KERA DI HUTAN DISUSUKAN ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN

Kerajaan terpaksa menanggung RM171 juta bagi perbelanjaan banduan warga asing sepanjang tahun lalu. Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein berkata, kos tersebut membabitkan 81,396 banduan warga asing meliputi 40 peratus jumlah tahanan di penjara.

Hishamuddin berkata jumlah ini tidak termasuk 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara bagi tempoh 2006 sehingga tahun lalu membabitkan RM341,881 bagi kos perbelanjaan makan sehari sepanjang tahun lepas sahaja.

Manakala program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen pula melibatkan kos hampir RM35 juta.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama ahli makmal pengurusan warga asing di Putra Jaya semalam.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat sedih dengan fakta ini keana wang berjumlah RM206 juta (RM171 juta + RM35 juta) itu sangat banyak dan mampu menyelesaikan banyak masalah rakyat Malaysia sendiri.

Bayangkan berapa banyak rumah kos rendah boleh didirikan dengan wang sebanyak itu atau jika wang itu digunakan untuk membiayai pendidikan anak bangsa sudah tentu ramai di antara mereka tidak keciciran dalam pelajaran dan mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Ternyata bahawa kerajaan pusat membazirkan wang sebanyak itu kerana kegagalan dan kelemahan kerajaan menguruskan masalah pendatang asing yang sudah mencecah lebih dari 2 juta orang.

Isu kebanjiran pendatang tanpa izin ini sudah lama dihadapi oleh negara kita tetapi sehingga sekarang kerajaan masih gagal mengatasinya. Kita sebagai rakyat tidak faham mengapa begitu susah kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini.

Sekarang terbukti kita bukan sahaja berhadapan dengan masalah jenayah, moral, maksiat yang dilakukan oleh pendatang tanpa izin malah duit negara kita juga hangus begitu sahaja bagi memberikan mereka ini makan percuma. Rakyat Malaysia sendiri pun tidak dapat makan percuma seperti mereka.

Saya mencadangkan agar kerajaan menghantar semua tahanan dari negara asing dan tahanan di depot-depot ini dihantar pulang serta merta ke negara asal mereka bagi meringankan beban negara kita memberi mereka makan percuma, perubatan dan sebagainya.

Tidak ada gunanya kita berlembut dan menahan mereka ini begitu lama di penjara dan depot-depot tersebut, mengabih kan bogheh yo!!.

Comments