DUN TIT TINGGI : JANGAN HARAP ADA PILIHANRAYA KECIL

Saya yakin tidak akan ada pilihanraya kecil di Titi Tinggi kerana sudah pasti pelbagai usaha akan dilakukan oleh BN dan MCA untuk memujuk ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn.
Banyak cara boleh dilakukan untuk memujuk orang yang merajuk seperti Yip. Duit, projek, pangkat dan sebagainya boleh digunakan untuk memujuknya. Senjata ini memang sudah menjadi tradisi untuk memujuk sesiapa juga hatta untuk memujuk orang keluar parti pun menggunakan strategi yang sama.
Jadi bagi saya tidak hairan kalau ini hanya gimik politik sahaja.
Satu lagi jangan lupa SPR juga ada cara tersendiri untuk menafikan berlakunya pilihanraya kecil.
Kepada penyokong PR jangan harap sangat yang pilihanraya kecil ini akan berlaku.

Comments

geligat said…
ubah pemiran buruk anda terhadap orang lain...sentiasa berfikiran positif...
Anonymous said…
Ejaan 'pemikiran' pun tak betul macam mana nak menasihati orang .Kepala awak pun sewel