MENTERI MENGAKU APCO TERLIBAT DENGAN 1MALAYSIA

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam perbahasannya di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz sendiri mengaku bahawa APCO, syarikat Yahudi terlibat sebagai Perunding kepada aktiviti komunikasi di negara ini.
Tuan Guru mendedahkan bukti tersebut seperti yang tertulis dalam hansard parlimen ketika Nazri menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah pada 10 Mac 2010.
Jadi tuduhan kepada Ketua Pembangkang yang dituduh membuat dakwaan palsu berkenaan APCO sepatutnya tidak berbangkit.
Tuan Guru juga mencadangkan Rukun Negara pertama Kepercayaan kepada Tuhan ditukar kepada Kepercayaan Kepada Allah.
Selain itu Tuan Guru juga kesal dengan fenomena dalam negara kita di mana orang yang dituduh di mahkamah di layan seolah-olah seperti sudah bersalah. Media juga memainkan isu ini dan mendedahkan keburukan orang yang tertuduh tanpa batasan dan akhlaq.
Bercakap soal ekonomi Tuan Guru sekali lagi mengingat supaya harta kekayaan di negara kita tidak berpusing di kalangan orang yang kaya sahaja di mana rakyat hanya mendapat sedikit sahaja.

Comments