DUN TITI TINGGI : SAYA DAH KATA .........

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini bahawa Pilihanraya Kecil di DUN Titi Tinggi tidak akan diadakan kerana BN sudah akan menggunakan apa juga cara untuk mengelakkan ianya berlaku.

Telahan saya menjadi kenyataan apabila ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik 'ugutan'nya hendak meletakkan jawatan semalam.
Yip menarik balik peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Titi Tinggi berkuatkuasa serta-merta seperti dilaporkan oleh beberapa media semalam. Sudah pasti orang yang paling gembira mendengar berita ini ialah Najib dan Isa Sabu yang pucat gigi apabila dimaklumkan Yip menghantar surat perletakkan jawatan 2 hari lepas.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Datuk Yazid Mat mengesahkan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Yip malam ini yang mengatakan bahawa beliau menarik balik peletakan jawatan itu.

Entah apa tawaran yang diberi kepada Yip kita pun tidak tahu. Mungkin SPRM boleh menyiasat perkara ini.

Comments

toksagor said…
Nak suruh SPRM siasat..jangan harap. Tapi mungkin jika Pemuda PAS membuat laporan pada SPRM..cuba cuba la..
Anonymous said…
silap baca tu,dia tulis surat bukan nak berhenti.dia tulis surat minta naik gaji.