BN seperti menghadapi masalah berebut kerusi bila adanya pilihanraya kecil. Perebutan itu samada antara individu-individu dalam parti yang sama ataupun parti-parti komponen BN berebut kerusi.
Bagi pilihanraya kecil Hulu Selangor ini, Umno awal-awal menyerlahkan nafsu mereka untuk bertanding di kerusi tersebut. Tidak lama selepas MIC pula dengan lantang terus sahaja menamakan calon mereka iaitu calon yang kalah pada PRU 2008 dahulu iaitu G Palanivel yang juga Timbalan Presiden parti Samy Vellu.
Tidak syak perebutan antara Umno Bahagian Kuala Selangor dan MIC ini tidak dapat disorok lagi. Sejak dari tahun 80-an lagi Umno menuntut untuk bertanding di situ atas alasan majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu. Namun pimpinan Umno Pusat takut kepada MIC jadi mereka memfaraidkan kerusi Melayu itu kepada Parti Samy Vellu (PSV).
Kemelut ini dilihat sebagai suatu bonus kepada PR kerana awal-awal lagi BN menghadapi masalah dalaman. Walaupun kemungkinan besar perkara akan dapat diselesaikan namun sudah pasti akan ada hati-hati yang sakit di kalangan ahli dan pimpinan parti yang tidak dipilih bertanding nanti. Jika Umno dipilih maka hati ahli dan pimpinan Parti Samy Vellu sudah tentu sakit. Begitulah sebaliknya.
Perkembangan ini berbeza dengan PR kerana sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan perkauman masalah seperti dalam BN ini tidak akan berlaku.
Parlimen Hulu Selangor mempunyai 63,539 pengundi dengan 53.9 peratus Melayu; China (26.7 peratus) dan India (19 peratus).
Sementara itu SPR akan bermesyuarat pada 2 April untuk menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian PRK Hulu Selangor ini.
Comments