Tinggi mempunyai peratusan pengundi bukan Melayu khasnya Tionghua yang tinggi. BN sedar sekarang sokongan orang Tionghua kepada BN jatuh merudum. Sudah tentu BN merasa cemas jika Pilihanraya kecil berlaku di sana.
Rakyat sedang menunggu masa untuk menghukum BN yang biadap mahu memperkenalkan GST. Selain itu rakyat juga berang dengan kegagalan BN menyelesaikan isu rasuah, jenayah dan hak asasi manusia.
Tidak syak lagi BN akan bermatian-matian memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn supaya menarik balik surat perletakan jawatannya.

DUN TITI TINGGI : SPR 'DOUBLE STANDARD'

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.
Kenyataan Aziz itu saya sifatkan sebagai DOUBLE STANDARD kerana sebelum SPR telah menafikan kuasa Speaker apabila menolak pemakluman yang dibuat oleh Speaker DUN Perak bahawa 3 kerusi DUN Perak iaitu Jelapang, Changkat Jering dan Behrang telah kosong.
SPR dengan jelas telah 'merompak' kuasa Speaker apabila bertindak mengenepikan surat dari YB V Sivakumar, Speaker DUN Perak.

Tetapi hari Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Speakerlah yang berkuasa menentukan kekosongan sesuatu kerusi dan SPR bertugas untuk mengendalikan Pilihanraya.

SEMUA ORANG TAK PERCAYA ZAHRAIN?

Bukan sahaja PR yang tidak percaya kepada Ahli Parlimen lompat, Ahli Parlimen BN pun tidak percaya kepada beliau.

Semalam Ahli Parlimen Kalabakan, YB Ghafur Salleh dalam kenyataan medianya menyebut bahawa Zahrain telah melakukan satu penipuan besar.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli parlimen dari Bayan Baru itu segera menarik semula kenyataannya dan menyenaraikan mereka yang dikatakan akan berpaling tadah itu.

Abdul Ghapur juga mencabar Zahrain mendedahkan nama 30 MP yang dikatakan akan menyertai ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rancangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, jika apa yang didakwanya sebelum ini adalah benar.
Ternyata kini siapa sebenarnya Zahrain. Kawan lamanya dari Umno dan BN pun tidak percaya kepada beliau. Saya yakin rakyat lebih tidak percaya kepada beliau.
Sumber : Malaysiakini

23 March 2010

DUN TIT TINGGI : JANGAN HARAP ADA PILIHANRAYA KECIL

Saya yakin tidak akan ada pilihanraya kecil di Titi Tinggi kerana sudah pasti pelbagai usaha akan dilakukan oleh BN dan MCA untuk memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.
Banyak cara boleh dilakukan untuk memujuk orang yang merajuk seperti Yip. Duit, projek, pangkat dan sebagainya boleh digunakan untuk memujuknya. Senjata ini memang sudah menjadi tradisi untuk memujuk sesiapa juga hatta untuk memujuk orang keluar parti pun menggunakan strategi yang sama.
Jadi bagi saya tidak hairan kalau ini hanya gimik politik sahaja.
Satu lagi jangan lupa SPR juga ada cara tersendiri untuk menafikan berlakunya pilihanraya kecil.
Kepada penyokong PR jangan harap sangat yang pilihanraya kecil ini akan berlaku.

DUN TITI TINGGI : SPR AKAN KATA TAK PERLU PILIHANRAYA LAGI?

Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?ATAU mungkinkah SPR akan sekali lagi mencari seribu satu alasan untuk menafikan pilihanraya kecil di sana.

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008.

Perletakkan jawatan ADUN oleh Yip adalah disebabkan beliau digugurkan dari jawatan Exco baru-baru ini.

Namun begitu saya percaya Yip akan menarik balik surat perletakkan jawatan kerana BN sudah pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan maruah mereka dari dimalukan dengan perletakkan jawatan ADUNnya ini.

Jika BN sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya saya yakin kali ini mereka juga akan mengulangi cara dan strategi ampuh mereka untuk memujuk Yip.


CEROBOH PAHANGKINI.NET TINDAKAN BACUL

Tindakan pihak tertentu yang menceroboh laman web Pahangkini.net merupakan tindakan bacul pihak-pihak yang tidak mampu lagi berdepan secara anak jantan dengan laman tersebut.
Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Pahangkini.net yang merupakan laman rasmi PAS Negeri Pahang kelolaan Jabatan Penerangan PAS negeri (Japen) telah diceroboh dan dimusnahkan seluruh kandungan malam tadi menyebabkan seluruh operasinya tergendala.

Setiausaha Japen, Hashim Abdullah berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dipercayai mungkin berpunca daripada rasa tidak senang pihak tertentu terhadap kesungguhan Pahangkini.net membongkar dan mendedah berita-berita yang berani, telus, bebas dan berintegriti termasuk mengkritik dasar kerajaan Umno/BN.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk tersebut supaya bertaubat dan tidak mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang.

Mari kita berpolitik secara matang dan professional. Hujah dan fakta yang dikemukakan oleh di dalam mana-mana media hendaklah ditangkis secara fakta dan hujah juga bukannya bertindak seperti penyangak merompak membunuh laman web orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.

HUJAN LEBAT DI MELAKA, HATI-HATI BANJIR MUNGKIN BERLAKU

Hujan turun dengan lebatnya di Melaka khasnya di Batu Berendam bermula jam 11.38 minit tadi. Apa yang merisaukan penduduk setempat ialah apabila hujan turun dengan lebat sebegini dikhuatiri akan ada tempat yang digenangi air dan banjir.
Sehingga banyak tempat di negeri ini masih terdedah dengan bahaya banjir walaupun kerajaan negeri berkali-kali berjanji untuk mengatasi masalah ini.

GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.
Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Ust, Idris Hj Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

STATISTIK KES JENAYAH SELURUH NEGARA 2005-2009

Dalam jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Timbalan Menteri, Abu Seman Yusop mengeluarkan statistik berikut :-
Jumlah kes jenayah seluruh negara.
Tahun 2005 - 157,365 kes
Tahun 2006 - 186,453 kes
Tahun 2007 - 214,294 kes
Tahun 2008 - 211,645 kes
Tahun 2009 - 209,417 kes

PROJEK SUDAH DITENDER TAPI DIHENTIKAN KERANA TIADA DUIT?

Ahli Parlimen Kalabakan, Ghafur Salleh bertanya kenapa projek telah ditender di Sabah berjumlah RM187 juta dihentikan keraan kerajaan pusat tiada duit.
Dalam jawapannya YB Chor Chee Heung berkata projek tersebut mungkin dikemudiankan kerana rancangan Malaysia ke 9 masih panjang.

BUANG BAYI : SEMUA CERITA ATAS ANGIN

Semua orang berminat untuk memberi komen tentang isu pembuangan bayi oleh manusia berhati iblis. Namun bagi saya kebanyakan bercakap atas angin dan tidak memberikan penyelesaian konkrit terutama pemimpin negara.
Tidak ada tanda-tanda mereka mahu kembali kepada Islam dalam semua aspek terutama aspek undang-undang, pendidikan dan pencegahan mungkar khasnya membasmi punca-punca zina dan maksiat.
Mengapa mereka begitu sayang kepada undang-undang manusia (penjajah) yang ternyata gagal menyelesaikan masalah manusia.?
Mengapa mereka begitu liat untuk kembali kepada sistem pendidikan Islam yang terbukti mampu melahirkan insan yang beriman dan berakhlaq.? Sedangkan sistem pendidikan sekarang ternyata gagal melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan dalaman dan istiqamah dengan amalan Islam.
Mengapa mereka begitu takut dan sayang untuk menutup punca-punca maksiat seperti disko, kelab malam, pub, rumah urut, pusat pelacuran dan lain-lain?
Mengapa mereka begitu susah untuk menghentikan program-program mungkar yang menggalakkan pergaulan bebas dan percampuran lelaki dan perempuan?
Mengapa mereka begitu dungu sehingga tidak dapat memikirkan perkara yang baik dan buruk?
Hanya satu sahaja jawapannya. Setelah kita memberi peluang lebih 50 tahun BN memerintah dan mereka gagal membendung masalah maksiat dan masalah lain, SUDAH SAMPAI MASANYA KERAJAAN BN YANG ADA SEKARANG DITUKAR DENGAN KERAJAAN PR AGAR PERKARA DI ATAS DAPAT DIATASI!!!

22 March 2010

PEDIH HATI LIHAT GELAGAT BERAHIM ALI

Memang semasa nama Ibrahim Ali diumumkan sebagai calon mewakili PAS di Parlimen Pasir Mas pada PRU 12 dahulu hati saya terdetik mengapalah kaki lompat ini dipilih oleh PAS Kelantan. Apakah sudah tidak ada orang lain yang lebih layak.
Bukan apa saya sendiri tidak yakin bahawa Berahim ini akan istiqamah menyokong PAS sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Ini kerana saya sendiri mengalami pengalaman bersama si Berahim ini, bagaimana perangai dan tindak tanduknya sejak dari beliau menjadi pimpinan Semangat 46 dahulu.
Rupanya sangkaan buruk saya ini benar, tidak sampai 2 tahun selepas ditabalkan menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas, beliau mula menunjukkan belangnya menghentam PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz secara terbuka tanpa segan silu.
Hari ini semasa perbahasan di Parlimen bagai kera naik tocang, beliau menghentam PAS, Anwar dan PR semahu-mahunya. Ternyata beliau lebih Umno dari orang Umno. Malah beliau kelihatan mahu menjadi juara perkauman Melayu sempit.
Cuma satu soalan saya, orang PAS Kelantan khasnya Pasir Mas tak mahu solat hajat ke minta Berahim letak jawatan sebagaimana Ustaz Ahmad Awang lakukana untuk Mohsin Fadzli Shamsuri di Bagan Serai.???

KEMELUT MCA SUKAR DITAMATKAN

Walaupun kemungkinan besar kepimpinan MCA akan bertukar tangan pada pemilihan 28 Mac ini saya menjangkakan kemelut MCA ini tidak akan berakhir dengan mudah.

Sudah pasti calon-calon yang tewas tidak akan berpuashati dan membuat pelbagai andaian. Masing-masing sudah tentu memasang angan-angan peribadi untuk menang.

Berikut adalah nama-nama calon yang akan bertanding pada 20 Mac ini.

PRESIDEN:

1. Datuk Seri Ong Tee Keat — Penyandang

2. Tan Sri Ong Ka Ting

3. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

TIMBALAN PRESIDEN:

1. Datuk Seri Kong Cho Ha

2. Datuk Seri Liow Tiong Lai

NAIB PRESIDEN (EMPAT JAWATAN):

1. Datuk Seri Ng Yen Yen – Penyandang

2. Datuk Donald Lim Siang Chai

3. Datuk Chor Chee Heung - Bekas ahli jawatankuasa pusat

4. Datuk Yeow Chai Thiam – Pengerusi MCA Negeri Sembilan

5. Datuk Loke Yuen Yow – Bekas timbalan setiausaha agung

6. Khoo Keok Hai – Ketua MCA Sandakan

7. Gan Ping Sieu - Penyandang ahli jawatankuasa pusat

8. Datuk Yew Teong Look - Ketua MCA Wangsa Maju

9. Wong Siong Wee - Ketua MCA Kuala Krai

10. Datuk Yap Pian Hon

DEWAKAN YAHUDI ANAK TIRIKAN CERDIK PANDAI SENDIRI

Presiden PAS dalam perbahasan di Parlimen sebentar tadi membidas kerajaan BN kerana mengambil konsultan Yahudi iaitu APCO menjadi perunding mereka dalam menjayakan 1Malaysia dengan membelakangkan cerdik pandai kita sendiri.
Tuan Guru kesal kerana kerajaan seolah-olah tidak mengiktiraf cendikiawan tempatan sedangkan ada antara mereka menjadi penasihat badan-badan antarabangsa luar negara.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Tuan Guru ini kerana ternyata kerajaan Malaysia seolah-olah memperlekehkan cerdik pandai kita sendiri sedangkan masyarakat luar mengiktiraf rakyat kita. Antaranya Dr Jomo K Sundaram yang menjadi penasihat ekonomi di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, Dr Mazlan dan lain-lain.
Lebih malang lagi kerajaan kita sanggup mengambil syarikat Yahudi ( yang mana tentera negara mereka saban hari pembunuh umat Islam di Palestin)menjadi konsultan mereka.

MENTERI MENGAKU APCO TERLIBAT DENGAN 1MALAYSIA

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam perbahasannya di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sendiri mengaku bahawa APCO, syarikat Yahudi terlibat sebagai Perunding kepada aktiviti komunikasi di negara ini.
Tuan Guru mendedahkan bukti tersebut seperti yang tertulis dalam hansard parlimen ketika Nazri menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah pada 10 Mac 2010.
Jadi tuduhan kepada Ketua Pembangkang yang dituduh membuat dakwaan palsu berkenaan APCO sepatutnya tidak berbangkit.
Tuan Guru juga mencadangkan Rukun Negara pertama Kepercayaan kepada Tuhan ditukar kepada Kepercayaan Kepada Allah.
Selain itu Tuan Guru juga kesal dengan fenomena dalam negara kita di mana orang yang dituduh di mahkamah di layan seolah-olah seperti sudah bersalah. Media juga memainkan isu ini dan mendedahkan keburukan orang yang tertuduh tanpa batasan dan akhlaq.
Bercakap soal ekonomi Tuan Guru sekali lagi mengingat supaya harta kekayaan di negara kita tidak berpusing di kalangan orang yang kaya sahaja di mana rakyat hanya mendapat sedikit sahaja.

BOLEH TUDUH APA SAHAJA DALAM DEWAN?

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sebagai komunis dan rasis. Apabila beliau diasak supaya menarik balik tuduhan itu, beliau mengatakan bahawa tuduhan beliau itu bukan datang dari dalam dirinya tetapi beliau mengulang apa yang beliau dengar dari orang lain.

Sepatutnya tuduhan beliau ini mesti ditarik balik seperti yang diminta oleh Ahli Parlimen Bukti Mertajam, Chong Eng dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua. Malangnya Timbalan Speaker menerima penjelasan Bung dan membuat keputusan bahawa Bung tidak perlu menarik balik tuduhan jahat tersebut.
Keputusan Timbalan Speaker ini mempunyai implikasi besar kerana selepas ini Ahli-ahli Parlimen seolah-olah dibenarkan membuat apa juga tuduhan dengan alasan tuduhan itu diperolehi dari orang lain atau dari media.
Terbukti Timbalan Yang Dipertua Dewan bertindak pilih kasih dan tidak professional iaitu berat sebelah.

SAMY VELLU RASA TERANCAM

Presiden MIC, Samy Vellu betul-betul 'bengang' dengan kehadiran Perdana Menteri pada program melibatkan parti Makkal Sakhti.
Samy berkata MIC bertegas tidak akan menjalin kerjasama dengan parti Makkal Sakti yang dianggapnya sebagai pihak yang mementingkan diri sendiri.
Samy Vellu berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran Perdana Menteri pada satu program anjuran Makkal Sakti, semalam.
Beliau sebenarnya rasa terancam dan tergugat dengan tindakan Najib yang seolah-olah mengiktiraf Makkal Sakhti sedangkan Samy terkenal dengan sikap kerasnya terhadap mana-mana parti kaum India seperti IPF.
Pemerhati politik berpendapat tindakan Najib yang bersikap lunak dengan Makkal Sakhti menyebabkan Samy Vellu semakin panas dan tidak boleh duduk diam.

PILIH PEMIMPIN BERWIBAWA - SOI LEK

Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memulakan 'kempennya' hari ini dengan membidas kepimpinan tertinggi parti selama ini yang didakwanya gagal memimpin ahli-ahli dengan baik.

Walaupun kritikan terbukanya tidak menamakan sebarang individu dengan jelas, ia dilihat ditujukan kepada pesaingnya untuk jawatan presiden pada pemilihan Ahad ini iaitu Presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting.

Saya tergelak membaca kenyataan Soi Lek ini. Siapa sebenarnya Soi Lek ini semua orang sudah kenal. Orang kampung semua sudah tahu!!!

Macamana beliau boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah beliaulah pemimpin yang berwibawa itu. Adakah perbuatan ( cerita itu yang semua orang tahu itu) yang beliau buat itu menggambarkan beliau pemimpin berwibawa?.

SAYA HARAP NAJIB TERIMA IBRAHIM ALI JADI AHLI UMNO

Saya mengharapkan Presiden Umno dapat menerima Ibrahim Ali secepat mungkin menjadi Ahli Umno kerana beliau benar-benar gila talak untuk 'berkahwin' semula dengan Umno. Terbukti Ibrahim sekarang ini lebih Umno dari orang Umno.
Jadi sebelum Berahim lebih tergila-gila gila talak cepat-cepatlah luluskan keahlian beliau.
Gelagat beliau di parlimen cukup menggelikan sehingga saya percaya ada ahli parlimen Umno yang meluat dengan beliau.

AHLI PARLIMEN PASIR MAS TERUS JADI PEMBELA BN NOMBOR 'WAHID'

Ahli Parlimen 'lompat katak', Ibrahim Ali terus menjadi juara perkauman apabila mengungkit cerita-cerita perkauman termasuk peristiwa 13 Mei.
Selain itu beliau mengkritik pembangkang kerana kononnya membawa kes mahkamah ke jalan-jalan raya.
Terbukti Ibrahim Ali sekarang ini cuba menjadi juara pengampu dan kuda kayu paling hebat BN. Mungkin beliau sekarang sedang berusaha untuk dipilih menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana beliau sudah tahu bahawa beliau sudah tentu tidak akan di pilih menjadi calon bagi parti-parti PR pada masa depan.
Dalam perbahasannya Ibrahim menghentam PKR kerana mengedarkan surat-surat mempertahankan Anwar.
Beliau juga mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusof Al Qaradhawi dengan mengatakan kemungkinan besar Ulama' itu tidak mendapat gambaran sebenar tentang tuduhan tersebut.
Nampaknya Ibrahim Ali lebih dahulu menjawab isu ini mendahului Najib dan Jamil Khir. Sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Yusmadi Yusof bertanyakan tentang fatwa ini pada perbahasan minggu lalu.

AHLI PARLIMEN PR KELUAR DEWAN TIDAK PUASHATI KEPADA MENTERI

Semua Ahli Parlimen PR bertindak keluar Dewan sebentar tadi kerana Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tidak mahu menarik balik perkataan biadap beliau iaitu perkataan 'ANAK BETINA DAN ANAK JANTAN'. Lebih malang lagi Timbalan Speaker Dewan bersekongkol tidak mahu meminta menteri menarik balik perkataan itu.

ANAK JANTAN DAN ANAK BETINA JADI ISU

Dewan sekali lagi kecoh apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di desak menarik balik perkataan anak betina dan jantan. Kekecohan berterusan disebabkan Timbalan Speaker tidak mahu meminta Menteri menarik balik perkataan yang digunakan beliau itu.

SIDANG DEWAN RAKYAT KECOH

Sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang kecoh disebabkan keputusan kerajaan ingin menghadapkan Ketua Pembangkang kepada Jawatankuasa Parlimen berkenaan tuduhan bahawa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat tuduhan palsu berkenaan 1Malaysia.

2 ORANG BAYI LUAR NIKAH DILAHIRKAN SETIAP JAM

Dahsyat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau dikirakan 47 orang anak luar nikah dilahirkan sehari BERMAKNA 2 ORANG ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN SETIAP JAM.
SEDARLAH WAHAI RAKYAT SEMUA BAHAWA KERAJAAN BN SEKARANG TIDAK BERBUAT APA-APA UNTUK MEMBENDUNG GEJALA INI.
TIDAK CARA LAIN SELAIN MENUKAR KERAJAAN YANG ADA PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG

BUANG BAYI : TUKAR KERAJAAN JALAN PENYELESAIANNYA

Gejala buang bayi memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa di buang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

Semalam, media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun 2009.

Apa maknanya kedua-dua fakta di atas.? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari.

Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah 'Problem Solving', sebelum kita membuat 'Correctieve Action' atau langkah pembetulan kita mesti mencari punca-punca masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah :-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.

3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undangNya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlaq kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100 % pendengar mahukan undang-undang Islam di tegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini.

Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.

1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR Insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; Program Amar Makhruf dan Nahi Mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH. DARI ITU RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.

21 March 2010

MCA : PELAKON VIDEO vs KUDA PENCEN vs GILA PANGKAT


Pelakon Video vs Kuda Pencen vs Penggila Pangkat itulah individu-individu yang akan bertarung sesama sendiri untuk jawatan Presiden MCA pada pemilihan parti itu pada Persidangan MCA 28 Mac ini.
Malang sekali sebuah parti yang lama seperti MCA dapat menerima pelakon video untuk menjadi calon Presidennya.

Saya hairan mengapa ahli MCA masih boleh menerima seorang pelakon 'video cerita tidak senonoh' menjadi calon untuk jawatan penting itu. Sepatutnya orang seperti langsung tidak layak untuk bertanding.

Untuk kuda pencen itu pula, saya tidak kisah jika beliau menang kerana beliau tidak mempunyai skandal sebesar 2 lawannya yang lain. Beliau mungkin tidak puas untuk memegang jawatan tertinggi di semua bahagian.

Hari ini pelakon video dan Penggila Pangkat No 2 mengumumkan bahawa mereka akan bertanding merebut jawatan nombor 1 dan nombor 2 dalam MCA.

Gambar-gambar di atas adalah sekadar hiasan.

47 ORANG ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN TIAP-TIAP HARI

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. Ini bermakna secara puratanya 47 orang anak luar nikah dilahirkan tiap-tiap hari di negara kita. Jadi negara kita sekarang berada dihuni oleh golongan penzina yang berkeliaran di mana-mana.

Malangnya kerajaan BN yang memerintahkan Malaysia sekarang memandang kes ini sebagai kes remeh temeh sebab itu tiada tindakan drastik dan komited dilakukan untuk membenteras perkara ini.

Angka ini juga menunjukkan bahawa gejala perzinaan ini sudah sampai ke tahap kronik sehingga melahirkan 17,303 bayi luar nikah tahun lepas. Bayangkan berapa banyak perzinaan yang berlaku yang tidak menyebabkan penzina perempuan mengandung.

Tidak ada cara lain untuk membasmi gejala maksiat zina ini melainkan kerajaan mengamalkan amar makhruf nahi mungkar. Tetapi ianya sudah pasti tidak akan dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi untuk itu rakyat mesti menukar kerajaan yang ada sekarang dengan kerajaan PR yang Insya Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah ini.

Dalam media hari ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang. tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam.

Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada media.

GOLONGAN MUNAFIK DAN FASIK SEDANG PERINTAH MALAYSIA?

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Badrulamin Badron berkata Umno dan Barisan Nasional yang merencana dan melaksanakan konspirasi kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini digolongkan dikalangan kaum munafik dan fasik menurut fatwa terbaru ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Bercakap pada ceramah anjuran KEADILAN Cabang Tambun di Kampung Manjoi Baru minggi lepas, beliau menegaskan akibat daripada konspirasi pertama terhadap Anwar terjadinya perpecahan paling dikalangan rakyat semua lapisan di Malaysia.

Kenyataan Dr Badrul Amin ini dipetik dari akhbar Suara Keadilan versi online.

Sementara itu kerajaan Malaysia khasnya Najib dan Menteri Ugama yang juga pengampu nombor 'Wahid'nya Jamil Khir sehingga kini belum menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusof yang bertanya tentang fatwa tersebut di Parlimen baru-baru ini. Terbukti kerajaan BN dan pimpinannya tidak dapat memberikan jawapan kerana fatwa Dr Yusof Al Qardhawi itu mempunyai dalil yang kukuh.

Lebih menarik lagi Al Qaradhawi sendiri merupakan Tokoh Maal Hijrah kerajaan 1Malaysia tahun 2010.

Mungkin Najib dan Jamil Khir bersetuju dengan fatwa tersebut sebab itu mereka berdiam diri.

Saya berharap rakyat Malaysia juga tunduk dan patuh kepada Fatwa Ulama' tersohor ini.

ORANG LUAR JUGA TAK PERCAYA ANWAR MELI@$#

Dalam pertemuan saya dengan orang rakyat negara asing baru-baru ini saya berkesempatan bertanya kepada mereka tentang politik Malaysia setakat yang mereka tahun.

Sebelum sempat saya bertanya kepada mereka, saya terlebih dahulu disoal oleh mereka mengapa Anwar dikenakan tuduhan LI%$# sekali lagi setelah kes pertama 1998 dahulu Anwar dibebaskan.

Patrick Canna, 49 dari Peranchis bertanya mengapa tuduhan sebegitu yang dikenakan kepada Anwar sedangkan banyak kesalahan lain boleh dicipta. Canna berkata beliau sama sekali tidak percaya Anwar tergamak melakukan perkara keji begitu kerana menurutnya Anwar terkenal dengan sikap dan perangaiya yang baik dan berkarisma.

Manakala Ai Ling, 45 pula bertanya mengapa Anwar dituduh dengan Tuduhan yang sama. Beliau yang datang dari Singapura atas urusan kerja, berkata tuduhan itu memang tidak masuk akal lebih-lebih menurutnya ia adalah kali kedua. Tidak mungkin perkara itu berlaku setelah tuduhan pertama pada 1998 mendapati Anwar tidak bersalah.

Saya tersipu-sipu malu dan tidak dapat memberikan jawapan kepada kedua-dua kenalan baru saya itu. Rasa malu pun ada, segan pun ada.

ANWAR TERUS DISERANG, MENGAPA BN TAKUT PADANYA?

Setiap hari Media menghentam Anwar sehebat-hebatnya tanpa batasan. Tidak cukup dengan tuduhan paling tidak bermaruah iaitu liwat, beliau juga dituduh sebagai Pengkhianat, Pembohong, Gila pangkat dan sebagainya.

Saya yakin semua tuduhan itu tidak lain dan tidak bukan dilakukan oleh musuh politiknya yang sekarang benar-benar tertekan dengan penolakan rakyat kepada BN.

BN tahu bahawa perkara paling bahaya bagi BN ialah apabila PR semakin kukuh dan mantap walaupun PAS, DAP dan PKR dikatakan mempunyai prinsip perjuangan yang berlainan. Mereka percaya semua ini kerana kejayaan Anwar yang berjaya menyatukan ketiga-tiga parti tersebut.

Akhirnya BN terpaksa mencari jalan untuk menjauhkan Anwar dan menghentikan segala kerja yang dirintis Anwar. Caranya ialah mematikan karier politik Anwar walau dengan apa cara sekalipun.

Hari ini sahaja Utusan Meloya (Edisi Internet) memuatkan 4 laporan untuk kolumn politik di mana 3 darinya adalah berita fitnah dan tohmah kepada Anwar.

3 tajuk utama berita tersebut ialah :-

1)Anwar tiada kredibiliti, integriti

2)Isu Anwar : Ambil tindakan segera

3)Rakyat jangan terus terpengaruh kenyataan Anwar - Pak Lah


SIAPA SEBENARNYA PRESIDEN UMNO DAN PENGERUSI BN?

Cuba baca laporan Utusan Meloya di bawah ini........selepas membacanya tolong beritahu saya siapa Presiden Umno dan Pengerusi BN pada hakikat yang sebenarnya:-

Golongan wanita terutamanya kepimpinan wanita perlu lebih kerap turun padang menyusuri laluan dan perjalanan hidup rakyat sebagai strategi untuk memahami kehendak serta keperluan mereka, kata isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

"Saya yakin dengan keupayaan dan kelebihan wanita yang Allah kurniakan kepada kami (wanita) iaitu perasaan yang lebih peka, pemikiran yang lebih wajar, kita akan dapat bersama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki untuk merealisasikan konsep 1Malaysia ”Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Bersama Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu 2, Parlimen Batu di sini hari ini (semalam).
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter