SAYA SOKONG UMNO

Buat pertama kali dalam sejarah saya menyokong tindakan dan keputusan Umno. Saya menyokong 100 % keputusan barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar yang menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Bagi saya keputusan Umno Bahagian Padang Besar ini memang tepat jika benar ADUN tersebut gagal menjalankan amanah yang diberikan rakyat kepadanya. Apa guna beliau menjadi wakil rakyat tetapi tidak mahu dan malas menjalankan tugas.

Bukan sahaja Yip, semua ADUN atau Ahli Parlimen sedemikian mesti meletakkan jawatan serta merta tidak kira dari parti mana sekalipun.

Selain itu saya juga bertegas menggesa Ahli Parlimen dan ADUN lompat supaya meletakkan jawatan secepat mungkin. Mereka ialah Ibrahim Ali, Mohsin Fadzli, Zulkifli Nordin, Zahrain Hashim, Hee Yit Foong, Jamaluddin Md Radzi dan Osman Jailu.

Sesungguhnya wakil rakyat yang melompat parti ini tidak layak untuk duduk dikerusi mereka dan mengambil elaun mereka kerana mereka telah mengkhianati rakyat. Mereka menang dahulu bukan atas kapasiti individu tetapi rakyat mengundi mereka kerana mereka mewakili parti masing-masing.

Comments

agas said…
tp ikhlas ke umno pdg besar tu?ada prk ada chance buat duit..he he